s e p u l u h

842 113 62
                                    

The Satan's Promises
Chapter Ten - Heartbreaks

_____

Sera duduk di pangkalan puncak bangunan pencakar langit itu. Dengan sayapnya yang kini berada di belakang tubuhnya, dia melemparkan pandangan ke langit.

"Kenapa kau susun takdir aku begini, Zeus? Aku...nak lupakan dia."

Sera menundukkan pandangannya lalu keluhan mula terlepas dari dua ulas bibir. Ekspresi wajahnya benar-benar menunjukkan bahawa dia buntu serta sudah hampir berputus asa untuk meneruskan misi terakhirnya sebagai dewa.

Tiba-tiba, langit mula mendung dan guruh serta petir mula berdentum dan bersabung. Terkejut Sera dibuatnya membuatkan Sera terus memandang langit semula.

"Kau marah aku, Zeus?"

DDUM!

"Yelah. Aku tahu. Aku dari dulu lagi dewa tak guna. Tch. Aku tak layak dinaikkan pangkat menjadi The Great Goddesses untuk kerajaan langit. Kau boleh matikan aku jikalau kau merasa keputusan aku tidak wajar dan kau tak perkenankan. Aku sudi menerima hukuman tersebut."

DDUM!

Sera menundukkan kembali wajahnya memandang ke tanah yang sungguh jauh dari tempat dia duduk di atas bangunan pencakar langit itu.

Dengan sekali lalu, badan Sera bagaikan terbang ke udara. Terlalu pantas dan bahagaian bangunan yang diduduki Sera tadi hancur akibat panahan kilat.

Tangan Sera bagaikan automatik melingkari sesuatu yang membawanya pergi dari tempat kejadian.

"H-hades."

Sera kini sedang menatap wajah Noah yang sedang mendukungnya terbang dari situ bersama sayap hitamnya, melalui laluan berkilat itu.

Mereka kini selamat mendarat di sebuah padang berumput dalam hutan belantara. Noah menghadapkan belakang tubuhnya ke arah Sera lalu dikuak rambutnya ke belakang bersama rengusan.

"Kau gila ke apa, Medusa?!"

Terus sahaja dia berpaling memandang ke arah Sera, tajam menatap ke dalam mata dewa wanita itu.

"Ergh. Kau ni tak pernah sekali pun kan tak menyusahkan aku?" Noah meraup wajahnya, geram.

"Saya minta maaf." Sera berkata perlahan dan membuatkan Noah sekali lagi merengus kasar.

"Eee. Kalau bukan sebab Sei, aku takkan selamatkan kau lah. Aku biar je kau mati di tangan Zeus. Tch. Menyusahkan."

Sera tergamam. Hatinya...hancur. Ya, hancur seperti biasa. Sera tersenyum kelat lalu ditundukkan wajahnya dengan matanya yang sudah berair.

"Sudahlah. Pastikan sebelum pukul 8 malam, kau balik rumah. Kalau tak, bukan Zeus yang bagi kau mampus, aku sendiri yang akan mampuskan kau."

Noah tanpa berlengah terus sahaja mengepak sayapnya yang berwarna hitam pekat itu lalu dia mula terbang laju ke langit, meninggalkan Sera sendirian di tengah padang berumput itu dalam keadaan yang basah kuyup akibat hujan yang mula turun itu.

"Ingat Medusa akan tugas kau. Jangan bagi aku marah lagi. Dan, tinggalkan cinta bodoh kau terhadap dia. Ingat apa yang terjadi pada mak kau, Medusa."

-

Jared ke hulur ke hilir di bawah bumbung yang berada di laman rumah milik Noah itu. Tubuh dipeluk dengan wajahnya yang betul-betul risau, risau apabila kini sudah hampir pukul 8 malam namun, Sera masih tidak memunculkan diri.

"Kalau dia tak balik sebelum 8 malam, kau akan tahu apa yang jadi pada dia, Sei."

Krek.

Bunyi pintu pagar rumah agam itu dibuka dan dalam keadaan basah kuyup, Sera memasuki lama rumah agam tersebut.

|√| The Satan's Promises - KTHWhere stories live. Discover now