↳ sembilannn ✧

456 85 148
                                    

" Dah sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Dah sampai... " kata Yoongi seraya memasukkan gear ke gear parking dan menarik brek.

Hulaif mengucapkan Bismillah dan melangkah keluar bersama-sama dengan Yoongi menapak masuk ke dalam kedai.

" Wah putih melepak bakhang mamat tadi " bebel Aseken selepas menyambut kedatangan Yoongi dan Hulaif. Hatinya berbunga-bunga apabila ternampak Yoongi.

Yoongi dan Hulaif mengambil tempat duduk dan menunggu seseorang untuk mengambil pesanan mereka.

Hulaif terpandang ke arah sekelompok kumpulan yang berada di sudut hujung kedai. Dua orang lelaki dan seorang perempuan.

" Bruh, kau duduk sini sekejap. Aku ada hal sekejap. Kau tolong orderkan untuk aku. Aku tak memilih "

Yoongi mengangguk faham dan Hulaif mula mengatur langkah ke meja tersebut laju apabila salah satu lelaki di situ dia kenal.

" Aryan Qusyairi "

Jungkook membuntangkan matanya dan memandang Hulaif penuh dengan amarah.

" Dia siapa Aryan? " soal Ain yang tidak tahu apa yang berlaku.

Jimin mengajak Ain untuk duduk di meja lain untuk memberi ruang kepada mereka.

" Jungkook. Duduk. Along nak bercakap sekejap" Langkah Jungkook terhenti dan dia duduk semula.

" Alhamdulillah. Lega hati along bila dapat jumpa Jungkook. Dah seminggu along dekat KL. Jom balik Jungkook. Ibu- "

kata-kata Hulaif dipotong oleh Jungkook.

" Jangan kau berani sebut orang tua tak guna tu depan aku! Jijik! " herdik Jungkook tiba-tiba.

" Astaghfirullahalazim. Along tahu kau marahkan ibu tapi sekurang-kurangnya dia dah membesarkan kita. Dia curahkan kasih sayang dia pada kita. Dia menatang kita bagai minyak yang penuh Jungkook "

Jungkook berdecit mendengar penjelasan bodoh Hulaif.

" Aku takkan pernah mengaku dia ibu akulah! Kau cakap senanglah! Kau tak ada di tempat aku! Kau rasa aku boleh terima bila aku dapat tahu yang kita ni sebenarnya anak luar nikah?! " nafas Jungkook mulai tidak teratur, amarahnya yang dipendam selama ini dilepaskan juga akhirnya.

" A-apa maksud kau, kita? Bukankah kita ni anak angkat yang di ambil dari rumah anak yatim? Lagipun di bab lepas, ibu cakap kau dapat tahu kau bukan anak kandung... "

Jungkook berdecit sekali lagi dan menggulingkan matanya geram.

" Kau percaya cakap betina sundal tu? Kau ingat dia nak bagitahu hal sebenar? Betina tu dulu kerja pelacur! Seks dengan ramai jantan sampai tak tahu yang mana satu bapa kandung kita!

Dia minta orang tua Yop tu jadi pak sanggup! Pergi mampuslah orang tua tu! Disebabkan dia...

Aku diejek di sekolah.
Anak luar nikah.
Anak haram.
Mak pelacur.

[C] Lelaki Paling Syaitan | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now