[ Hate ]

875 149 30
                                    

Sedang Roselle berbaring di atas sofa sambil video call dengan Youjin, ibunya datang duduk di ruang kosong di hujung kaki Roselle. Roselle bangun duduk dan tamatkan panggilannya bersama Youjin dan memandang televisyen.

"Cakap dengan siapa?"

"Youjin."

Ibunya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Tadi abang Jun datang." Roselle berkalih memandang ibunya sekejap. Buat apa pula abang sepupunya tu datang rumah?

"Buat apa?"

"Cari Roselle." Makin berkerut dahi Roselle. Matanya mengikut tubuh ibunya yang menuju ke bilik. Selepas beberapa saat ibunya turun semula bersama beg kertas di tangan. Dihulurkan pasa Roselle dan Roselle mengambilnya.

"Untuk apa?"

"Dia cakap tu hadiah birthday."

"Kenapa ambil? Tahu kan Roselle tak suka kalau abang Jun bagi apa-apa pun dekat Roselle? Buat-buat tak tahu kenapa?" Roselle mengeluh dan beg tersebut dicampak ke meja.

"Sorry tapi abang Jun merayu suruh mommy ambil." Roselle menggulingkan biji matanya. Dia bersandar di sofa dan dahi diurut perlahan. Sedang mereka berdua menonton televisyen, terdengar loceng berbunyi.

Rose bangun dan menuju ke pintu untuk buka. Roselle pula langsung tak berkalih dari televisyen. Dan saat tetamu mereka duduk di sofa, Roselle ingin bangun namun tangannya ditahan Rose.

Roselle berdecit dan duduk semula.

"Roselle sihat?"

"Eomma buat apa datang sini? Pergi balik la eomma." Roselle membalas dingin. Pandangan dari lelaki di sebelah ibu kandungnya membuatkan Roselle benci.

"Roselle apa cakap macamtu dekat eomma awak? Tak baik."

"Kau boleh diam la. Jangan masuk campur urusan aku." Roselle memandang tajam lelaki tersebut.

"Roselle hormat sikit boleh tak? Orang yang kamu tak suka ni suami eomma. Ayah tiri kamu."

"You know what? Ayah kandung Roselle mati, eomma kahwin dengan daddy seminggu selepas. Hebat. Lepastu, eomma curang dengan daddy sebulan selepas. Kahwin dengan boyfriend Roselle pula. What a great life to live with." Roselle tersenyum sinis.

"Berapa banyak ayah eomma nak bagi dekat Roselle ni?"

"Roselle!" Semua berkalih memandang ke pintu utama. Edward berjalan ke arah Roselle dan tangan anak tirinya ditarik dan dibawa keluar. Dibawa Roselle berdiri di taman rumah mereka.

"Kenapa dengan Roselle ni?! Sejak-sejak daddy dengan eomma bercerai banyak sangat buat perangai macamni!"

"Edward dah la. Jangan marah dia." Rose cuba menahan Edward namun tiada guna. Ibu kandungnya turut keluar bersama suaminya untuk melihat. Roselle mengemam bibir.

"Jawab daddy, apa yang Roselle tak puas hati sangat?! Bagitahu!"

Roselle kekal diam sambil menggenggam penumbuk. Kemarahannya mula membuak namun ditahan. Takkan dia nak menjerit dekat luar rumah ni, malu je jiran tengok.

"Last chance." Namun diabaikan juga dengan hanya mendiamkan diri. Tak semena-mena pipinya makan penampar membuatkan kepalanya terus terpaling. Roselle ketap gigi. Tamparan tadi buat kepala dia pusing.

"Edward!"

"Awak diam Rose! Roselle ni dah melampau! Makin biadap!"

Roselle memandang satu-satu wajah di hadapannya.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now