N.E: Yi eum Father

53 8 1
                                    

Kafe hyunmi kelihatan sangat sibuk seperti biasa. Sudah sebulan berlalu dan hyunmi Masih sibuk.

Biarpun sibuk dia tidak pernah mengabaikan Yi eum. Dia Masih belum menukar Nama keluarga Yi eum.

Itupun kerana permintaan somi yang agak tiba-tiba dalam suratnya tempoh hari.

Bunyi lonceng kafe berbunyi menandakan Ada pelanggan yang datang. Hyunmi tersenyum kepada pelanggan lelaki itu.

Hyunjin pandang hyunmi. Hyunmi tersenyum janggal. Dia tak selesa ditenung begitu. "Encik Nak order apa?"soal hyunmi.

"somi eodisseo?"soal hyunjin dingin. hyunmi tersentak. dia memandang hyunjin. "encik ni siapa?"soal hyunmi. tiba-tiba dia rasa takut. "aku tahu somi ada jumpa kau..mana dia?"soal hyunjin. hyunmi tergamam. dia rasa dia tahu siapa lelaki dihadapannya.

Yi eum appa. suami kepada somi. hyunmi pandang pelanggan yang baru sampai dibelakang hyunjin. dia berdehem. "encik nak order apa?kalau nak cakap pasal hal peribadi kita cakap selepas ini..saya ada pelanggan lain yang nak dilayan"ujar Hyunmi.

hyunjin mengangguk faham. "ice americano. saya tunggu dekat meja sana"balas hyunjin lalu membuat pembayaran. hyunmi memanggil sara iaitu pekerja untuk menggantikannya di kaunter.

dia membawa pesanan hyunjin. "ini dia encik"ujar hyunmi lalu duduk dihadapan hyunmi. hyunjin mengangguk lalu menyisipkan sedikit pesanannya. kemudian dia merenung hyunmi. hyunmi mengeluh.

"somi memang ada jumpa saya...dia cuma serahkan Yi eum pada saya. saya tak tahu dia dimana sekarang"balas hyunmi. hyunjin terkejut. dia tak sangka yang yi eum ada pada hyunmi. "macam mana dengan yi eum?"soal hyunjin.

hyunmi tersenyum. "jangan risau...yi eum dalam keadaan yang baik. dia makin bulat. awak nak tengok gambar dia?"soal hyunmi. hyunjin mengangguk laju. hyunjin berganjak duduk disebelah hyunmi. tubuhnya ditundukkan sedikit untuk melihat telefon hyunmi.

hyunjin tersenyum apabila melihat anak perempuannya semakin bulat dan semakin comel. rasa rindu pada yi eum terbalas. kini dia perlu mencari somi. hyunmi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada somi.

hyunjin terkedu. dia sangat tak sangka yang somi menghidap kanser rahim. mungkin itu penyebab terbesar somi tinggalkan dia. "noona?"tegur seseorang. hyunmi menoleh. "ningning?"soal hyunmi. hueningkai tersenyum.

hyunmi bingkas bangun lalu memeluk hueningkai. sudah 4 tahun lelaki ini tidak bertemu dengannya. kawan baik taehyun. hueningkai membalas pelukan hyunmi tapi matanya memandang tajam kepada hyunjin.

hyunjin merinding sedikit. pandangan mata hueningkai seperti mempunyai maksud tersirat. "hyunmi saya balik dulu"pinta hyunjin. hyunmi memandang hyunjin tersenyum. "awak cuma cari somi dekat mana-mana hospital. saya yakin yang awak akan jumpa dia. pasal yi eum jangan risau. saya akan jaga dia"pesan hyunmi.

hyunjin tersenyum."gumawo,hyunmi-shi"balas hyunjin lalu pergi. tak tahan dia dengan pandangan hueningkai seperti mahu membunuhnya. hyunmi menoleh kearah hueningkai. pandangan tajam tadi kembali lembut.

"bila balik sini?"soal hyunmi. "sampai pagi tadi. soobin hyung suruh tengok noona dulu sebelum jumpa dia dan yang lain"jujur hueningkai. dia duduk dihadapan hyunmi. hyunmi mengangguk faham. "nak minum apa?noona belanja..rindu dengan adik noona yang satu ini"kata hyunmi.

"ermm...mint bingsu"jawab hueningkai. "itu saja?"soal hyunmi. hueningkai mengangguk mengiyakan. hyunmi berlalu kearah dapur.

hueningkai pantas mengeluarkan telefonnya. gambar yang tadi dia ambil dihantar kepada soobin. tak sabar dia mahu lihat reaksi soobin nanti.

________________________________________________________________________________

soobin ketap bibirnya menahan amarahnya. gambar yang dihantar oleh hueningkai mencabar dirinya. "hwang hyunjin!!"gumam soobin.

Never EndWhere stories live. Discover now