Bab 58 - Abang

1.7K 52 6
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

4 bulan kemudian ,

"Syura ? macam mana ? dah fikir ke ?"

Puan Syura mengangguk . Kain basah ditangan setia mengelap muka Arina yang bersih itu .

Sayang , lenanya kamu . Bangun lah nak . Mama rindu . Papa rindu . Abang rindu .

"Aku yang tinggal " Puan Syura tersenyum .

"Kalau itu yang ter - "

"Aunty , uncle " Nik memintas kata kata bapanya .

Puan Syura dan Encik Affendi memandang jejaka tersebut .
4 bulan Arina terlantar . 4 bulan juga dia menjenguk . Tidak pernah sehari pun dia terlepas melawat walaupun sekejap .

"Am dah fikir masak masak . Biar Am yang jaga "

Nazmi memandang Nik terkejut .
Datin Syalina menepuk anaknya kuat .

"Awak tu tak boleh suka suka hati pegang dia "

Nik menggosok tempat ibunya pukul .

"Sebab tu . Am nak minta izin aunty uncle . Tolong , halalkan kami berdua "

"Am " Mikael memandang rakannya itu

"Ammar ?" Hanafi menutup mulutnya . Terkejut mendengar bicara lelaki itu .

"Tak . Ammar . Bukan dengan cara macam ni " Mukhriz yang tiba tiba muncul di muka pintu bersuara .

Mereka yang berada di dalam bilik memandang Mukhriz .
Nik memegang tangan ibu bapanya .

"Baba , ibu . Tolong , izinkan Am kahwin dengan Arina . Sumpah , demi Allah , Ammar betul betul cintakan dia "

Nik memandang Puan Syura dan Encik Affendi .

"Am akan jaga dia "

Nik memandang Mikael .

"Mika , kau tau perasaan aku macam mana kan ?"

Puan Syura dan Encik Affendi memandang anak sulung mereka .
Mikael mengangguk perlahan .

"Tapi macam mana ?" Encik Affendi memandang Arina yang sedang terbaring kaku .

Nik menarik nafasnya . Dada dia pegang .
Dia yakin , ini pilihan yang tepat .

"Seorang wali yang sah tidak perlu kata persetujuan dari pengantin perempuan . Jadi , perkahwinan sah "

Encik Affendi memandang datuk Nik Ahmad dan Datin Syalina silih berganti .

"Seorang isteri yang kematian suaminya berada dalam tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari "

Shafiy mengangkat tangannya mengira hari yang tinggal .

"Aaaa , lagi 3 hari dah cukup " Shafiy mengangkat 3 jarinya .

Nik mengangguk .

"Aunty dengan uncle pergi lagi 2 minggu . Hujung minggu ni semua free kan ?"

Mukhriz berkerut . Dia menarik bahu Nik berpusing menghadapnya .

"Am , kau seriouslah ? Kau tak fikir perasaan dia bila dia bangun ? Dia hilang suami dia . Dia hilang anak dia . Then ? What ? Dia ada suami baru ?"

Nik memandang Mukhriz lama .

"Mukhriz , mungkin pada kau , aku nampak macam pentingkan diri atau mungkin semua orang rasa macam tu " Nik memandang semua yang berada di dalam bilik tersebut .

"Tapi , aku takkan lepaskan dia lagi . Ini sahaja peluang yang aku ada . Aku taknak kehilangan dia lagi " Nik memandang sayu Arina yang sedang terbaring itu .

Abang Donde viven las historias. Descúbrelo ahora