3

101 10 7
                                    

"Penyamaran untuk kes ni yang terlibat Kim Taehyung dan Park Jimin.  Saya nak awak berdua mencari bahan bukti yang ada di satu kelab malam ni. Tapi ingat, rahsia kan identiti korang, jangan sampai pecah tembelang. " ujar Namjoon.

Taehyung dan Jimin mengangkat tabik ke arah ketua polis Kim itu.

"Baik Tuan! "

.........

Dan disini la mereka sekarang, sedang duduk di satu kerusi sambil memandang sekeliling. Bunyi dentuman muzik yang membingitkan membuatkan mereka terpaksa bercakap sedikit kuat. Hampir 30 minit mereka berdua berada di situ, tapi satu petunjuk pun tak ada.

Tiba tiba datang seorang lelaki menghampiri mereka berdua.

"Hello bro! " ucap nya sedikit kuat. Lalu Taehyung dan Jimin memandang kearah lelaki itu.

"Aku, Han Seungwoo, pemilik kelab malam ni" ujar nya. Lalu menghulurkan tangan nya tanda ingin bersalaman. Taehyung yang berada dekat dengan nya menyambut huluran itu.

"Aku Taehyung, sebelah ni Jimin " jawab Taehyung. Seungwoo hanya mengangguk kepala nya.

"Ouh! Korang orang baru ke? Aku baru nampak korang dekat sini, sebelum ni tak pernah pon"

"Nae, kami baru sini. Lagipun kami just nak enjoy, yelah stress kerja kan. Hiburkan diri " ujar Jimin pulak.

"Hahaha bagus, ni aku ada benda nak bagi dekat kau " ujar Seungwoo seraya memberi satu plastik kecil. Diletakkan di  atas meja dan ditolak di hadapan Taehyung. Taehyung memandang nya pelik.

"Apa ni? " tanya Taehyung. Seungwoo tersenyum sinis. Lalu dia mendekati Taehyung.

"Barang baru. Baru sampai tadi. " ucap nya dan menjauhi Taehyung. Taehyung dan Jimin saling memandang antara satu sama lain. Taehyung berdehem.

"Maaf, aku tak ambil benda ni. Aku datang sini nak enjoy je. Yeah aku tau, kalau ambil benda macam ni kita akan ketagih. Dan aku tak suka" ujar nya sinis juga. Seungwoo tergelak sinis lalu benda itu di ambil dan disimpan dalam poket.

"Yaa, tak sangka pulak kau tak ambil benda ni. Kau tau, semua yang ada kat sini, semua dah ambil benda macam ni. " ujar nya sambil memeluk tubuh. Lalu Jimin memandang sekeliling, memang benar, semua seperti berkhayal, menari tak tentu arah. Dan ada yang Jimin nampak orang makan satu pil dan minum minuman keras itu.

"Kau owner sini? " Jimin bertanya. Seungwoo memandang Jimin.

"Ya, kelab ni aku punya. Kenapa? "

"Tak ada apa, just tanya. Taehyung balik jom. Nanti mak aku marah pulak" ujar Jimin. Terus Taehyung memandang Jimin pelik. Tapi selepas terlihat isyarat dari Jimin baru dia faham.

"Okay la. Aku blah dulu. Seronok berkenalan dengan kau Seungwoo-ssi" ujar Taehyung lalu bangun begitu juga Jimin.

"Haa ya... Ada masa datang lagi. "

"Tentu. " lalu mereka berdua meninggalkan Seungwoo. Selepas melihat kelibat dua orang tu tak ada, Seungwoo tersenyum sinis.

"Taehyung, hmm.. Not bad"

.............

Tap!

Pintu kereta ditutup. Mereka berdua terdiam seketika.

"Kelab malam tu bahaya. Pil khayal, manusia mabuk dengan kadar alkohol yang tinggi. Tu sangat bahaya" ujar Jimin.

"Catat tu, kita akan laporkan pada Tuan Kim pada besok hari"

Lalu kereta mereka meninggalkan perkarangan kelab malam tersebut.

...........

Di pagi hari itu, terlihat Taehyung dan Jimin berada di ruangan Tuan Kim Namjoon.

(COMPLETE) The Inspektor ✔Where stories live. Discover now