I : 003

341 48 35
                                    

» He's Change «
---

KAKI kanan dibawa melangkah masuk ke Pejabat Agam Islam di Kuala Lumpur. Vermilion nya mengeluarkan nafas berat.

Mata mencari pejabat seseorang yang dia kenali. Terus, dan terus mencari.

" Ha! " dia tersenyum.


Kakinya melangkah ke hadapan pintu pejabat kecil itu.

TOK! TOK!

" Masuk je. Pintu tu tak berkunci. " lembut saja bicara orang yang berada di dalam pejabat itu.

Dia berjalan masuk ke dalam ruangan itu dan berdiri betul- betul di hadapan meja kerja lelaki tua yang sedang sibuk melakukan kerja.

Setelah sedar orang di hadapan nya tidak berkata apa- apa, dia mula mengangkat kepalanya. Terkejut dia. Cermin mata di tanggalkan.


" Seokjin Kim? " Seokjin tersenyum sambil mengangguk.

" Apa khabar, Pak Cik Syed? " dia menunduk ingin menyalami tangan lelaki tua itu.

Tuan Syed masih tak percaya dengan keberadaan Seokjin di Pejabat Agama Islam ini. Buat apa jejaka bukan muslim ini berada di tempat seperti ini?

" Pak Cik sihat. K... Kamu datang sini kenapa? " soalnya ingin kepastian.

Sekali lagi vermilion tebalnya mengukirkan senyuman.

" Saya nak masuk Islam. "

---

BAHU lebar jejaka itu di tepuk perlahan.

Seokjin menoleh. Lantas senyuman nipis terukir di vermilion nya.

" Nama kamu dah berubah tau. " Tuan Syed menggosok- gosok belakang tubuh jejaka itu.

" Saya tahu, Pak Cik. Pak Cik boleh panggil saya Tarique. " Seokjin atau nama Islamnya iaitu Muhamad Tarique Alyan membalas.

" Muhamad Tarique Alyan. Hm, pandai kamu cari nama. " Tuan Syed membawa Seokjin masuk ke biliknya semula.

" Terima kasih, Pak Cik. Saya pun suka dengan nama ni. Saya dah fikir lama dah nama ni. Dengar pun sedap. " Tuan Syed mengangguk.

Seketika muka Tuan Syed berubah kelat.

" Kamu... kamu tahu kan bila dah masuk Islam segala harta benda kamu perlu di tinggalkan? " Tarique mengangguk.

" Ni. Guna ni buat sementara waktu. Pak Cik tak nak tengok kamu lapar. Balik rumah, bincang dengan keluarga kamu. Bila keluarga kamu dah restu, kamu kemas barang  kamu. Lepas tu telefon Pak Cik. Nanti Pak Cik datang ambil kamu. " terang Tuan Syed.

" Er, kenapa saya kena kemas barang- barang saya? Saya tak boleh tinggal dengan Omma saya ke, Pak Cik Syed? "

" Maafkan Pak Cik, Tarique. Pak Cik cuma takut kalau- kalau keluarga kamu makan atau minum, makanan dan minuman yang haram. Pak Cik sebagai penjaga kamu perlu pantau kamu. Pak Cik nak bentuk kamu jadi muslim yang sempurna. Boleh kan, Tarique? " Perlahan- lahan Tarique mengangguk.

[OG] ISLAM | KSJWhere stories live. Discover now