N.E: the birth of their child

39 6 0
                                    

Hyunmi pegang perutnya yang terasa sakit. Hari ini dia ke seorangan dirumah kerana soobin Ada kerja diluar Bandar dan Taehyun Ada kerja di luar negara.

Hyunmi terduduk di tepi meja makan. Dia pegang perutnya. "Anak omma!"ujarnya sambil menahan sakit.

Hyunmi tak mampu untuk bergerak. Dia dapat Rasa air ketubannya mula pecah. Hyunmi gagahkan diri untuk merangkak kearah telefonnya.

Telefonnya itu terletak di atas meja depan tv. "Argh!"jerit hyunmi. Dia Rasa Sakit sangat.

Celah kangkangnya mula basah. Dalam hati hyunmi dia berdoa agar anaknya dan dia selamat.

Telefon Berjaya di capai. Dia tak Tahu nombor siapa yang dia tekan yang penting dia dan anaknya perlu selamat.

"Yeoboseyo?"sapa orang yang hyunmi telefon. Hyunmi ketap bibirnya menahan sakit.

"So..so..Sora..to..long Aku!"ujar hyunmi tersekat-sekat. Sora mula risau. Baru sahaja dia mahu bertanya lebih lanjut panggilan sudah pun di matikan.

Hyunmi genggam telefonnya yang sudah kehabisan bateri. Dia pegang perutnya.

"Je..jebal...guhaejwo"bisik hyunmi. Dia terbaring disebelah sofa. Air matanya menitis. Dia Cuba untuk sedarkan diri.

Dia tak boleh mengalah. Nyawa anaknya Ada ditangannya.

_________________________________________________________________________________

"Guhaejwo!"

Soobin tersentak. Dia bagaikan mendengar suara isterinya. Telefon yang dipegangnya terjatuh.

Dahi Sanha berkerut. Dia terus membantu soobin yang nampak terganggu.

Soobin dapat rasakan perasaan yang tidak enak. Sebaik sahaja Sanha serahkan telefonnya dia terus menelefon isterinya.

Kalau ikutkan due date hyunmi Ada lagi seminggu. "The number have you dial.."soobin ketap bibirnya sebelum menutup panggilan.

"Sanha Kita balik sekarang!"arah soobin pada Sanha. Sanha terkejut. Nasib mesyuarat mereka sudah tamat.

Melihat soobin yang nampak gelisah Sanha Tahu yang Ada sesuatu berlaku. Soobin menelefon yeonjun. Dia Minta lelaki itu pergi menjenguk isterinya.

Sanha memandu dengan tenang manakala soobin sudah gelisah dengan teruk. Hatinya rasa tidak enak. Seperti sesuatu buruk bakal berlaku.

Jam tangan pemberian isterinya dipandang. Entah kenapa dia rasa waktu bergerak perlahan. Hatinya tidak putus berdoa.

Pintu rumah terkuak. Sora berlari kearah hyunmi. Kepala hyunmi di pegang. Mata Sora mula berair. Darah Banyak keluar Dari celah kangkang hyunmi.

Hyunmi tersenyum lemah kearah Sora dan Beomgyu. "Gumawo!"ujar hyunmi. Beomgyu ketap bibirnya.

Dia terus mengangkat tubuh hyunmi. Mereka perlu bergerak ke hospital dengan segera.

Dalam kereta Sora tidak berhenti menangis. Hyunmi Masih menahan matanya daripada tertutup.

"Sora.."seru hyunmi. "Na..nae!"balas sora. Matanya Masih deras mengalirkan air mata. Hyunmi sentuh pipi Sora.

"Ja..jangan..nangis..Aku dan a..aegi...aka..akan okay"ujar hyunmi tersekat-sekat.

Sesampai sahaja di hospital, hyunmi disorong menaiki stroller untuk ke bilik bersalin. Sora setia disisi hyunmi. Begitu juga Beomgyu.

Never EndWhere stories live. Discover now