27. I S T E R I

6.3K 439 305
                                    

'King Of Psycho'

When you hurt under the surface
Like troubled water running cold
Well, time can heal, but this won't

***

Sudah sebulan sejak kejadian itu berlaku. Dalam masa sebulan ini juga aku tidak nampak kelibat Atthar dihadapan mata lagi. Aku tak tahu kemana dia pergi tetapi harini aku diberitahu bahawa Atthar akan pulang semula kesini

Tiada apa yang menarik berlaku kepadaku dalam masa sebulan. Aku masih melakukan rutin harian yang sama sepanjang hari cuma kadang jadualnya berbeza

Aku belajar menjahit, memasak, bermain pedang dan banyak lagi bersama mereka yang lain. Tiada siapa yang suruh tetapi kalau setiap hari duduk termenung sahaja, boleh gila aku dibuatnya

Aiden, antara aku dan si kecil itu sama juga. Kami hanya bertemu dalam masa Dua jam sahaja dan selebihnya akan diserahkan semula kepada pembantu istana yang lain

Banyak kali aku merayu pada mereka tapi apakan daya, ketakutan mereka dikuasai Atthar sepenuhnya

"Tell me!" Mata tajam Atthar masih memandang aku tidak lepas begitu juga pegangan tangannya pada tanganku

"Tuanku bagi Ema masuk kedalam istana?  Betul tak apa yang saya kata ni?" Kalini aku tidak mendiamkan diri apabila teringat siapakah dalang disebalik semua ini. Wajahnya berubah mungkin terkejut dengan kata kataku

"Apa--apa kena mengena dia dalam perbincangan--

"Saya tanya Tuanku. Kenapa Ema ada dalam istana Tuanku? Apa yang dia buat dekat sini?" Soal aku bertubi tubi dan ternyata soalan aku mampu membuatkan seorang Atthar hilang kata kata

"Dan Tuanku, did you cheated on me?" Kalini jelas dipendengaranku Atthar tergelak halus. Aku tidak tahu dimana lawaknya semua itu

"Why not?"

"But why?"

"Cause I'm so sick of you."

"What's wrong with me your highness? Apa kurangnya saya berbanding Ema?" Kedua belah tanganku naik cuba melekapkan tapak tangan diatas permukaan wajahnya tetapi dengan pantas dia mengelak

"Jangan tukar topik Aisha. I ask you first, did you try to suicide just now?" Dia menyoal aku. Lebih kepada memaksa aku memberitahunya samada benarkah aku mahu membunuh diri sebentar tadi

"Saya masih ada pegangan agama." Luka ditepi bibir menyukarkan aku untuk memberitahu hal sebenar tetapi nak taknak aku perlu menegakkan keadilan. Aku tahu Atthar akan berasa tidak senang dengan jawapanku

Kerana ianya melibatkan 'Agama'

"Saya ni tak adalah terlalu bodoh untuk mengunci diri sendiri didalam bilik tu Tuanku. Alhamdulillah, akal yang Allah berikan saya guna dengan sebaik-baiknya." Lelaki itu terdiam. Diam merenung dalam kearah wajahku

"Tapi saya pelik Tuanku."

"Kenapa Tuanku tampar saya?" Sekali lagi dia terdiam. Seperti kehilangan kata katanya yang sentiasa lancang itu

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now