Famous is not fun!

1.2K 58 10
                                    

Di sebuah pagi yang indah, Sekolah Menengah Pulau Rintis yang sedang riuh dengan suasana pelajar yang sibuk meluangkan waktu rehat mereka.

"Hali!!! Sini la!!!!!" "Eeee cute la dia ni" itulah teriakan dari pelajar perempuan yang lagi sibuk mengejar Halilintar atau nama samaran Hali. Oleh kerana penampilan yang menarik perhatian ramai, Hali seringkali dikejar oleh para pelajar perempuan yang tergila-gilakan nya. Hali P.O.V "Ish diorang ni tak penat ke?! Hah! Baik aku menyorok kat perpustakaan tu". Hali terus memecut laju bagi meneruskan niatnya itu, lalu memasuki perpustakaan yang biasanya tiada seorang pelajar pon ingin menjejakkan kaki di sana. "Fuhh..nasib baik sempat menyorok" kata Hali dengan nafas yang lega apabila dia tidak lagi dikejar oleh gadi-gadis itu. Sedang dia menghela nafas lega dengan tiba-tiba seseorang mengetuk kepalanya dengan buku yang agak tebal.

"ADUH!" geram Hali lalu memandang orang yang memukulnya itu. "Exam dah dekat, kau masih lagi nak bermain-main lagi" kata sosok itu yang mana sangat dikenalinya. "Apahal kau ada kat sini Solar?!" Tanya Hali sambil mengusap kepalanya yang masih sakit. "Aku memang selalu ada kat sini untuk meluangkan masa aku, kau pulak mesti kena kejar lagi kan" balas Solar lalu duduk di sebuah kerusi yang terletak tidak jauh darinya lalu membaca beberapa buku yang baru sahaja diambil nya tadi. "Haah...mana kau tahu?" Soal Hali sambil melihat gelagat adiknya itu. "Aku agak je, oh dan satu lagi pengetua dah bagi amaran kat kau, yang kalau kau tak skor ujian kali ni, kau takkan dapat masuk universiti impian kau tu" terang Solar yang masih membelek buku yang agak tebal itu. "Itu aku tahu, tapi susah la nak skor dengan pelajar perempuan kejar aku je, jadi.... boleh tak kau tolong aku dengan ujian kali ni?" Tanya Hali lalu duduk di sebelah Solar.

Solar tidak menjawab tetapi hanya bangun dari tempat duduknya lalu mengembalikan semula buku buku yang diambil nya tadi dan terus menuju ke pintu keluar, "Rehat dah nak tamat baik kita balik ke kelas" kata Solar sebelum meninggalkan Hali. "Ceh dasar mata empat...aku minta tolong je kot" desis Hali sendirian.

Author: Kalau aku pon tak pasti nak tolong ke tak, yelah dah la diorang ni selalu bergaduh ni nak belajar sama sama memang sah la akan hancur berkecai rumah nanti.

Selepas itu Hali terus keluar dari perpustakaan dengan perasaan agak marah. Tidak lama kemudian dia terdengar seseorang ketawa dengan agak kuat lalu dengan perasaan ingin tahu Hali menuju ke arah suara tersebut lalu.... alangkah tergamam Hali apabila melihat beberapa orang pelajar lelaki yang berbadan besar sedang mentertawakan Solar yang sudah terbaring tidak bermaya di lantai. "Hahaha lembik betu-

DUSH

T

umbukan padu mengena pelajar lelaki tersebut. Mereka memandang ke arah orang yang berani masuk campur dalam urusan mereka. "Baik kau berambus sebelum aku heret korang ke pengetua!"ugut Hali sambil merenung mereka dengan pandangan tajam. Mereka tidak berkata apa-apa melainkan berlalu pergi dengan keadaan lintang-pukang. Hali kemudian melihat keadaan adiknya yang terbaring kaku lemah, menghela nafas berat lalu mendukung Solar di belakang nya dan menghantar dia ke bilik rawatan.

Selang beberapa jam akhirnya Solar sedar dari pengsan lalu melihat keadaan sekeliling. "Ugh...kat mana ni.." kata Solar dengan nada yang lemah mungkin akibat kecederaan teruk tadi. Sedang Solar ingin membetulkan kedudukan badannya dengan tiba-tiba pintu bilik rawat dibuka perlahan lalu muncullah seorang lelaki yang agak tinggi. "Dah bangun pon kau" kata Hali sambil menatap wajah Solar. "M-macam mana aku boleh ada kat sini?" Soal Solar sambil memegang kepalanya yang berbalut separuh. "Aku yang bawak kau, hah nah makan ni dulu" kata Hali sambil mendekatkan sesudu bubur ke arah Solar. Solar menggeleng tanda tidak mahu makan. "Haih..kau ni" kata Hali lalu menyuap dirinya sendiri dengan bubur tersebut tapi tidak ditelan nya lalu mencium Solar. Solar yang terkejut terus menolak Hali. "Kau apahal!?" Marah Solar. "Aku bagi kau makan la" balas Hali selamba. "Nah kau nak makan atau nak aku paksa macam tadi" ugut Hali. Solar yang tadi marah kini reda lalu mengambil bubur yang dihulurkan oleh Hali lalu menjamah sedikit demi sedikit. "Solar sebenarnya aku nak tanya kenapa diorang buli kau? Dan kenapa kau tak bagitahu aku selama ni?" Soalan padu dilontarkan oleh Hali. Solar yang tadi menjamah bubur tersebut kini terhenti apabila soalan dari Hali dilontarkan. "S-sebenarnya... diorang tu kawan sepasukan bola sepak kau, diorang suruh aku buat kerja rumah diorang dan kalau aku tak setuju diorang akan buat kau terkeluar dari pasukan bola sepak sekolah, aku tahu betapa pentingnya bola sepak pada kau, jadi aku setuju, masa kau jumpa aku tadi, sebenarnya budak lelaki yang tinggi tu nama dia Naz, dia tadi cuba nak cium aku jadi aku terpaksa lawan tetapi diorang lagi kuat ....aku pulak dah janji dengan ayah yang aku takkan gunakan kuasa aku melainkan betul-betul terdesak dan- belum sempat Solar habis bercerita dengan tiba-tiba Hali memeluknya dengan erat sekali. "Idiot! Kenapa kau kena buat semua tu untuk aku?!" Marah Hali yang masih lagi memeluk erat adiknya itu. "Sebab... walaupun kita selalu tak bersependapat tetapi kau selalu ada untuk  pertahankan aku jadi aku nak balas jasa kau" terang Solar. Hali kemudian melepaskan pelukannya sedikit lalu berkata "lepas ni aku janji akan selalu ada untuk kau". Solar yang mendengarnya terus mengalir air mata lalu berkata "thanks Hali dan...aku setuju untuk ajar kau sampai akhir ujian nanti". "Terima kasih Solar" balas Hali lalu menatap wajah Solar yang lagi tersenyum manis. "Dah jom balik, mesti Tok Aba risau"tambah Hali. Solar hanya mengangguk faham lalu mereka pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. Semasa mereka ingin pulang dengan tiba-tiba hujan mula turun, mereka berdua terus berlari sampai tiba di rumah mereka. "Tok Aba oh Tok Aba" teriak Hali, tetapi tiada sahutan. "Eh Hali tengok ni ada nota, Tok Aba tak de buat masa ni, dia pergi melawat ayah dengan mak kat bandar la" terang Solar apabila dia membaca surat tersebut. "Aduh aku lupa bawak kunci ni" rungut Hali. "Nah, aku ada bawak" balas Solar sambil menghulurkan kunci kepada Hali. Mereka kemudian memasuki rumah mereka lalu pergi ke bilik masing-masing untuk mengeringkan badan mereka yang basah akibat terkena hujan. Selang beberapa minit, Solar hanya duduk di meja belajarnya untuk menyiapkan projek miliknya untuk pesta projek sekolah. Sedang dia termenung melihat projek tersebut dengan tiba-tiba pintu biliknya diketuk. "Masuk la pintu tak kunci" kata Solar sebagai tanda untuk membenarkan Hali masuk. Pintu bilik Solar dibuka "Solar boleh tolong aku dengan kerja sekolah ni tak?" Soal Hali sambil melangkah masuk ke dalam bilik Solar. Solar yang tadi menghadap projek nya itu kini berpaling ke arah Hali

Ahhh!

Teriak Solar lalu membaling buku yang berada di meja nya. "Woi kau apahal!? Dah dua kali kot kau baling buku kena aku!" Marah Hali apabila buku yang dibaling Solar terkena perutnya. "Kau tu dah kenapa! Tak reti pakai T-shirt dah ke?! Nak jadi tarzen ke!?" Bentak Solar apabila melihat Hali tidak memakai baju dan hanya memakai seluar jeans labuh.

Author: kalau aku la aku tak baling buku aku baling kerusi je senang

Solar: Author! Kenapa kena ada babak ni!?

Author: alaaa biarlah pembaca ni pon nak tengok badan Hali 😂

Hali: Kau nak mati?!

Author: uuuuummm...nah amik dia bukan aku *baling Solar ke Hali*

Hali: dah la jom sambung babak *blush*

Author: 😏

"Kau pergi pakai baju dulu, baru aku tolong" kata Solar sambil menutup matanya. "Ish yelah yelah hah dah happy?" Kata Hali apabila selesai memaki T-shirt yang sebenarnya berada ditangan nya. "Hah kau nak aku tolong apa?" Tanya Solar apabila melihat Hali kini berpakaian. "Ni kerja sekolah Sains" balas Hali lalu mendekati Solar dan menunjukkan kerja nya itu.







Hai kawan-kawan, harap korang suka dan maaf kalau typo, maklumlah saya ni hanya manusia biasa. Okey kita jumpa lagi nanti bye!

My Sunshine Where stories live. Discover now