t i g a p u l u h t i g a

446 71 14
                                    

The Satan's Promises
Chapter Thirty Three - Memories

_____

Noah perlahan-lahan mencelikkan matanya yang terasa amat berat itu. Dengan pandangan yang agak berpinar, dia memandang sekeliling. Sehinggalah pandangannya jelas, terus kerutan di dahinya kelihatan.

"A-aku kat mana ni?" Soal Noah sendirian apabila dia seperto tidak dapat mengingati kembali apabkah yang berlaku sehingga menyebabkan dirinya berada di sini.

Ters dia membawa pandangannya ke tubuhnya lalu matanya terus terbuntang apabila melihat di bawah selimut tebal itu, tubuhnya langsung tiada seurat benang yang membaluti.

Seseorang membuka pintu kamar mandi membuatkan pandangan Noah terus dibawa ke arah gerangan yang baru melangkah keluar dari kamar mandi itu.

"Persephone? M-macam mana kau pun- A-apa kau dah buat dekat aku?!" Noah terus memarahi wnaita itu.

Anna pula hanya menayangakn wajah kosong lalu senyuman sinis terus diukirkan pada bibirnya.

"I had a great time with you, babe. Thanks." Balas Anna dengan nada penuh kesinisan.

"What the hell did you do to me?!" Soal Noah lagi dengan penuh amarah.

"What did I do to you?" Soal Anna kembali, mengacah seperti dia tidak tahu apakah yang diperkatakan oleh Noah.

"Fuck." Noah pantas sahaja menggapai baju, seluar serta seluar dalamnya yang berada di atas lantai lalu dia menyarungkan terus ke tubuhnya tanpa memandang sedikit pun ke arah Anna.

Noah baru ingin menghilangkan duri bagi menelepati dirinya ke rumah namun entah mengapa, semuanya bagaikan tiada hasil.

"No need to try hard, babe. Sihir yang saya pakai tu, telah melemahkan kuasa awak. Oh, tak lupa juga dengan ni."

Anna terus menangkap telapak tangannya lalu sesuatu mula timbul di dalam genggamannya membuatkan Noah membuntangkan matanya.

"A-apa- Ark." Noah baru ingin merampas kembali benda yang berada di dalam genggaman Anna itu namun, tubuhnya tiba-tiba terasa kejung bagaikan ada sesuatu yang membuatkan tubuhnya kaku tidak mampu dia gerakkan sedikit pun.

"L-lepaskan akulah! Bagi balik tongkat aku!" Jerit Noah penuh geram. Kehilangan kuasanya benar-benar membuatkan dirinya lemah.

"You deserve that, Presiden Kim. For the revenge of you used me to approach Ryan before." Ujar Anna dengan pandangan matanya yang penuh dengan dendam.

"H-hana?" Noah terdiam seketika. Apakah benar tebakan yang menerpa hatinya itu?

"Yes, it's me, Presiden Kim."

-

Noah kini sedang berjalan dengan lemah di kawasan pejalan kaki. Dirinya masih berada berdekatan dengan hotel tersebut.

Tanpa amaran, kakinya melembik membuatkan dirinya jatuh tersungkur di atas tanah. Disebabkan matahari masih lagi belum naik, orang tidak lagi memenuhi kawasan itu.

Noah hanya kekal terduduk dengan kepalanya yang ditundukkan memandang tanah. Matanya dipejamkan lalu mindanya terus diterpa dengan satu memori yang tersemat lama di lubuk memorinya.

-

Jejak kaki Hades dibawa masuk melepasi pagar untuk ke syurga itu. Dia audah biasa naik ke kerajaan langit ini bagi menemui dengan rakan baiknya di syurga ini iaitu Poseidon.

Sedang dia berjalan ingin ke tempat tinggal Poseidon, langkahnya terhenti apabila matanya disapa dengan satu dewi yang tidak dia kenali.

Queen Medusa. Dewi yang merupakan separuh manusia dan separuh dewi. Wanita itu dikatakan masih tidak mempunyai sebarang kuasa spesifik seperti dewa lain. Hampir kesemuanya pada dewi itu adalah seperti manusia biasa. Dikatakan juga, wanita itu mempunyai tempoh masa untuk hidup tidak seperti dewa-dewi lain yang hidup tanpa kematian.

Hades hanya berdiri di situ dengan pandangan matanya yang masih tidak lepas dari memandang wanita itu. Kecantikan yang menyeri wajah wanita itu membuatkan dada Hades tanpa sedar, berombak. Mindanya terbuai dengan nyanyian kecil yang bersiul keluar dari belahan bibir merah wanita jelita itu.

"Hades." Teguran daripada seseorang mengejutkan Hades dari lamunannya lalu pandangannya beralih.

Kelihatan Poseidon sedang berdiri di sebelahnya. Hades pantas tersenyum.

"Tu siapa, Sei?" Soal Hades kepada Poseidon lalu Poseidin terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hades itu. Senyumannya terus melebar melihat gerangan tersebut.

"Bakal isteri aku. Queen Medusa."

Riak wajah Hades serta-merta berubah mendengarkan jawapan daripada Poseidon itu.

"Kenapa? Jangan kata kau fall in love at the first sight?" Soal Poseidon lalu Hades tergelak besar.

"Ada-ada je kau. Mana adalah. Iah, dahlah. Jomlah pergi rumah kau. Haritu cakap nak cakap pasal sesuatu yang mustahak." Hades terus sahaja menukar topik membuatkan fokus Poseidon terus teralih pada topik yang Hades lontarkan itu.

"Ouh ya. Ha jomlah."

Mereka berdua terus sahaja beredar dari taman bunga di syurga itu untuk ke rumah Poseidon.

Tanpa mereka sedar, satu pasang mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Senyuman kecil mula terukir di bibir sang wanita lalu tangannya dibawa ke dadanya.

"Jadi, itulah Hades?" Soal wanita bergelar Queen Medusa itu lalu senyuman semakin melebar apabila dia terasa dadanya berombak kuat tidak seperti kebiasaannya.

-

"Noah, Noah!" Mata Noah kembali dicelikkan apabila pipinya terasa ditampar perlahan oleh seeorang.

Kali ini, dia tidak lagi berada di kawasan pejalan kaki. Dia kini sudah berada di dalam biliknya di rumah agamnya.

Pandangan matanya diangjat memandang ke arah gerangan yang duduk di sebelahnya yang terbaring lemah itu. Dia tersenyum lemah memandang wanita yang dicintainya itu lalu dia mengangkat tangannya, dibawa mengusap wajah waniat itu.

Sera terus menggenggam tangan Noah yang berada di wajahnya itu. Namun, tiba-tiba sahaja, Noah diserang dengan batuk.

"Yah, Noah. Kenapa ni?" Terus tubuh Noah dibangkitkan lalu Sera mengusap perlahan belakang tubuh lelaki itu.

"Hades dah hilang kesemua kuasa yang dia ada disebabkan sihir yang digunakan oleh Persephone dan Zeus. Lagi-lagi, tongkat Hades juga telah dirampas oleh Persephone dan dineutralise bagi membersihkannya daripada tenaga Hades terus melekat pada tongkat itu yang boleh membuatkan tongkat itu kembali dengan sendiri kepada Hades."

Penerangan daripada Jared yang tadinya gerangan yang membawa pulang Noah ke rumah kembali menerpa mindanya. Sera memandang sayu ke arah Noah lalu tubuh Noah ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Saya berjanji Noah. Saya akan apatkan balik tongkat awak dan kuasa awak semula." Sera berkata perlahan dan Noah tersenyum di dalam dakapan hangat wanita itu. Pelukan pantas dibalasnya.

"Aku tak kisah pun tentang kuasa aku tu, boo. Uhuk. J-janji kau sentiasa ada dengan aku. Selamat."

Sera memejamkan matanya rapat dengan air mata yang mula mengalir kembali di wajahnya. Dia bersumpah, dia akan mendapatkan kembali tongkat yang sepatutnya menjadi hak milik Noah itu.

Jika tidak, Noah bakal mati tanpa kuasanya dan tongkatnya itu. Kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang dewa menjaga tongkatnya memandangkan tongkat itu bagaikan nyawa kepada seseorang dewa itu. Tiada tongkat, maka nyawanya juga semakin lama akan semakin menghilang.

•••

Aku tahu aku merepek. Tapi, itulah benda yang menerpa minda aku time menulis ni😂

|√| The Satan's Promises - KTHWhere stories live. Discover now