N.E : like always😊

135 11 2
                                    

Kediaman Kang.
- Hyunmi memasak seperti biasa di dalam dapur. Adiknya mungkin Belum bangun Dari tidur. Entah pukul berapa adiknya pulang pun dia tak Tahu.

Nasi goreng kimchi dia hidangkan diatas meja. Tangannya lincah membuat kerja. Air caramel machiato kegemaran taehyun dia hidang.

Taehyun berjalan menuju ke arah dapur. Dia sudah pun segak berpakaian kerja. Hyunmi tersenyum. Dia bergerak kearah taehyun.

Taehyun merenung kakaknya yang Sedang mengemaskan tali lehernya. Setelah itu mereka duduk dimeja Makan. "Kau kerja harini,noona?"soal Taehyun.

Hyunmi tersenyum. "Danghyunhaji...siapa Nak urus cafe nanti"balas hyunmi. "Aku mungkin balik lambat lagi"ujar Taehyun lalu menyuap makanan masuk ke dalam mulut.

Hyunmi mengangguk. Taehyun adalah seorang akauntan di syarikat crown. Yang hyunmi Tahu jiran sebelah rumah mereka itu juga berkerja di crown.

Mereka sama-sama keluar Dari rumah. Kebetulan jiran mereka juga keluar Dari rumahnya. Hyunmi tersenyum. "Annyeong!"sapanya.

Jirannya hanya memandang hyunmi Tanpa senyuman dan balasan. Hyunmi kekal dengan senyumannya. Dia dah biasa dengan sikap jirannya yang sombong itu.

Taehyun tersenyum kearah soobin. "Annyeong,hyung!"sapa Taehyun. Soobin tersenyum tipis. Bibir hyunmi mula mencebik. Cemburu dengan adiknya yang rapat dengan jiran mereka.

Mereka mula berjalan bersama-sama menuju kearah bustop. Hyunmi menyerahkan mangkuk tingkat kepada soobin. Soobin mengambil dan mengucapkan terima kasih dengan dingin.

Itulah rutin harian hyunmi sejak 13 tahun lalu. Mereka bersekolah ditempat yang Sama dan menaiki bas yang Sama.

Soobin dan hyunmi pernah berkerja untuk Sara hidup mereka. Soobin berkerja sebagai tukang cuci kereta dan hyunmi Pula berkerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran.

Ibu bapa hyunmi dan Taehyun telah lama tiada. Sebab itu, hyunmi berkerja untuk Sara hidup dia dan Taehyun. Soobin Pula dia tidak Tahu.

Hyunmi mencium pipi Taehyun sebelum dia turun Dari bas apabila dia sudah tiba ditempat kerjanya. Taehyun hanya tersenyum. Tidak kesah langsung dengan pandangan orang.

"Macam mana kewangan?"soal soobin. "Semuanya dalam keadaan baik daephyeonim"balas Taehyun. Tiada siapa Tahu yang soobin adalah ceo crown.

Syarikat crown adalah hasil usaha soobin sendiri setelah dia dibuang Oleh ibu bapanya. "Kakak Kau masak apa?"soal soobin pada Taehyun.

Taehyun tersenyum. "Nasi goreng kimchi,hyung!"balas Taehyun. Soobin mengangguk. Dia tersenyum. Dia suka merasa masakan hyunmi. Gadis itu sentiasa bekalkan makanan buat dia.

Soobin Tahu dia dingin dengan hyunmi tapi dia tak Nak hyunmi terlalu selesa dengannya. Dia tak Nak terluka.
                                                                         
Hyunmi berlari kesana sini melayan pelanggan cafenya. Hari ini terlalu ramai pelanggan sehingga dia dan pekerjanya tidak menang tangan berkerja.

Yeonjun masuk kedalam cafe. Dia melambai kearah hyunmi. Hyunmi tersenyum. "Sunbae!"sapanya. "Makin popular cafe ni!"puji yeonjun. "Gumawo sunbae!duduklah dulu...nanti ice Americano kegemaran sunbae sampai!"ujar hyunmi.

Yeonjun tersenyum. Dia rapat dengan hyunmi Dari sekolah menengah. Gadis itu pernah Jadi pembantunya dalam kelab catur.

Dia memerhatikan sekeliling. Telefonnya berdering. "Yeoboseyo?"sapa yeonjun. "Keadaan dia macam mana?"soal Si pemanggil. Yeonjun tersengih.

"Macam biasa...Kau tak Nak cakap dengan dia ke? Dia lain la Dari perempuan yang Kau kenal selama ni...dia kakak Taehyun kan"balas yeonjun. Si pemanggil menggumam sebelum menamatkan panggilan.

Never EndWhere stories live. Discover now