[ Don't ]

585 102 64
                                    

Jungkook tersengih melihat Roselle yang sedang membuka pagarnya. Sebaik sahaja pagar terbuka, dia terus melangkah masuk dan menunggu Roselle menutup pagar semula sebelum berjalan masuk mengikut gadis itu. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar.

"Mommy dengan daddy kau mana?"

"Daddy outstation. Mommy dalam bilik." Jungkook mengangguk. Punggungnya dilabuhkan di atas katil, duduk bersila berhadapan dengan Roselle. Plastik makanan dibuka dan makanan yang dibelinya dibawa keluar. Bersinar mata Roselle dibuatnya bila nampak makanan yang dibeli Jungkook merupakan ayam goreng.

"Nah," ayam goreng bahagian peha yang dihulur Jungkook dicapai dan dia menggigit sambil tersengih.

"Sorry datang lambat. Aku ada training dengan Naomi." Roselle mengangguk tanpa ada rasa ingin bertanya. Bukan apa, setakat ini lelaki itu tak pernah menipunya untuk berselindung. Dia jujur je kalau lambat sebab apa, tak boleh datang sebab apa tapi tak pernah menipu dan dia sendiri yang bagitahu.

"Roselle, buku yang aku tulis haritu buku yang kau guna untuk luahkan perasaan ke?" Soalnya ingin tahu sambil mengunyah ayam di dalam mulut. Tanpa ada rasa ingin berahsia, Roselle mengangguk. Sebenarnya hal depression yang dia hidap kalau boleh nak simpan dari pengetahuan Jungkook.

Tapi rakannya yang lain dah tahu, kesian pula Jungkook tak tahu menahu walaupun benda ni tak penting.

"Hm, dah lama dah doktor sahkan aku menghidap depression. Lepas kes eomma bercerai dengan daddy, lepastu unnie kahwin dengan daddy dan diorang ambil aku bawah jagaan diorang." Jungkook tekun mendengar sampai terhenti makan.

"Dekat sekolah aku okay je sebab sekolah kita semua budak okay so aku happy je. Cuma aku memang benci unnie sangat-sangat lepas kejadian tu. Birthday aku diorang lupa, daddy asyik marah-marah. Tapi sejak jumpa kau, aku makin okay. Aku tak sentuh dah ubat. Sebelum tidur aku layan dulu video kau dengan Taehyung." Roselle tersenyum.

"Thank you, Jungkook." Mereka berdua berbalas senyuman.

—🌹—

"Hati-hati." Belum sempat Roselle berkalih untuk masuk ke dalam rumahnya semula, Jungkook menahan lengan gadis itu. Jarak mereka dirapatkan sedikit.

"Kenapa?"

"Aku nak cakap sesuatu." Roselle mengangguk.

"Aku tahu kau jauhkan diri dari aku sebab Naomi." Roselle tersentak. Dadanya berdegup semakin kencang. Dah tu sekarang lelaki tu nak puji dia bagus ke sebab pandai jauhkan diri sendiri tanpa perlu diminta?

"Jangan." Matanya bekerdip.

"Aku tak ada apa pun dengan Naomi okay? Ya aku tahu sebab aku sendiri sedar yang dia dekat dengan aku tu sebab dia suka aku tapi aku tak nak friendship kita musnah sebab dia je. Jangan jauhkan diri dari aku." Genggaman Jungkook di lengannya terasa sangat meyakinkan.

"O-okay."

Tanpa membalas, Jungkook terus menarik Roselle ke dalam pelukan. Selepas beberapa saat, pelukan dieratkan lagi sambil memejam mata. Kalaulah dia peluk Roselle sekarang sebagai girlfriend haih. Bibirnya makin melebar bila terasa pinggangnya turut dirangkul.

"Lepasni kalau nak meluah, tak perlu guna buku tu lagi. Bagitahu je aku terus. Aku akan tolong kau. Boleh?"

"Hmm." Roselle mengangguk kecil. Pelukan lelaki itu tika ini benar-benar menenangkannya.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now