Bab 51😃KEMBALI

4K 277 92
                                    

Lagu:bukan aku by tasha manshahar

ORANG yang tengah lalu-lalang di hadapan Asyraf pandang. Tiba-tiba rasa rindu kepada seseorang yang buat hati dia langsung tak fikir yang lain.

"Hey Asyraf, what are you doing here? "Tegur seorang gadis Korea kepadanya.

"Nothing. I just wanna calm down myself, "

"Are you thinking out of something? "Teka gadis itu lagi. Gadis itu Asyraf panggil Kim. Tapi tak ingat Kim apa. Teruk betul Asyraf ni. Yelah, Kirah saja yang ada dalam fikirannya sekarang ni.

"No. I don't, "

"So then, let's eat with me? "Ajak Kim namun Asyraf tolak. Dia hanya mahu tenangkan fikiran. Fikiran yang penuh dengan nama Syakirah. Tak sabarnya rasa mahu kembali ke Malaysia.

"Hmm.. Okay. I let you calm down yourself first. Bye, Asyraf, "ujar Kim kemudian meninggalkan Asyraf sendirian di bangku. Asyraf mengeluh sendirian.

Mananya tak fikir, sudah hampir sepuluh bulan mereka tidak berhubung. Apa dah jadi dengan Syakirah pun dia tidak tahu. Sungguh, Asyraf rindukan Syakirah. Hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan tu.

Dia cuma berharap satu je sekarang ni iaitu... Semoga Allah jodohkan dia dengan Syakirah. Sesungguhnya hati dia sangat inginkan itu.

4 TAHUN KEMUDIAN...

"Ibu... Nak susu? "Pinta Aariz kepada Iman yang kalut menggubah bunga di dalam kedai. Sengaja Iman bawa Aariz ke kedai hari ni sebab banyak tempahan daripada pelanggan-pelanggannya untuk hias bunga-bunga ke dalam bekas yang dibeli mereka.

"Kejap ye sayang. Sikit je lagi nak siap dah bunga ni, "ujar Iman yang masih kalut melakukan kerjanya. Anaknya yang sedang memeluk lehernya dibiarkan saja.

"Riz lapar ni bu... "Rengek Aariz. Sudah nak masuk empat tahun pun masih lagi nak susu botol. Anak siapalah kuat makan sangat ni hmm?

"Ibu suruh makan nasi tak nak. Kan dah lapar, "

"Nasi kenyang.. Susu lapar, "hailah anak. Sejak semakin membesar ni ada saja akal dia. Pipi tembam Aariz Iman cubit lembut. Eee.. Tembam!

"Yelah, yelah. Tunggu ibu buat susu ye? "Ujar Iman sambil mencuit hidung Aariz manja.

Terus Aariz lentang badannya ke atas lantai yang sudah dilapik tikar di dalam kedai bunga milik ibunya. Aariz kembali bangun sebaik sahaja terdengar pintu yang dipasang loceng terbuka. Terkebil-kebil mata Aariz memandang lelaki di hadapannya. Macam kenal?

"Eh adik.. Mama ada ke? "Soal lelaki tersebut kepada si kecil sambil cermin mata hitamnya dibuka lalu diselit ke dalam poket baju jeans yang dipakainya. Teka je mama.. Lagipun kedai bunga majoritinya perempuan yang jaga. Entah faham ke tidak pun dia tidak tahu budak ini.

"Baba.. "Teriak Aariz sambil laju kaki lelaki yang disangka ayahnya itu dipeluk erat.

Tercengang lelaki itu. Baba? Ada nampak muka dia sama macam ayah si kecil ini ke?

"Eh Aariz kenapa ni? "Ujar Iman kalut-kalut sebaik sahaja melihat anaknya memeluk kaki lelaki yang tidak dikenalinya.

Sebaik sahaja Iman menarik anaknya dari terus memeluk kaki lelaki itu, Iman angkat kepala gerangan tersebut untuk memohon maaf.

Tapi... Lidah Iman kelu untuk ucapkan kata maaf sebaik sahaja melihat wajah lelaki di hadapannya kini.

"Ash? "

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now