🃏|1

114 18 3
                                    

"Perlu ke sampai membunuh untuk mendapatkan sesuatu ?" Seorang lelaki tua berkata seraya berjalan ke arah yoongi yang sedang tidur dibawah pokok besar .

Tongkat digunakan untuk membantunya mengimbangkan badannya.

Perlahan-lahan yoongi mencelik matanya akibat terasa gerakkan sesuatu.

Tangannya mengapai pedang yang berada dibelakangnya. Dengan pantas dia toleh pedangnya dan tepat dileher atuk tersebut.

Yoongi terkejut . Dia letak padangnya semula. Matanya memandang setiap sudut atuk itu. Tanpa senyuman ataupun hormat. Yoongi beredar dari situ.

"Suatu hari nanti , dia akan berada dalam kesulitan atas seseorang yang dia sayang." Bisik atuk tersebut. Dia gunakan tongkatnya berjalan ke rumahnya semula.

Rumah yang kecil dan hanya mempunyai satu rumah itu sahaja. Dikawasan itu sunyi sepi , takde sesiapa yang pernah jalan sampai kesini.
Yoongi yang berada dikawasan tersebut menyebabkan atuk itu pergi ke arahnya tadi.

"Dia kembali!" Jerit seseorang . Salah seorang daripada penduduk tersebut lari ke arah semua orang tatkala mulutnya tidak habis menjerit akan kehadiran yoongi disitu.

Yoongi senyum sinis disebalik topinya. Di perkampungan itu sahaja yang tahu bahawa yoongi telah membunuh hampir seluruh manusia disitu.

"Buat apa kamu kembali! Dasar manusia tiada hati perut!" Tengking pakcik dalam lingkungan 40-an itu. Yoongi memegang pedangnya dengan erat akibat sakit hati.

Dalam hidupnya takde sesiapa boleh meninggikan suara padanya. Yoongi halakan hujung pedangnya ke arah leher lelaki tersebut. Kepalanya diangkat sedikit menampakkan wajahnya. Dia tersenyum sinis.

Di perkampungan daegu , semua takut akan dirinya. Mereka tahu bahawa yoongi adalah bekas penduduk mereka dahulu.

Selepas dia dihalau dari tempatnya. Yoongi memendam rasa dendam terhadap semua orang.

"Aku nak bunuh kau!" Tengking yoongi semula. Selepas dengar ayatnya dan juga pedang dileher lelaki tersebut. Beberapa orang tunduk merayu padanya.

Keluarga lelaki itu bersujud padanya untuk merayu melepaskan lelaki itu. Yoongi suka bila orang merayu, menangis dan terseksa dihadapannya.

"Takde maaf untuk orang yang kurang ajar dengan aku. Kau nak suruh siapa pula merayu lepaskan kau ? Ehm. Takde siapa walaupun raja takut dengan aku." Kata yoongi. Pedang dileher lelaki tersebut didalamkan lagi.

Lehernya mula mengeluarkan darah sedikit. Dia meraung kesakitan.

"Tolonglah! Kasihani kami." Rayu seorang makcik, isteri dia kut! Hati yoongi mula sayu. Dia menunduk sekilas dan memandang mereka semula dengan senyuman sinis.

"Matilah dengan rayuan kau!" Pedang itu dihiris pada kulit lelaki tersebut. Darah terpercik dimerata tempat .

Lelaki itu rebah dihadapannya. Yoongi ketawa puas. Semua mula masuk ke dalam untuk mengelak daripada berjumpa dengannya.

Keluarga lelaki itu menangis disitu. Yoongi beredar dari situ seperti tiada apa yang berlaku. Baginya, itu hanyalah sesuatu yang biasa. Chill lah.

"Kalau bukan sebab aku nak kuasai kerajaan joseon. Dah lama aku jadi raja dekat daegu!" Kata yoongi . Dia berjalan menuju ke tempat yang ditujunya. Iaitu, joseon.

Dalam perjalanannya , dia menyendiri. Takde ape yang dibawa. Hanya pedang yang sentiasa ada pada pinggangnya.

Disangkut pada baju. Topi dibuka seketika untuk mendapatkan udara. Rambutnya yang hitam dan agak panjang yang mampu menutup matanya diselak sedikit.

Yoongi pergi ke sungai berdekatan untuk mencuci tangan dan rambutnya. Kesan darah pada pedang kesayangannya dibasuh.

Kini, pedangnya dilap pula dengan kain tuala kecil yang dia sempat ambil dari gerai tadi.

"Dah bersih. Takde darah kotor tu melekat dekat pedang aku." Ujarnya seorang diri. Yoongi kembali berdiri .

Bersedia untuk meneruskan perjalanannya untuk kembali ke joseon. Misinya masih tidak selesai.

Topi dipakai semula. Menutup kesan perut pada matanya. Yoongi menghela nafas panjang apabila mengingati kisah lamanya.

🍱

"Lepaskan aku!" Jerit seseorang yang berada didalam sebuah tempat yang besar dan hanya dia seorang sahaja berada disitu.

Sebuah tiang yang agak besar dan wanita tua itu berikat dengan tali besi. Ikatan diketatkan apabila dia meronta dilepaskan pada raja dihadapannya.

"Kau memang binatang! Raja tak guna." Wanita itu meludah pada wajah raja tersebut. Beberapa pengawal datang padanya. Raja angkat tangannya sedikit menandakan supya bertenang.

Raja itu beredar dari situ. Wanita itu menjerit seraya mengalirkan air matanya. Rindu akan seseorang menguasai diri. Dendam terhadap raja tidak pernah padam.

"Anak aku akan datang dan bunuh kau lah raja!" Jeritnya lagi. Walaupun dia tidak tahu apa itu akan terjadi. Tapi, tetap dia berdoa supaya raja itu dibunuh oleh keluarganya.

Namun, takde seorang pun yang beri dia berita tentang keluarganya.

TbcVote me💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc
Vote me
💜


『 Daechwita : 민윤기 』 Where stories live. Discover now