AQA1

62 12 1
                                    

" Assalamualaikum sahabat. Busy nampak. " Sapaan lelaki itu membuatkan dia berhenti membaca buku yang berada dihadapannya itu. Dia memandang lelaki itu sebelum mengeluh nafas berat. " Kau pergi mana ? Kita ada banyak lagi kerja nak kena buat tapi kau boleh pergi merayau ? " Dia rasa sakit hati sangat bila rakannya itu meninggalkan segala kerja padanya sedang mereka berada dalam kumpulan yang sama. Dia duduk diperpustaakan ini sudah hampir 2 jam tetapi lelaki itu baru sampai sekarang.

" Alah sorrylah sayang, abang busy juga. Jangan marah eh ? "

" Sayang otak kau. "  Mulutnya berkata kasar tapi hatinya sudah cair. Kalau dia tiada perasaan pada lelaki itu, mungkin kata-kata sayang itu hanya akan buat dia rasa jijik tapi dia ada perasaan pada lelaki itu. " So aku kena buat apa ? " Lama dia merenung lelaki itu sehinggakan dia masuk ke dalam dunia khayalannya. Sudah dua tahun mereka berkawan dan sudah dua tahun juga dia menyimpan perasaan pada lelaki itu. Kadangkala dia terfikir sama ada dia mampu ataupun tidak meluahkan perasaannya pada lelaki itu.

" Uhm..kau cari maklumat dalam buku ni. " Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain selepas menyedarkan dirinya dari mimpi itu. Mimpi indah yang tak pernah akan tercapai oleh dirinya. " Tak payah carilah, lambat. Nah aku dah siap carikan, nak tunggu Ryan ni berjanggut kita. " Irdina menghulurkan pendrive padanya dan dia sambutnya dengan senyuman lebar. Senang kerja, boleh siap cepat.

" Good job, Dina. Macam ni baru sayang. "

Senyuman yang tadi hadir kini perlahan-lahan pudar apabila melihat lelaki itu menggosok lembut kepala Irdina. Dia tak pasti dia patut cemburu ataupun tidak kerana persahabatan mereka cukup kukuh dan perkara itu sudah boleh dikatakan biasa. Tetapi entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu antara Ryan dan Irdina. Dia tak pasti apa, tapi dia pasti ada sesuatu. " Lia ! " Wanita itu menepuk lembut bahunya membuatkan dia tersedar dari lamunannya. " Hah ? "

" Kau kenapa ni ? " Soalan wanita itu hanya dibalas dengan kerutan didahi. " Apa ? " Jujur dia tak dengar apa yang dikatakan oleh wanita itu kerana dirinya terlalu fokus mengelamun. " Aku tanya kau tak nak tengok maklumat tu sekarang ke ? Kau pegang je pendrive aku tu. " Kata-kata wanita itu membuatkan dia terus mencucuk pendrive itu pada laptopnya dan segera  mencari failnya. Matanya menangkap sesuatu membuatkan dia terdiam seketika sebelum kembali memandang ke arah wanita itu.

" Document yang mana ? " Wanita itu mendekatkan diri dengan laptopnya lalu mencari dokumen itu. " Ni hah. " Dia mengangguk kecil. Otaknya masih memikirkan perkara yang dia lihat tadi. Itu hanya mimpi ataupun realiti ? " Weyh kau okay tak ni ? Selalu sangat kau mengelamun ni. Dah ada buah hati ke apa ni ? " Belum sempat dia memulakan bicaranya, Zafril terlebih dahulu mencelah perbualan mereka. " Hah ? Dah ada buah hati ? Siapa ? Lia ke ? Kenapa aku tak tahu ni ? " Bertubi-tubi soalan lelaki itu membuatkan dia terpaksa menutup mulut lelaki itu.

" Zaf, one by one okay ? Slowly tanya. Kau pula Dina, memandai cakap aku mengelamun. Dengan assignment yang berlambak ni, kau rasa aku ada masa nak mengelamun ke ? "

Wanita itu menggeleng sambil tersenggih kecil selepas mendengar kata-katanya. Dia kembali fokus pada laptop didepannya itu sambil cuba menyiapkan sebanyak mungkin kerja yang dia boleh hari ini. Memang dia digelar 'hantu study' kerana perangainya yang seperti ini tapi dia buat semua ini untuk berjaya. Kalau tak berjaya nak buat apa je ? Apa guna belajar dan bayar mahal-mahal tapi tak nak berjaya ?

" Korang tak lapar ke ? " Soalan Irdina itu diabaikan. Mana pernah rakannya itu tak pernah lapar. Memanjang lapar lepas itu makan tapi tak pernah naik berat badan. Korang ada tak kawan macam tu ? " Jom, aku pun lapar ni. " Kepalanya terangkat apabila mendengar kata-kata Ryan itu. Tanpa memberinya peluang bercakap, lelaki itu terlebih dahulu menarik Irdina keluar dari perpustakaan itu. " Aku pun..lapar. " Perlahan dia berbisik. Dia tahu Ryan takkan pernah dengar.

Dua jam dia duduk disitu tanpa beranjak sedikit pun, jadi normal kalau dia rasa lapar. " Lapar ke ? Jom makan. Dahlah tu buat assignment ni, dateline lama lagi kot. " Dia hanya mengangguk kecil pada kata-kata Zafril itu. Apa guna dia bersedih.

MS: Untuk KitaWhere stories live. Discover now