MH 5

6.4K 264 25
                                    

Dua hari telah berlalu, Freya melangkah ke arah kereta alphard nya.. Safuan dan Khairul memasuki bagasi Freya ke dalam bonet kereta.. Mata Freya terpandang satu persatu anak buah nya..

"Ingat apa-apa berlaku cepat-cepat inform aku, faham? "Soal Freya dengan tegas

"Faham Cik muda"jawab mereka serentak

"Good"terangguk-angguk Freya lalu mengenakan kaca mata hitam dan masuk ke dalam kereta

Safuan dan Khairul berjabat tangan bersama rakan-rakan mereka lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta..

Safuan yang memandu,membetulkan cermin kereta.. Dia melihat ke arah Freya..

"Cik Muda nak berhenti makan dulu ka macam mana? "Tanya Safuan dengan lembut

"Tak payah la kita teruskan sahaja perjalanan,but if korang nak makan sokey berhenti sahaja"jawab Freya lalu dia mula menekan telefon nya

Sepanjang perjalanan keadaan dalam kereta itu hanya sunyi sepi sahaja.. Cuma terdengar suara radio berkumandang..

"Hello kau dah email dekat aku tempahan hotel tu? Hantar location "arah Freya tegas

"Kau send segala jadual aku dekat pembantu aku di Penang, make sure semua nya tepat! Kalau silap nahas kau eh? Cau"terus Freya mematikan panggilan itu

Dia membuka email dan menghantar location kepada Khairul.. Khairul terus menunjukkan kepada Safuan.. Jejaka itu hanya mengangguk sahaja, masakan dia tidak tahu tempat itu sedangkan kampung halamannya juga!

Lebih kurang beberapa jam akhirnya mereka sampai di 5-Star hotel.. The Light Hotel(M) SDN.BHD ..hotel itu terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang! Freya keluar dari kereta sambil mengenakan kaca mata..

Safuan dan Khairul pula membawa bagasi Freya. Mereka berhenti di kaunter untuk mengambil kad akses bilik mereka. Safuan menunjukkan tempahan kepada cik kaunter tersebut..

Setelah diambil segala maklumat, Safuan menyerahkan kad tersebut kepada Freya.. Mereka bertiga berjalan menuju ke lift..

"Kita rehat dulu nanti petang jumpa dekat restoran"pesan Freya selamba

"Baik cik muda"jawab mereka berdua

Freya berjalan ke arah bilik nya lalu di akses kad tersebut, setelah dia melangkah masuk ke dalam.. Berpuas hati dengan deko bilik tersebut..

Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas katil lalu dia membaringkan dirinya.. Ngantuk mula menguasai dan akhirnya dia terlelap..

♬♬♬

Freya sedang menunggu kedatangan anak buahnya lalu mulut nya mengunyah muffin di dalam.. Dia memerhati sekeliling hotel tersebut.. Bosan! Itu yang dia dapat rasakan..

Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari pembantu nya di Penang!

"Hello ermm aku dah lama sampai why? "Ujar Freya mendatar

"Tiga hari lagi? Nak jumpa dekat mana? Ixora hotel? Ouh ok apa-apa aku inform kau nanti"jawab Freya dengan anggukkan

[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now