38

8.7K 930 22
                                    

-The secret to happiness
is low expectations-

-The secret to happinessis low expectations-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel merasakan gementar. Dia memandang pintu wad kakaknya di tempatkan itu. Pintu dikuak dari dalam.

Doktor yang merawat Hailey itu tersenyum sebelum berlalu pergi bersama dua orang jururawat di belakangnya.

Hazel menarik nafas. Pintu wad itu dikuak. Dia memandang ke arah Puan Rozy dan Encik Zachary yang memeluk Hailey. Mata Hazel berkaca-kaca. Saat dia kehilangan sahabat-sahabatnya, Hailey hadir sebagai pengganti.

Hailey memandang ke arah pintu wad tempat Hazel berdiri. Alat bantuan pernafasan di mulutnya di buka. Puan Rozy dan Encik Zachary turut memandang ke arah Hazel.

Gadis itu menarik senyuman dibibirnya. Tangannya didepakan. Hazel terus berlari lalu memeluk erat kakaknya itu.

"Kenapa lama sangat kau nak sedar?" tanya Hazel. Dia menangis teresak-esak.

"Aku rindu kau." bisik Hailey perlahan. Hazel mengangguk kepalanya.

"Aku pun rindu kau."

Hailey menolak perlahan Hazel. Dia menyentuh sisi wajah Hazel.

"Dah besar adik aku ini." ujar Hailey perlahan. Hazel memegang tangan kakaknya. Dia menunduk.

"Aku rindu kau."

Puan Rozy dan Encik Zachary tersenyum. Telefon berbunyi nyaring. Semua memandang ke arah Encik Zachary.

"Papa nak jawab call sekejap. Nampak macam penting." Semua mengangguk. Encik Zachary melangkah keluar dari wad tersebut.

Puan Rozy mendekati kedua-dua anaknya itu. Dia mengusap kepala Hailey. Puan Rozy tersenyum.

"Hailey kena rehat, sayang. Ingat apa yang doktor pesan tadi."

"Hailey dah lama sangat tidur, mama. Bagilah Hailey luangkan masa dengan Hazel, mama dan papa." balas Hailey. Puan Rozy menggelengkan kepala.

"Kenapa buka benda ini? Pakai."

Puan Rozy memakaikan semula alat bantuan pernafasan itu menutupi hidung dan mulut Hailey. Hailey membukanya semula.

"Please, ma." rayu gadis itu.

Puan Rozy menunduk sebentar lalu dia mengangkat semula wajahnya memandang anak sulongnya itu. Puan Rozy mengangguk dengan hati yang berat..

"Sayang." Puan Rozy, Hazel dan Hailey memandang ke arah Encik Zachary yang baru melangkah masuk ke dalam wad.

"Papa kena pergi company sekejap. Ada hal mustahak. Sayang ikut abang eh. Hazel tinggal sini dulu teman kakak, boleh?" ujar Encik Zachary.

"Boleh." balas Hazel.

Puan Rozy mencapai beg tangannya lalu dia mencium dahi Hazel dan Hailey sebelum mengikut langkah suaminya.

Hazel mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. Dia mengeluh perlahan. Tiba-tiba sahaja dia teringat tentang pergaduhannya dengan Lucas, Theo, Ethan dan Jayden.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now