-ENDING-

1.1K 87 21
                                    

author.

Jeongyeon menitiskan airmata nya, tak sangka ini akan berlaku dalam hidupnya. Mengakhiri kebahagiaan dengan perkahwinan dengan seorang yang betul-betul akan menjaganya.

eunwoo disebelah hanya tersenyum dan mengelap perlahan air mata jeongyeon.

dan paling tidak percaya kandungannya masih kekal bersamanya sehingga ke hari perkahwinan.

lagi beberapa hari sahaja lagi kandungan ini akan dilahirkan.

"jeongyeon, saya nak pergi ke sana sekejap jumpa kawan-kawan "

"okey pergilah tapi jangan lama sangat"

eunwoo mengusap kepala jeongyeon.

"hai jeongyeon "panggilan satu suara membuat jeongyeon pusing.

"mingyu "

"Tahniah! erm semoga awak bahagia sehingga ke akhir hayat, dan pasal dulu tu saya minta maaf saya tak ada niat pun"

"tak mengapa benda dah lepas dan saya pun tak sangka suami aka kawan baik saya yang akan menjaga saya"

mingyu mengusap lehernya.

"mana kekasih awak? "

mingyu menggigit bibir.

"Dia dah kahwin rupanya jadi sebab tu saya tak bawa dia"jeongyeon memandang simpati.

"saya pasti akan ada yang lebih baik"

Mingyu balas dengan senyuman.

"Mingyu saya nak ke chorong awak nak ikut? "mingyu menggeleng.

"tak apa la saya nak pergi lepak sekali dengan eunwoo "

"okey"

jeongyeon melangkah ke arah chorong tiba-tiba sahaja perutnya terasa sakit.

"arghh! "eunwoo yang sedang berbual itu segera berlari kearah jeongyeon.

"jeongyeon kenapa?! "

"sa-saya rasa dah tiba masanya! "

"ha tiba masa? apa yang tiba masa? "

"hey eunwoo!! dia dah nak beranak cepat bawak pergi hospital!! "

eunwoo serta merta gelabah.

"weh call kereta aku! eh salah call ambulan!! "

"ambulan apanya terus bawa pergi lah! "

"ha sediakan kereta aku! "

Dan keadaan disitu menjadi gelabah segelabah-gelabahnya.


HOSPITAL.

Masing-menunggu di luar wad.

rasanya jeongyeon ni memang pecah rekod kerap je pergi hospital.

dan doktor telah keluar.

"Doktor macam mana keadaan isteri saya? "

doktor tersebut hanya tersenyum.

"tahniah! anak awak berjaya dilahirkan dan jantinanya lelaki"

"wah syukur! isteri saya? "doktor tersebut senyum sekali lagi.

"isteri awak selamat"

masing-masing menghela nafas lega.

"Terima kasih doktor I love you! "eunwoo memeluk doktor tersebut dengan seboleh-bolehnya.

"eunwoo behave"bisikan chorong itu masih dapat didengari oleh doktor tersebut.

"tak mengapalah cik saya tahu dia terlalu gembira"

eunwoo melepaskan pelukan, diri terasa malu

"maaf"

"saya pergi dulu"doktor tersebut meminta untuk beredar.

dan dengan itu berakhir la





















eh belum lagi ada lagi sikit.

suasana dirumah jeongyeon sungguh meriah dengan hadirnya orang baru.

cha jungwoo. nama yang diberi oleh eunwoo sendiri.

chorong dan mingyu yang hadir itu rasa gembira.

"jeongyeon comelnya! dia ikut muka aku ni"chorong menggomol pipi jungwoo.

jeongyeon dan eunwoo membuat muka menyampah.

"dah sah-sah ikut muka jeongha- err sorry"chorong menampar mulutnya.

suasana senyap.

"lah kenapa senyap? betul lah muka dia ikut jeonghan"jeongyeon ketawa, semua juga ikut.

"saya ingat hujung minggu nak bawa awak pergi jumpa dia pastu bawa sekali jungwoo"jeongyeon mengangguk setuju.

chorong dan mingyu hanya jadi pemerhati.

dan senyap kembali

"haih dah la jom makan sejuk kang tak sedap "

"jom aku dah tak sabar yihaa! "mingyu dengan semangat nya meluru ke meja makan.

mereka hanya ketawa melihat telatah mingyu yang amat gelojoh




dan tamat juga kisah pahit, manis ini.



THE END

sila la baca sedikit nota dari saya.

Terima kasih kepada readers yang sudi baca fanfic yang sangat mengarut dan pelik ini. terima kasih sudi menyokong fanfic yang berdasarkan shipper. maaf segala typo dan terkasar bahasa jika ada. semoga anda sudi menyokong fanfic seterusnya sebagai mana anda menyokong fanfic ini.

Sekian Terima Kasih ♡


Selamat Berpuasa!





25/11/21
- omg didn't expect cerita ni boleh tahan ramai baca 😭 ,dah la jalan cerita noob 👎🏻sorry ya readers ! cerita ni i buat time otak otak mentah dalam percintaan dunia kpop so yeah a little bit cringe hm enjoy thank you so much ! ❤️


BAD HUSBAND  [YOON JEONGHAN] Where stories live. Discover now