---3---

732 35 0
                                    


Selesai makan malam aku duduk di sebelah along yang bersantai di tepi kolam ikan. Hurm semenjak ibu dah boleh terima Ryan langsung tak lepas-lepas Ryan dari dukungan mereka.

"Along boleh Man tanya?"Perlahan aku duduk bersila di sebelah along.Aku meletakkan kepala di bahu along. Maklumlah aku ni memang manja dengan along. Dia je satu-satunya abang aku.

Along membiarkan saja perlakuan aku. Dia pun sebenarnya rindu dekat aku sebab tak de teman nak luahkan perasaan dan bergaduh. Aku lah tempat di bergusti dan berjiwang.

Kalau dia berjiwang dengan adik kami, Aimi memang dah buang tabiat. Silap-silap monyet pun garu kepala.
Melihat along mendiamkan diri aku terus menuju ke main point.

"Ibu masih nak teruskan rancangan untuk kahwinkan Iman ke?"

"Humm. Along pun tak tahu.Tapi along rasa ibu tetap dengan keputusan dia.Iman nak tahu, sebenarnya Iman dah bertunang sejak kecik."

Whats!! Kenyataan dari along ,membuat aku terkejut.Tangan aku secara tak sengaja tertolak along masuk ke dalam kolam ikan.

"Iman!!" Jerit along dari dalam kolam. Aku sengih sambil menggaru kepala. Tu je tindakan yang aku boleh buat.

Aku hulurkan tangan untuk menarik along. Masam saja muka along. Mungkin bengang dengan aku.

"Along betul ke Iman dah bertunang sejak kecik?Aigoo wea..." Aku merunggut dalam bahasa Korea di depan orang yang fanatik dengan Korea sampaikan dia punya girl orang sana. Geleng kepala je kedua orang tuaku.

Anggukan dari along menambahkan lagi kekusutan. Aku tahu along tidak main-main dalam hal begini. Nampaknya, nanti aku kena tanya ibu sendiri tentang status aku.

Usai sembahyang subuh, aku mempersiapkan segala barang untuk diletakkan di dalam kereta. Ryan aku mandikan supaya nanti tak adalah kelam kabut.

Ibu dan babah tak dapat join sebab diorang tengah buat umrah dekat Tanah Suci Kota Makkah.
Aimi pulak. Dah sebulan aku balik tapi aku tak lagi nampak batang hidung dia. Ibu kata dia sibuk dengan assignment.

Rancangan along memang tak boleh pakai. Ada ke dah last minute baru bagi tahu nak balik kampung Tok Wa dekat Terengganu.

Dah tu boleh dibantai lagi nak bawak Kak Sakura Alia dia punya tunang. Aku tak kisah along nak bawak siapa at least bagi la tahu awal-awal.

Perjalanan dari Putrajaya ke Terengganu memang agak lama. Along pun dah sampai naik lenguh tengkuk dia.

Akhirnya along buat keputusan untuk berehat dulu di R&R. Dari tadi lagi aku dan Kak Sakura menyuruh along berhenti dimana-mana R&R, tapi along tu degil nak jugak tunjuk macho dia depan kak Sakura sampai tengkuk dah cramp baru nak berhenti.

"Lepas ni biar Iman pulak yang bawak. Lagi pun dah tak jauh." Tuturku kepada along.
Apa jegil-jegil. Cucuk biji mata tu baru tak boleh bawak kereta sampai bila-bila. Kesian Kak Sakura dapat suami Mr.Blind.

Selesai mengerjakan solat bersama kak Sakura aku menolak stroller Ryan menuju ke medan selera. Dari jauh aku nampak along berbual dengan seseorang tapi aku tak nampak siapa orang itu sebab dia duduk membelakangi aku.Baru saja nak mendekati mereka orang tersebut telah pergi. Tapi dari susuk tubuh lelaki itu macam aku pernah lihat.

Selesai hal di R&R, Kereta honda city milik along aku pandu dengan selamat. Haha..Dapat jugak aku bawak kereta along.Semua berkat desakan dari kak Sakura. Tq kak... Ryan pula seketika sahaja along pegang lepastu diserahkan kepada kak Sakura.

Ceh siap suruh lagi Kak Sakura jaga Ryan katanya nanti dah anak sendiri senang.. Geli pembuluh darah aku dengan statement along. Merah muka kak Sakura, dia hanya menundukan muka memandang Ryan. Nak pandang along belum sah lagi, so Ryan pun jadi lah.

Aku memberi signal sebelum membelok ke sebuah lorong kecil. Sampai juga kami dirumah Tok Wa di Kuala Terengganu. Aku mengeliat kecil sebelum membuka pintu. Lengguh jugak pinggang..Kalau siapa yang tak biasa bawak kereta jauh boleh kena car lag bukan jet lag.

Dari jauh aku sudah nampak Tok Wa di pangkin bawah pokok pelam. Hish Tok Wa ni ,malam-malam pun boleh dia duk bersantai sorang-sorang dekat situ.

Along memberi salam seraya mengucup tangan tua milik Tok Wa. Dah tua rupanya nenek aku ni.Memang lah semakin tua takkan semakin memuda..

Aku mengajak Tok Wa masuk ke dalam rumah kerana hari semakin lewat tambahan pula budak kecil tak elok malam-malam duduk dekat luar.Penyakit nyanyuk Tok Wa semakin teruk pada penglihatan aku. Boleh dia kata sekarang subuh. Aku pulak di katanya kak Seri. Kak sakura dan along ketawa bila Tok Wa cakap macam tu. Macam-macam la nenek aku sorang ni.

Sewaktu aku sedang menyidai kain di ampaian tepi rumah ,baru aku perasaan rumah sebelah dah ada orang duduk. Kawasan persekitaran pun dah lain, kelihatan lebih luas dan kemas.
Dulu rumah tu usang,semak samun entah-entah ular pun ada buat sarang. Seriau jugak aku tengok. Pernah ada juga yang cerita sebenarnya rumah tu ada yang menunggu..

"Tok,rumah sebelah dah ada orang duduk ke?" Aku mengambil tempat disebelah Tok Wa yang duduk atas beranda.

"Ha'ah. Tanah tu memang mereka punya. Dulu kamu tak ingat ka. Kamu selalu main dengan cucu tuan rumah tu. Budak tu la bakal suami mu." Tok Wa pantas menekup mulut. Dia sudah terlanjur kata. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau dah terlajak kata payahlah.

Aku terkejut mendengar ayat terakhir Tok Wa. Biar betik..

"betul ke budak tu bakal suami Iman?"Aku guna loghat KL je sebab kalau aku cakap Ganu semua tak faham. Hakikatnya ko memang tak reti cakap Ganu, Cik Armel Imani oii.. Sebenarnya aku tak ingat pun pasal budak tu tapi untuk mengorek cerita dengan lebih dalam buat-buatlah ingat.
Nak tak nak Tok Wa pun berterus-terang kesemuanya. Ni amanat arwah Tok Ya. Bila nak dilangsungkan Tok Wa tak bagitahu.

Adess keadaan makin rumit. Pening pulak kepala fikirkan tentang hal ni.


**hah.. sudah apa pulak kalinih.. sabo iman..

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now