7

70 9 4
                                    


Bayangan Taehyung melihat dirinya serta seorang lelaki yang selalu dia jumpa di dalam mimpinya.

"Jimin! tolong la, dia nak aku seorang saja! " ujar nya. Bayangan Taehyung tersentak

"Jadi  betul la dia, Park Jimin" gumam dirinya.

Jimin memandang nya geram.

"Dan buat kau dalam bahaya? Taehyung! Dia tu jahat, dia memang target kau Tae. "

"sebab tu bagi aku pergi, Jimin! Aku tak nak libatkan kau! " Jimin terlihat menahan amarah.

"Please. Aku dah anggap kau macam abang aku. Kau banyak tolong aku Jimin. Dan biarkan aku pergi selesai kan sendiri " lalu dirinya pergi. Bayangan Taehyung menatap dirinya pergi lalu dia memandang Jimin . Lelaki itu hanya diam. Tak lama itu, Jimin mengeluarkan henfon nya, lalu menelefon seseorang.

"Jihyun-ah, tolong hyung. Bawak Jungkook sekali nanti. Nanti datang dekat alamat yang hyung bagi nanti " dan Jimin mematikan panggilan itu lalu menaip sesuatu. Dan dia pergi dari situ.

Tubuh Taehyung seperti di awangan, bayangan Taehyung menutup matanya erat. Tak lama itu, dia tak merasa apa apa. Lalu dengan perlahan bayangan Taehyung membuka matanya.

Bayangan Taehyung berdiri di rooftop menatap tak percaya orang yang di hadapan nya itu. Di hadapannya ada dirinya juga seorang lelaki berkod hitam.

"Choi Dongwoo" gumamnya.

"Inspektor Kim Taehyung, tak sangka kau akan datang juga" ujar lelaki itu dengan sinis. Lelaki bernama Kim Taehyung itu mengetap bibirnya geram. Sesungguhnya, lelaki di hadapan nya ini adalah seorang yang licik.

"Aku tak akan mungkir janji. Dan kau sesuai dengan janji yang kau buat, jangan libatkan kawan aku! " tegas nya membuatkan lelaki fi hadapan nya itu tertawa sinis.

"Tak sangka kau ni bodoh juga. Aku tak tau la, macam mana kau boleh jadi polis kalau kau senang diperbodohkan. " ujar lelaki itu sambil memeluk tubuhnya.

"Apa maksud kau?! "

"Siapa kata aku ugut kawan kau? Aku cuma umpan kau saja, , aku cuma nak kau sahaja Inspektor Kim. " ujar lelaki itu.

"Tak guna! Kau ingat ni main main ke?! Aku tak ada masa nak berurusan dengan kau! " pekik Taehyung membuatkan lelaki itu tertawa besar.

"Hahahahahah! Chill Kim Taehyung. Apa kata, kita bermain dulu? "  sepucuk pistol di keluarkan.

Klik!

Lalu di hala kan ke arah Taehyung.

"Selamat Tinggal, Inspektor terhebat! "

"TAEHYUNG!!!! " dengan cepat seorang lelaki mendorong nya membuatkan keduanya jatuh. Dan tembakan itu tersasar.

"Haish. Kau bawak geng rupanya " kesal Dongwoo. Taehyung masih tergamam. Dia melihat di sebelah. Park Jimin. Lelaki itu yang mendorongnya menghindar dari tembakan. Jimin bangun dari baringnya sambil meringis.

"Jimin! Kenapa kau datang?! " sedikit kesal. Jimin memandang nya tajam 

"Maaf, aku mungkir kata dengan kau tapi kalau aku tak datang tadi, aku rasa aku jumpa mayat kau esok hari" Taehyung terdiam. Tanpa sedar, Jimin bangun dari duduk nya.

"Kau! Apa yang kau nak dari dia sebenarnya?! "  geram Jimin. Terlihat Dongwoo gelak sinis.

"Dia! Inspektor terhandal, selalu masuk campur urusan aku, dia! Inspektor yang selalu buat rancangan dan bisnes aku musnah, jadi kenapa tidak, aku bunuh dia je" ujar Dongwoo. Jimin menahan amarah.

(COMPLETE) The Inspektor ✔Where stories live. Discover now