MH 11

5.8K 241 24
                                    

Malam pun menjelma Freya sedang berfikir sama ada dia ingin menelefon jejaka itu atau pun tidak! Dia betul-betul ingin jadikan jejaka itu salah seorang yang penting dalam hidup nya.

Gadis itu duduk di sofa lalu laju tangannya mencari nama seseorang apabila sudah ditemukan, dia menukar nama tersebut kepada nama yang lebih romantik!

"Cayang ♥"

Di dail kan nombor itu sehingga la panggilan tersebut diangkat oleh seseorang. Freya merasakan dia akan pengsan tidak lama lagi.

"Assalamualaikum "ucap suara garau itu

"Ermm walaikumsalam awak"jawab Freya dengan penuh sopan

"Siapa ni?"soal jejaka itu

"Awak lupa saya ker? Yang awak kasi nombor tadi tu"muncung sahaja Freya

"Laaa kau rupanya! Hah nak apa? "Soal Aniq garang

"Aduh jangan la garang sangat! Takut saya! "Ujar Freya dengan gedik

"Ewah kau nak main-main? Kalau nak main-main aku nak tutup! "Acah Aniq selamba

"Ehh jangan la! Saya baru nak sembang-sembang dengan awak! Aniq awak tak sporting laaaaa"rungut Freya

"Dah malam la! Lagi pun aku nak tidur"terang Aniq dengan mendatar

"Saya nak kasi tahu something ni! Yang pasti awak tak boleh tidur"tegas Freya berkata

"Okey apa yang kau nak cakap?"ditarik nafas perlahan

"Sa..sa..sa..ya"belum habis dia menyambung Aniq memotong

"Dah kenapa kau gagap pula dah? Kalau depan aku la kan! Aku piat telinga kau! "Geram Aniq rasakan

"Okok Saya sukakan awak! Saya nak awak jadi boyfriend saya! "Terus Freya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati

Terkedu Aniq lalu dia menjauhkan telefon dari telinga nya. Dia salah dengar ker atau gadis itu yang sudah gila? Geleng kepala sahaja Aniq.

"Kau dah kenapa? Wayar kau putus ker? "Sindir Aniq selamba

"Mana ada putus! Saya betul sukakan awak"ujar Freya dengan separa geram

"Sejak bila kau suka aku? "Soal Aniq ingin tahu

"Sejak saya lihat awak untuk pertama kali! Bak kata orang, cinta pandang pertama! Saya betul-betul suka awak!!!! "Jerit Freya dengan kuat

"Woi kau nak aku pekak ker? "Marah Aniq

"Dah saya cakap awak tak nak percaya. Saya jerit la"ketawa kecil Freya

"Macam mana kau boleh suka aku ni? Kau buta ker? Aku mana la kaya kalau nak dibandingkan dengan kau! Aku kerja restoran segera ja, kau tu mesti kerja pangkat tinggi"luah Aniq perlahan

"Saya suka awak bukan sebab awak kaya atau tak! Saya tak pernah pandang langsung pekerjaan awak. Saya cuma pandang personaliti awak sahaja. Saya pun tak kaya, kalau saya kaya sekalipun itu pun sebab saya kerja. Kalau tak kerja memang tak kaya la"ujar Freya panjang lebar

"Tapi kita berbeza. Kau ada rupa malah kaya. Aku tak"terang Aniq lagi

"Saya tak kisah pun! Janji cinta saya suci hah gitu"terselit gurauan daripada Freya

"Baikk aku terima cinta kau tapi itu tak bermakna aku terima jadi boyfriend kau"tersenyum-senyum Aniq

"Halah kenapa? Saya nak jadi girlfriend awak"rengek Freya tanpa sedar

"Kita baru kenal so awal lagi nak jalinkan hubungan so kita jadi teman dulu"saran Aniq

"Taknak! Nak jadi lebih dari tu"protes Freya

"Teman dulu"ujar Aniq tegas

"Lebih dari tu"tegas Freya pertahankan suara nya

"Teman dulu! "Aniq pula rasa nak ketuk kepala gadis itu

"Lebih dari tuuuuu!! "Rengek Freya

"Kalau tak teman,tak yah kawan langsung"ugut Aniq

"Ehh okok kita teman! Janji eh teman! "Soal Freya ingin kepastian

"Iya janji, pergi la tidur esok kerja kan? "Ujar Aniq perlahan,dia dah mula rasa ngantuk

"Yup kerja tapi awak"panggil Freya lembut

"Ermm why? "Tanya Aniq sambil menutup mulut dari menguap

"Awak tak nak tahu nama saya ker? "Soal Freya dengan senyuman

"Hah la nama kau apa? Aku lupa nak tanya"berkerut dahi jejaka itu

"My name is Ava Freya but you can call me Freya. Nak lagi romantik boleh panggil saya sayang hah"tergedik-gedik Freya dengan kaki di goyang kan

"Gedik eh kau? "Ujar Aniq dengan senyuman

"Well saya gedik hanya untuk orang special sahaja dan orang itu adalah awak"tersengih-sengih Freya

"Ermm"gumam Aniq setelah kehilangan kata-kata

"Awak nanti kita free boleh tak awak bawa saya ronda-ronda dekat kawasan penang ni? Boleh la eh? "Pinta Freya dengan manja

"Boleh ja no problem ermm aku masuk tidur dulu eh? Assalamualaikum "ucap Aniq lalu mematikan panggilan,malu dia rasakan

Freya menjawab salam tersebut sambil menari-nari. Hatinya berbunga-bunga! Tak apa teman dulu, dalam masa teman dia akan buatkan jejaka itu jatuh hati pada nya! Nekad Freya!!

♬♬♬

Pagi itu Freya sedang membelek fail di atas meja. Masih banyak fail yang perlu dia tengok periksa. Gadis itu tidak boleh mengharapkan teman nya sahaja, dia sebagai big boss kena juga pantau semua tu.

Freya mula merasa bosan apabila terlihat tulisan beberapa perenggan di dalam fail tersebut. Dia mengambil telefonnya lalu di dailkan nombor seseorang.

"Assalamualaikum awak"sapa Freya dengan rambut sengaja dipintal kan

"Walaikumsalam hah kau nak apa? "Soal Jejaka itu dengan dingin

"Alaa saya nak tanya khabar tak boleh ker? Kata teman"rajuk Freya dengan manja

"Ewah tak yah nak merajuk sangat! Tak hingin aku nak pujuk"ujar Aniq selamba

"Omg! Hancur hati saya awak cakap macam tu"sayu Freya berkata senanya acah jer

"Kau tak reti nak buat kerja ker? Tahu ngelat ja eh? "Rungut jejaka itu sedikit kasar

"Terharu saya!! Awak prihatin dengan saya"ujar Freya dengan gedik

"Ya Allah kenapa la aku jumpa perempuan macam kau? Mampus aku hari-hari nak hadap"keluh Aniq selamba

"Itu namanya saya pemegang tulang rusuk kiri awak, hah cepat-cepat la kita jalinkan hubungan hehe"ujar Freya dengan nakal

"Dah la malas aku nak layan kau! Assalamualaikum "terus dia menutup panggilan itu

Freya hanya ketawa sahaja baru uji sikit dah gelabah! Tu belum keluar bersama pegang tangan! Hahaha ingin sahaja dia ketawa.

Hari-hari nya menjadi hari yang bahagia setelah berjumpa dengan Iman Aniq inikah jodoh yang dia cari selama ini? Jodoh tak salah alamat kan? Kalau benar dia bersyukur sangat jika jejaka itu menjadi suri hidupnya.

Macam terbalik sahaja tapi apa yang dia kisah? Janji hidupnya bahagia sahaja!

Akan dia kejar jejaka itu sehingga jatuh ke dalam genggamannya. Apa nak jadi jadi lah!





[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now