bab 13

385 86 20
                                    

PDP seperti biasa tapi bukan untuk hari Adawiyah.

Ting ting ting

"Perhatian kepada Nur Adawiyah Solehah sila pergi ke bilik pengetua sekarang! Ulang suara perhatian kepada Nur Adawiyah Solehah sila pergi ke bilik pengetua sekarang!"

Ting ting ting

Adawiyah tersentak

'Kenapa nama aku kene panggil? Aku buat kesalahan ke?' soal Adawiyah ke dirinya sendiri.

Tanpa berlengah, Adawiyah menuju ke bilik pengetua.

Tok tok tok bunyi pintu diketuk

"Masuk" panggil pengetua.

Adawiyah membaca bismillah lalu memulas tombol untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya, melihat tetamu pengetua.

"Ha, Adawiyah! Apa kamu yang tercegat lagi tu? Mari sini duduk kat sini." Pengetua menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Adawiyah baru tersedar dari kejutan tadi lalu duduk sebelah pengetua.

"Kamu bincang lah apa yang patut saya nak buat air kejap." Adawiyah ingin tolong pengetua tapi di tegah untuk duduk sahaja.

Klik.... Bunyi pintu di tutup...

"Wiyah kamu sihat." suara garau lelaki berumur 50 tahun itu memecah kesunyian.

"Wiyah sihat je uncle." Senyum Adawiyah.

"Boleh tak awak cakap terus je dekat budak ni. Tak yah nak tanya kabar bagailah." Ujar Datin Idrana sambil mengerling tajam kearah Adawiyah. Dato Nizam hanya mengeluh. Dia sendiri pun dalam delema.

"Macam ni Wiyah kami terpaksa tarik balik tanggugan yang saya bagi dekat kamu sebab syarikat saya ada masalah jadi saya tak mampu nak biayai yuran sekolah kamu lagi. Saya mintak maaf sangat-sangat." Tipu Dato Nizam. Dia tak mampu nak cakap hal yang sebenar.

Yang sebenarnya, anak dia yang meminta kalau tidak di tunaikan pemintaannya. Dato Nizam takut jika anaknya bertindak di luar jangkaan.

"Tak pe Wiyah faham. Wiyah tak kesah pun benda nak jadi kan." Adawiyah hanya mampu tersenyum dalam hati hanya Allah je yang tahu.

"Aku tak puas hati lah. Kenape anak aku sekarang asal dengar nama kau je dia mengamuk? Kau buat ade kat Irdiana sampai dia jadi orang tak terurus? Aku tak kan biar kan kau sakit kan anak aku. Stay a way from her. This is my first and last warning." amaran Datin Idrana membuat Adawiyah mengenangkan air matanya yang lama sudah di tahan.

Matanya menikam anak mata Adawiyah. Adawiyah hanya mampu tundukkan kepala. Perubahan drastik Datin Idrana membuatkan Adawiyah makin terluka kerana dulu Datin Idrana cukup baik dengannya. Adawiyah menggumpul kekuatan yang masih ada untuk dia memandang semula muka datin dan dato.

"Saya rasa Irdiana cuma salah faham dengan saya dan saya tak mampu bercakap lebih hal ni. Baik datin dan dato tanya Irdiana sendiri kalau dia nak saya jelaskan. Saya boleh saja tapi dia kene dengar apa yang saya nak jelaskan" Tenang Adawiyah berkata.

"Irdiana kata dah tak de apa nak jelaskan sebab dia tahu kau bukan jujur kawan dia kan? Kau cuma nak cepat senang dan rasa kaya. Betullah apa mak long kau cakap pasal kau. Pembawa malang dan suka ambik kesempatan sama macam MAK KAU!!" Tengking Datin Idrana. Adawiyah  tersentak apabila Datin Idrana mengaitkan tentang ibunya.

"Kalau datin marah dekat saya, jangan libatkan ibu saya. Itu sahaja yang saya pinta. Saya nak minta maaf datin dan dato andai kehadiran saya hanya bawa malang. Halal kan makan minum. Maaf sekali lagi, saya kene balik ke kelas sekarang nanti banyak pula pelajaran saya tertinggal" Adawiyah hanya senyum dan berlalu ke kelas.

Tanpa Adawiyah sedar ada sepasang mata yang memerhatikan aku dari jauh.

waktu rehat

Adawiyah melepak dekat rooftop. Tempat biasa dia melihat kecantikan pemandangan sekolah daripada atas dan memang tak dapat di nafikan reka bentuk susun atur bangunan sekolah ini sangat semetri dan sistemetik tak hairanlah kenapa sekolah terkenal. 


Krinnnngggg.....

Waktu rehat sudah habis

Adawiyah menuju ke dalam kelas  dalam masa yang sama dia terasa ada mata-mata yang memerhati nya. Bahkan dekat rooftop juga dia dapat rasa dirinya perhatikan. Tanpa berlengah Adawiyah  mempercepatkan langkahnya masuk ke kelas.

Brusshhh.......

Sebaldi tepung dicampur dengan telur busuk dan air kotor menyiramnya. Adawiyah terkaku seketika. Matanya cuba memandang Irdiana untuk dapatkan bantuan tapi malangnya Irdiana hanya tersenyum sinis terlakar di bibirnya.

'Mana Irdiana yang dulu? aku nak Irdiana dia balik.' rintih hati Adawiyah.

Satu kelas mentertawakan Adawiyah tanpa seorang pun membantunya. Memang orang memandang hina sungguh dekat Adawiyah.  Adawiyah terus beredar ke bilik mandi. 

(bilik mandi dengan loker baju tempat yang sama ye)

Setelah selesai mandi, Adawiyah mengenakan jubah mandi sementara dia tidak memakai baju sekolahnya semula. Adawiyah ke loker untuk mengambil baju keduanya tapi dia dapati hanya ada baju yang koyak rabak sahaja.

"Astagfirullahhalazim... Siapa punya kerja ni? Aku mana pakaian lain dah."
Katanya bersendiri terkejut melihat keadaan bajunya di koyakkan.

Adawiyah cuba buka pintu bilik mandi tapi tak berhasil. Adawiyah cuba meminta tolong tapi dia lupa pula yang bilik mandi ini berada di bangunan lain dan tempat ini juga ada masa tertentu untuk masuk. Fikiran Adawiyah jadi buntu apa ang aku harus laku kan.

Hanya tangisan je menemani Adawiyah. Dulu Irdiana ada lah satu-satunya orang yang ada di samping aku tak kira apa pun keadaan. Seorang yang sangat fahami aku. Dialah adik aku, kakak aku dan juga abang aku. Bagi aku dia adalah anugerah sahabat terindah dalam hidup aku. Tiada siapa mampu menggantikan tempat dia. Dia yang memberi semangat kepada aku setiap hari selain daripada arwah nenek aku. Dia yang ajar aku erti kekuatan tapi sekarng dia tiada disamping aku lagi.

Denyutan kepala Adawiyah tak dapat dia gambarkan sakitnya macam mana. Darah mula turun dari dalam hidungnya. Badan Adawiyah semakin lama semakin lemah. Perlahan-lahan dia menutup mata.
























Apa perasaan korang tentang cerita ni komen lah sikit.

citer ni tak sedih ker?

Jangan lupa add cerita ni dalam library korang

Sorry banyak typo boleh bagi tahu sis nk buat ayat dengan sedap macam mana ye 🤔sebb sis bukan pandai buat ayat😅

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now