Persahabatan

82.2K 157 10
                                    

Selepas 2 minggu kami keluar makan dengan Haziq, Lina kelihatan lebih gembira selepas balik dari pejabat. Kini, Lina sudah ada teman berbual dan makan ketika dipejabat. Aku pula tidak cemburu dan syak apa2 selepas lihat kegembiraan isteriku. Maklumlah, sebelum ini dia dipulaukan dan tiada siapa pun yang dia boleh panggil kawan di pejabat itu. Malah Lina hanya makan makanan bungkus berseorangan di pantry ofisnya itu.  Bila Haziq sudah ada untuk berbual dengan nya dan teman pada waktu makan, logik saja untuk Lina berasa lebih gembira di pejabat.


Lina juga tidak sorok apa2 dariku. Sekiranya ada cerita lawak yang diceritakan mereka ketika bersembang, dia akan ceritakan juga padaku. Apa saja yang mereka bualkan, Lina pasti akan cerita padaku. Kini Haziq sudah tamat tempoh latihan dan sudah mula bekerja sepenuh masa. Lina ada ceritakan padaku yang Haziq berterima kasih padanya kerana banyak menunjuk ajar tentang proses2 kerja. Lina juga senang kerana Haziq cepat belajar dan sanggup tolong Lina untuk habiskan kerjanya dengan lebih cepat.


Hari ini adalah hari Ahad. Aku dan Lina duduk saja dirumah kerana semalam kami sudah keluar berjalan. Aku sedang bermain PS4 di ruang tamu dan Lina pula sedang duduk di bilik. Yang membuatkan aku rasa serasi dengan Lina adalah cara kami menghormati ruang masing2. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, Lina suka membuat video tutorial tudung dan make-up. Jadi, aku biarkan dia buat video2 di bilik dan Lina pula biar aku main game diruang tamu. Disebabkan ini, kami berdua tidak rasa terkongkong seperti pasangan2 lain.


Sedang aku bermain game, Lina keluar dari bilik dan duduk disebelahku. Lina ketika itu yang baru lepas buat video tutorial sedang memakai tudung shawl dan bermake-up tebal, lengkap dengan kanta lekap biru dan bulu mata palsu. Lina cuma memakai jersi bola dan yoga pants.

Aku: Dah abis wat video yang?

Lina: Dah bang.... Bang, Haziq mesej tadi. Dia kata nk datang rumah

Aku: Eh...yeke? Bila dia nak datang?....( Aku periksa telefon ku)...... Takde dia mesej pun

Lina: Dia bagitahu ayang ari jumaat tu, sebelum balik

Aku: Ooooo..... kenapa dia nak datang yang?

Lina: Kami ada benda nak bincang dengan abang

Kami?... Apa yang mereka nak bincangkan dengan aku?

Aku: Korang? Bincang apa yang?

Lina: Ada lah bang. Nanti Haziq akan cakap

Belum habis aku pelik dan tertanya apa yang mereka hendak bincangkan denganku, pintu rumah ku di ketuk. Lina pergi ke pintu dan membukanya. Terbuka saja pintu, Haziq terus memberi salam.

Haziq: Assalamualaikum

Aku: Waalaikummussalam... ha Haziq. Meh la masuk

Lina menahan pintu sambil menunggu Haziq membuka kasut. Sebaik Haziq masuk, Lina menutup pintu dan Haziq menuju ke arahku dan bersalam denganku.

Aku: Ha...meh la duduk Ziq. Ayang, tolong buatkan air untuk Ziq

Sambil Lina ke dapur untuk buat air, Haziq datang duduk disebelah ku, atas sofa yang sama...

Haziq: Sorry la ea Man. Aku datang rumah ko hari minggu ni

Aku: Eh..takpe. Aku tak kisah pun. Cuma aku pelik tadi bila Lina kata ko nak datang bincang something... Ko nak bincang apa Ziq?

Masa itu, Lina datang sambil membawa dulang berisi teko dan cawan. Sambil Lina mengisi cawan2 dengan air, Haziq bersuara....

Haziq: Lina, dah cakap dah dengan Man?

Kawan Baik Seorang IsteriWhere stories live. Discover now