Bab 31

2.6K 103 1
                                    

"Nissa, you pun nak lari macam diorang juga ke?"

   Terus sahaja dia memandang Mikael yang lebih tinggi daripadanya itu. Agak terkejut juga kerana dari tadi fikirannya melayang geram kepada Sofea dan Meera.

   "Hmm.. Tak. I bukan penakut macam diorang. Okeylah. Bye," ucap Nissa lalu berjalan laju ke arah luar pagar sekolah. Dia bersandar di hujung pagar sambil memeluk tubuh.

   "You tunggu siapa ni?"

   Terlompat sedikit Nissa mendengar suara Mikael. Tak sangka pula yang Mikael ikut dia ke sini.

   "Terkejut?" Mikael tergelak sendirian. Cukuplah tadi dia gelak dalam hati. Kali ni, dia luahkannya.

   "You buat apa jumpa I ni? Tak nak balik?" kata Nissa. Dia sambung memeluk tubuh. Mengembungkan pipinya sambil melihat Mikael.

   "Nantilah I balik. I nak teman you," balas Mikael sambil mengenyitkan matanya. Kemudian, dia memandang jalan raya yang agak sesak dengan pelbagai kenderaan.

   'Dia ni. Tak buat aku cair memang tak sah,'gumam Nissa tanpa disedari Mikael.

   "So, you balik naik siapa ni?"

   "Naik Pak Matlah. Siapa lagi pemandu yang I ada?"ujar Nissa lalu dia membelek jam tangannya. Dia mendengus. Lambat lagi ke Pak Mat ni nak sampai. Agaknya bila dia sampai nanti, memang dia marah-marah pemandunya itu.

  "I ada,"

  Nissa automatik memandang Mikael. Mikael senyum. Topi keledar yang sejak tadi berada di tangan dipakaikan di kepala Nissa. Nissa langsung tidak membantah. Malah, senyuman terlebar diberikan kepada Mikael.

   "Jom," tangan Nissa ditarik dan mereka berjalan beriringan hingga tiba di tempat parkir motosikal Mikael.

                      ◾◽◾◽◾◽

"Lajunya!!!"

   Mikael memandang Nissa yang berkerut mukanya melalui cermin sisi motornya. Riak wajah kosong ditayangkan. Bukan dia kisah pun.

   "I memang su....,"terhenti kata-kata Mikael apabila Nissa memeluk tubuhnya. Erat. Wajah tidak selesa dipamerkan.

   Tangan kanannya melepaskan pemegang dan cuba melepaskan pelukan Nissa. Namun, tidak berjaya. Makin dicuba, makin erat pelukan Nissa. Mikael menyumpah-nyumpah didalam hati.

                      ◾◽◾◽◾◽

"Mikael, I nekad,"

   Mikael membantu Mikayla membuka topi keledar. Wajah Mikael agak berkerut.

   "Nekad? Nekad apa?"

   "Nanti I bagitahu you. I taknak cakap sekarang," kata Nissa. Mikael tambah hairan. Apa yang Nissa ingin katakan kepada dia nanti?

   "Nanti tu bila?"

   "Hujung minggu ni. Tak lama dah. Tempat, nanti I setkan semula," beritahu Nissa. Mikael hanya mengangguk.

   "Okeylah. Bye!"

   "Bye!"

                       ◾◽◾◽◾◽

Mikael berjalan masuk ke arah Pavillion itu. Matanya meliar mencari lif. Kemudian, dia naik ke tingkat 3. Tingkat yang menempatkan Baskin Robbins. Ya, dia dan Nissa bakal berjumpa di Baskin Robbins.

   Dia tiba di sana ketika pesanan Nissa sudah tiba. Dia duduk di hadapan Nissa. Nissa senyum lebar.

   "You nak order apa? I belanja," pelawa Nissa dengan senyuman. Mikael menggeleng.

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now