Bab 2😑KAU GILA

5.4K 386 60
                                    

Iman tahan tebal muka apabila berjalan di hadapan kelas-kelas tingkatan empat sepanjang tingkat dua ini. Iman jeling Firash yang seronok bersiul nakal sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolah.

Iman rasa menyampah dengan Firash yang asyik mahu mencari pasal dengannya. Iman jalan sini, Firash turut jalan sini. Iman rasa macam nak aje dia pijak kasut si Firash Amjad ni. Eeee.. Geram.

"Kau dah kenapa nak ikut-ikut aku!"bentak Iman di hadapan kelas empat teknologi. Mujur tiada orang di dalam kelas,hanya ada seorang pelajar yang baru mahu keluar.

Firash senyum senget.

"Lah..dah nama pun jalan sehala,aku jalanlah belakang kau. Yang kau nak marah-marah ni dah kenapa?"Firash pandang muka Iman yang mahu meletup dengan sikapnya. Iman cekak pinggang di hadapan Firash.

"Ash, boleh tak kau jalan dulu? Aku penat nak layan perangai kau ni. Kau tak penat ke kacau aku? "Iman sudah mula rasa penat kerana setiap kali mereka berjumpa tak pernah nak baik. Ada saja benda yang akan jadi isu.

Firash dengan muka selamba menjawab. "Masalahnya satu je, aku tak penat. Aku lagi suka usik kau, "Firash senyum sinis sebelum berjalan melintasi Iman yang ternyata sudah meluap-luap geram.

Iman tak suka anak Dato' Muhammad ni. Iman benci. Iman rasa nak gila bila dengan Firash. Kenapa dia perlu jumpa manusia macam ni. Erghhh!

"Kau gila! "Bentak Iman. Firash yang mendengar hanya buat tidak tahu tatkala perkataan gila mula terkena gegendang telinganya. Biar Iman geram. Firash lagi suka tengok Iman marah.

"Eh,Kak Iman kena denda la,"Iman hiraukan kata-kata pelajar tingkatan empat sains. Iman rasa geram sangat. Memanglah kena denda sebab dia tulis bukan-bukan di papan putih tapi kalau Firash tak mula dulu takkan punya dia kena denda.

Iman jalan melintasi kelas itu dengan rasa sebal di dada. Laju dia berjalan sehingga memotong Firash yang elok jalan santai-santai di hadapannya. Firash tercengang lalu tarik hujung tudung Iman dari belakang. Tersentak kepala Iman ke belakang.

"Laju-laju kau nak pergi mana? Jalanlah dengan aku ni, "Firash senyum senget apabila Iman mengetap gigi geram dengan perbuatannya. Habis tudung Iman kebelakang. Terkial-kial tangan Iman membentuk tudung semula. Sudahlah tudungnya susah jadi.

Iman sentuh tudungnya dibiarkan membentuk 'm'. Malas nak perbetul lagi. Lantaklah nak nampak selekeh pun. Mood Iman dah tak baik sekarang ni.

"Tengah marah ke tu... "Suara meleret Firash dibiar sepi dibawa angin berlalu. Iman tak nak layan Firash. Lagi menjadi lelaki itu jika dia membalas semula. Tunggu mood Iman baik dulu.

Firash angkat bahu sambil cebikkan bibir dengan gelagat Iman. Diperhati langkah Iman yang mula meninggalkannya. Firash pandang kotak yang digantung di leher sebelum terjungkit senyum.

It was so amazing...

Masuk sahaja ke dalam kelas kembali, Iman kena cuci semula papan putih. Diikut setiap lukisan dengan whiteboard marker. Diikut betul-betul kemudian Iman padam. Sekarang dah pun masuk waktu cikgu lain. Tapi, cikgu ada kerja pula jadi tiada cikgu buat kerja masing-masing.

Siap semua, Iman kembali duduk di tempatnya sebelah Atikah. Atikah pandang muka Iman yang jelas serius itu.

"Kau okey ke Iman? "Soal Atikah seraya meletakkan pen ke atas buku biologinya. Hilang mood nak buat nota kecil.

Iman mengeluh.

"Aku penatlah dengan Ash. Dia selalu sangat cari pasal dengan aku. Kalau boleh aku nak lumat-lumatkan isi badan dia then kisar sampai halus, "kata Iman dengan gayanya sekali. Atikah nampak betapa geramnya Iman. Firash dengan orang lain tak adalah pula perangainya sampai macam ni sekali. Tapi, tulah bila dengan Iman macam-macam lelaki itu buat.

"Kau tak payah layan dia tu. Dia nak perhatian je tu, "nasihat Atikah. Bahu Iman dipegang lembut.

"Kalau aku tak layan lagi teruk perangai dia, "

"Perangai siapa? Aku ke? "Sampuk satu suara garau dari tempat belakang. Iman terus paling belakang.

Terpapar muka kacak Firash yang tengah senyum senget memandangnya. Err, kacak? Iman terus buang jauh-jauh segala pujiannya. Buang tabiat kalau dia yang puji lelaki itu.

"Boleh tak, kalau satu hari je kau tak kacau aku? Aku penat dengan perangai kau, "siap berkerut dahi Iman tanda dia benar penat dengan telatah Firash.

Firash sandar belakang pada kerusinya. Kepala digeleng.

"Tak kacau kau buat satu hari buat aku tak senang duduk kau tau? So, untuk senangkan duduk aku better aku kacau kau, "kata-kata Firash buat Iman tepuk dahi. Kenapalah anak Dato' Muhammad ni perangai dia macam ni? Iman penat. Tolonglah Iman....

Malas nak melayang, Iman kembali pandang depan. Langsung tidak membalas apa yang Firash kata. Iman rasa kerusi ditarik dari belakang, Iman cuma buat tidak tahu.

Sampai satu tahap kerusi Iman memang betul terseret rapat ke meja belakang buat Iman tak tahan duduk.

"Apa masalah kau, Ash? Kau tak faham ke aku penat?! "Jerkah Iman sehingga seluruh ruang kelas penuh dengan suara Iman. Terdiam Firash. For the first time, Iman tinggikan suara macam ni.

Ketika ini Iman berdiri tegak di hadapan Firash. Matanya mengerling tajam ke arah Firash. Firash perasan ada air mata yang turut mengalir di pipi mulus itu sebelum Iman berlari keluar.

Firash pandang Atikah dengan tanda tanya. Atikah angkat bahu tanda tidak tahu sebelum dia turut bangun mahu ikut Iman.

Firash masih lagi bingung. Sebelum ni, dia kacau Iman pun pasti Iman balas balik. Tak pernah lagi Iman sampai menangis macam ni.

Pelik bin ajaib.

                           🌷

Iman tertunduk memandang sinki di dalam tandas. Air mata yang merembes di pipi diseka dengan tapak tangan. Nampak saja Iman ni kuat tapi dalam hati dia Allah saja yang tahu.

Iman kalih kepala ke belakang apabila terasa sentuhan di bahunya. Atikah tersenyum memandang Iman. Dia tahu segala tentang Iman, bagaiman kehidupan Iman, Atikah tahu semua.

"Kau ada masalah ke hari ni? "Soal Atikah lembut. Atikah tahu sekarang bukan masa dia untuk bermain-main. Jadi, dia cuba berlembut dengan Iman. Pasti Iman ada masalah dengan kakak tirinya.

Iman bukanlah anak orang kaya, Iman hanya anak orang biasa dan merupakan anak yatim piatu. Hanya ada kakak tiri itupun langsung tidak baik dengan Iman. Kakak tirinya pula ada anak yang tua dua tahun dari Iman.

Dan, Iman selalu bermasalah dengan anak saudara lelakinya itu. Cuma, Iman langsung tak tunjuk dengan menyembunyikan rasa sedih itu dengan perangai happy go-luckynya itu.

"Tak de apalah. Aku just penat sangat tadi. Itu yang mudah sangat menangis. Tak de apalah, "Iman lorek senyum di wajahnya. Untuk tidak buat suasana jadi hening, Iman tarik Atikah keluar dari tandas.

"Dahlah duduk lama-lama dalam tandas ni nanti buat kawan dengan syaitan pula, "seloroh Iman sambil pecah ketawa. Hilang sudah air mata tadi.

"Kau ni kan.. Ada je benda kau nak jadikan bahan lawak kan? "

Iman tepuk dada sendiri.

"Well, tengoklah aku ni siapa? Iman Imani lah katakan, "Iman mula bangga dengan sendiri. Atikah geleng kepala dengan gelagat Iman. Tak apalah Iman, asal kau bahagia.

Amacam story ni? Suka ke idok? Ke dah tak payah teruskan? 😂😂

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now