Bab 3

157 12 5
                                    

"ATTENTION to all the prefect. Please go to the prefect room."

Pengumuman itu membuatkan Ayris,Syiraz,Fitri,Izyan,Izz,Farhan,Rafiq dan Azfar mengeluh lemah. Baru jer semangat nak belajar nih!

"Ish! Aku baru jer nak masuk dalam kepala apa yang cikgu ajar tadi." Rungut Rafiq. Semak ahh jadi pengawas ni! Hewhew... Kalau pengetua tahu....... Ish! Tak dapat bayangkan macam mana dia mengamuk. Haha.

"Jom!" Bila Farhan sudah keluarkan arahan, semua mereka terpaksa ikut. Maklumlah, ketua pengawas katakan. Eh! Bakal... Terperasan pulak.

Terus mereka semua meminta izin dari cikgu yang mengajar.

                         





"WHY eh firasat aku cakap bahawa cikgu Qhairul yang buat pengumuman tadi?" Heh! Sudah! Syiraz mengarut! Sekarang ini,mereka sudah berada di bilik pemgawas. Cuma tunggu guru pengawas lagi. Tadi bukan main suruh semua pengawas pi bilik pengawas. Aduhai...

"Aku tahulah kau suka sangat dekat cikgu Qhairul tu. Tapi takyah lah sampai nak angau tahap gaban! Beragaklah sikit!" Kata Izyan.

"Kau sedar ke tidak ni?" Fitri menambah.

Syiraz mencebik. Dengki la tuww...

"Daripada kau kejar cikgu Qhairul kau tu, baik kau terima Rafiq. Kesianlah aku tengok dia... Macam terpaksa pulak couple dengan Zara." Kali ini, Izyan mula series.

Syiraz diam. Rafiq yang duduk berhadapan dengannya bersebelahan dengan Izz dipandang sekilas. Lepas tu, pandang Izyan.

"Aku...."

"Kau still fikirkan Zara?" Soal Ayris,menyampuk.

"Zara dah lama sukakan Rafiq... Aku baru jer tingkatan 3 kenal dia."

Fitri geleng kepala. Bukan setakat Rafiq yang harus dikasihankan. Syiraz pun sama. Kalau tak disebabkan Zara, mungkin Syiraz dan Rafiq dah couple sekarang ni sebab mereka dari tingkatan 3 dah couple,lepas itu putus. Sebab si Syiraz ni fikirkan sangat tentang Zara. Takut Zara kecewa. Sekarang ni pun, Zara berada di negara Herland. Tapi couple dengan Rafiq atas arahan Syiraz. Pelik kan? Bercouple sebab arahan Syiraz. Entah kenapa si Rafiq tu nak juga ikut arahan Syiraz. Gila agaknya. Eh?

"Lagipun, Zara kan kawan kita..." Sambung Syiraz. Ketiga gadis itu terdiam. Kekok sekejap.

"Ehem! By the way, Zara balik awal bulan Mac ni kan?" Soal Ayris mengubah topik.

"Ya! Eee... Tak sabar aku nak jumpa dia." Fitri menambah. Buat buat teruja. Tapi memang diaorang rindu pun dekat Zara... Yalah,bertahun tak jumpa!

"Girls! Shut up please... Cikgu on the way tu." Tegur Izz. Sempat lagi dia mengenyit mata dekat Izyan. Gadis itu pula menjeling padu! Tumbuk kang!

"Dia suka kat kau... Tapi kau tu yang tak terima dia." Kata Syiraz mengusik. Izyan menggeleng kepala. Huh! Tak hingin aku!

Seusai itu, cikgu Qhairul mula masuk kedalam bilik pengawas. Syiraz apa pulak,tergedik gediklah dia. Cikgu kesayangan ada... Bahagianya...

"My godd.... Bermimpikah aku? Cikgu Qhairul dowh!!" Bisik Syiraz. Muka dikipas kipas guna tangannya. Gaya diva. Series! Ayris juling mata keatas.

"Kau tak bermimpi wahai kawanku. Kau lupa yang cikgu Qhairul guru pengawas?"

Syiraz sengih.

"Terrrrlupa....hehe."

Hmmm.... Apa apa jelah Haifa Syirazi oii....

"Kamu semua tahukan kenapa saya panggil kamu semua? Hari ini, adalah hari pertama sesi perjumpaan semua pengawas dan secara automatiknya, saya akan memperkenalkan juga KP,PKP dan AJKT untuk tahun ini." Jelas cikgu Qhairul.

Syiraz tersenyum senyum pandang cikgu Qhairul. Handsome betul!

"First, untuk Ketua Pengawas, kenalkan Farhan Zarkasyi Tan Sri Faizul. Penolongnya pula, Tengku Ayris Nerisha Tengku Muzaffar."

Lantas, Ayris dan Farhan berdiri. Semua pengawas disitu memberi tepukan yang gemuruh. Bravolah! Musuh paling sejati ni! Siapa tak kenal? Dari tingkatan 3 mereka bergaduh! Tak sangka digandingkan untuk dijadikan KP dan PKP.

Dalam semua pengawas menepuk tangan, salah seorang disitu mendengus kasar. Dia berpeluk tubuh. Huh! Sepatutnya dia yang jadi PKP! Bukan si Ayris tu! Buat sekian kalinya, Amanda Nayla mendengus kasar.

"Untuk AJKT pula, Haifa Syirazi, Izyan Nafisa, Fitri Dhaniyah, Rafiq Daiyan, Qamarul Izzdihar dan Azfar Amiran." Kali ini tepukan semakin gemuruh. Serieslah?! Semua yang jadi KP,PKP dan AJKT tu antara golongan golongan yang terkenal juga dekat Diamonic Highschool ni! Golongan bangsawan lagi tu!

"Jadi saya harap... Semua pengawas boleh memberi kerjasama dekat ahli ahli tertinggi pengawas yang saya kenalkan tadi." Ucap cikgu Qhairul. Kesemua pengawas disitu angguk kepala.

"Okey... Kalau tak ada apa apa, semua boleh bersurai. Kecuali ahli tertinggi pengawas." Habis saja beberapa minit perbincangan, semua pengawas bersurai.

"Eee.... Sukanya aku,cikgu Qhairul bagi kita stay kejap. Agak agak dia nak melamar aku tak?" Bisik Syiraz.

"Eh! Merepek! Kau tu baru jer 17 tahun." Bidas Fitri. Apasal lah Syiraz ni gatal sangat? Haih...

"Actualy, tujuan saya suruh kamu semua stay ni sebab ada satu lagi masalah yang tak dapat diselesaikan dari 2 tahun lepas dah." Kesemua mereka angkat kening.

"Masalah apa cikgu?" Soal Farhan.

"Devil of Z..."

"Uhuk! Uhuk!" Terbatuk Azfar dibuatnya. Yalah... Siapa saja tak kenal dengan kumpulan Devil of Z itu. Kumpulan yang cukup dikenali dan ditakuti oleh para pelajar. Sifat mereka cukup terkenal dengan membuli sampai KP dan PKP tahun lepas pun takut kat diaorang.

"Kenapa dengan group tu?" Soal Ayris pula.

"Saya ada terima laporan yang mereka ada bawa barangan terlarang. Cuma saya tak tahu apa pula barang terlarang itu." Jelas cikgu Qhairul.

Rafiq garu kepala. Nak kata mereka bawa telefon,telefon bukan benda terlarang disekolah ni. Habis tu apa?

"Jadi... Cikgu nak kitaorang buat apa?"

"Siasat dan perhatikan kumpulan itu."

"Hah?!!"

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now