Prolog

1.5K 128 36
                                    


Rumah Dr.Ghazali

Jam 1600

-

"Ah...penatnya...."Keluh Ali yang berumur 22 tahun lalu merebahkan tubuhnya di atas sofa.

Dr.Ghazali yang baru sahaja keluar dari dapur melihat ke arah Ali yang kelihatan penat itu.

"Nah."Kata Dr.Ghazali sambil meletakkan secawan kopi diatas meja ruang tamu itu.

"Terima kasih ayah."Ucap Ali lalu meneguk laju kopi tersebut.

Matanya terbuntang seketika.

"Argh! Panasnya!"Teriaknya sambil menjelirkan lidahnya yang merah membara itu.

Dr.Ghazali menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

"Alicia dah tidur ke belum?"Tanya Dr.Ghazali memulakan perbualan.

"Dah.Penat sangat lah tu menjerit depan Tok Kadi tadi."Jawab Ali dengan selambanya.

-

Flashback

Hari yang sama

Jam 0900

-

"Aku nikahkan kau-"Belum sempat Tok Kadi itu mahu menghabiskan ayatnya-

"AAAAAAAAA!"Jerit seorang wanita menarik perhatian semua orang di dalam bilik kecil itu.

*Kahwin private

Ali memandang ke arah Alicia yang sedang berusaha mencapai botol air yang diletakkan diatas meja Tok Kadi itu.

Dia berusaha berdiri dari kerusi roda miliknya menyebabkan mata Ali membulat.

Ali dengan pantas berdiri lalu memegang kedua belah tangan Alicia.

"Alicia! Duduk!"Arah Ali berusaha untuk tidak meninggikan suaranya.

Alicia melihat ke arah Ali dengan matanya yang mula berkaca-kaca.

"Shhh..."Ujar Ali dengan penuh lembut sambil mengusap belakang Alicia.

Wanita 20-an yang bersifat bayi itu kembali normal apabila belakangnya diusap.

Ali mengambil botol air tersebut lalu memberinya kepada Alicia.

Wajah wanita itu serta merta berubah gembira dengan matanya yang terlihat bersinar-sinar.

Ali kembali ke tempat duduknya lalu mengeluh.

"Haih.....apalah nasib....."Ucapnya yang terlihat sedikit kesal.

Tiba-tiba bahunya disentuh.

"Takpe,ayah kan ada."Kata Dr.Ghazali sambil tersenyum manis.

Ali menganggukkan kepalanya lalu kembali memandang Tok Kadi yang berada di depannya.
.
.
.













"Sila teruskan."

-

End of Flashback

-

Dua beranak itu tertawa kecil mengingati peristiwa yang berlaku pagi tadi.

"Doktor ada bagi ubat sekali tak untuk Alicia?"Soal Dr.Ghazali.

"Banyak.Pening jugak Ali bila fikir cara nak bagi Alicia makan ubat-ubat tu."Kata Ali yang kelihatan tertekan akan situasinya sekarang.

7 tahun ketiadaan Alicia menyebabkan lelaki itu banyak berubah.Dulunya yang sering gelabah kini menjadi seorang yang lebih berdikari.

Namun begitu,dia sepertinya terlalu serius untuk menahan sabar ketika menjaga kanak-kanak.Oleh sebab itu Dr.Ghazali agak risau ketika dia sedar tentang Alicia yang hilang ingatan dan kemunculan sifat bayi di dalam dirinya.

Tambahan pula dengan Ali yang tidak lama lagi akan menggantikan tempat Dr.Ghazali sebagai salah satu peneraju utama CybeRaya.

Dr.Ghazali sangat mengenali Alicia kerana dia merupakan salah seorang kawan yang sudah banyak merubah Ali.

Agak terkejut untuknya apabila mendengar berita yang Alicia terlantar di hospital kerana coma manakala bapa angkatnya pula meninggal dunia.

Dia masih ingat waktu itu Ali sangat diam dan kelihatan layaknya patung yang tidak mempunyai perasaan.Budak lelaki itu juga seringkali menangis secara tiba-tiba di depannya.

Ali sedar akan perasaannya pada Alicia yang masih sama seperti dulu,sebab itulah dia sanggup menjaga wanita malang itu.

Dia juga tidak mampu menerima luahan wanita lain terhadapnya kerana dia percaya yang Alicia akan tetap bangun.
.
.
.

































Kerana itu sudah menjadi janjinya.

........................................................................




















Hari yang sama

Jam 2200

-

"Knock knock."Ali mengetuk perlahan pintu bilik tetamu yang sekarang dijadikan bilik khas untuk Alicia.

Mujurlah ia bersebelahan biliknya,mudah sikit mahu menjenguk wanita itu.

Dia menolak pintu itu perlahan-lahan lalu berjalan masuk ke dalamnya.

Wanita itu sepertinya sedang sibuk dibuai mimpi.

"Aaa..hgnh..."Wanita itu membuat bunyi-bunyi pelik yang berhasil mengukir senyuman pada bibir Ali.

Ali duduk di kerusi bersebelahan katil yang ditiduri gadis itu.

Tangannya dengan sendirinya mencapai helaian rambut gadis itu yang berubah warnanya ke perang-perangan akibat kesan chemotherapy.

"Nipis betul."Gumam Ali pada dirinya sendiri sambil tangannya lembut mengusap rambut isterinya itu.

Sudah tiga hari berlalu sejak Alicia sedarkan diri,masa berlalu dengan pantas.

Tiba-tiba tangan wanita itu menggenggam erat jari telunjuk Ali menyebabkan lelaki itu terkaku seketika.

Takut saja Si Alicia itu terbangun,memang tidak boleh tidurlah jawabnya.

Sedang dia sibuk menatap wajah wanita yang dibuai mimpi itu,tanpa dia sedar matanya perlahan-lahan terpejam dengan tangannya yang masih digenggam erat.

-

........................................................................














Maaf ye,dah lama author tak aktif dekat wattpad.

Idea ada,cuma motivasi nak menulis tu༎ຶ‿༎ຶ(Siapa yang baik tu cheer kan la si pemalas ni)

Minggu depan dah nak sekolah,harap korang sentiasa sihat ye.....jaga diri elok-elok.

Sekian dari author yang sering menghilang(╥﹏╥)

Alicia New Story(Sequel)Ejen Ali FanficOù les histoires vivent. Découvrez maintenant