15♥

443 79 27
                                    

Selepas kejadian itu, Younghee sedaya upaya mengelakkan dirinya dari berjumpa dengan Seungcheol.

"Noona, kenapa taknak jumpa Cheol hyung", Chan mengetuk pintu bilik noonanya itu.

"Noona masih takut dengan dia ke?"

"Noona, jangan macam ni. Risau Chan tahu tak"

Younghee bukan takut,  dia dah tak takutkan Seungcheol lagi cuma dia malu saja.

Sudah lah dia memeluk Seungcheol sampai ketiduran dia menangis diperlukan lelaki itu. Tu yang dia tak nak berjumpa dengan lelaki itu. Dia malu, anda faham tidak?

"Cheol nak jumpa noona, dia nak cakap sesuatu tu"

"Tak nak lah Chan, suruh dia balik lah"

"No--"

Seungcheol menyuruh Chan berhenti mengetuk pintu kakaknya itu.

"Younghee, kalau Younghee tak nak keluar nanti saya robohkan pintu ni nak?",ugut Seungcheol.

Younghee berdecih geram dan tidak mahu menyahut.

"Betul ni, okay saya rosakan pintu ni. Saya kira sampai tiga kalau Younghee tak nak keluar juga"

Chan pula sudah risaukan pintu dirosakkan Seungcheol. Mahal woih nak baiki pintu tu. Kalau Seungcheol buat juga memang dia tagih habis-habisan.

"Hana"

"Saya buat ni"

"Dul"

"Jangan main-main dengan saya"

"Se--"

Younghee membuka pintu biliknya lalu dipandangnya Seungcheol dengan pandangan yang tajam.

Amboi dah berani eak pandang Seungcheol tu.

"Awak nak cakap apa, cakap cepat", Younghee bersikap dingin. Acah je tu, muka dia tak leh sorok lagi dah merah padam dah.

Nak tergelak Seungcheol melihatnya.

"Okay kita cakap kat dalam"

Terus Seungcheol menolak masuk Younghee ke bilik gadis itu.

Lalu dikuncinya bilik tersebut.

Chan pula,

"Woih hyung! Jangan buat benda tak patut kat noona eak. Siap Dino kerjakan!"

"Dino siat-siat daging hyung nanti!!"

Seungcheol tidak mengendahkan bebelan Chan di luar itu. Yang dia fokus sekarang ini adalah gadis di hadapannya itu.

"Kalau saya cakap nak awak jadi isteri saya, awak setuju?",soalan itu terpacul keluar dari mulutnya.

Younghee pula sudah blank, tidak tahu mahu menjawab apa.

Terlalu cepat baginya, dia pun baru kenal Seungcheol walaupun mereka berdua sudah lama berjiran.

"Saya ikhlas, saya ikhlas terima awak dalam kehidupan saya dan saya ikhlas cintakan awak"

Seungcheol tahu ini terlalu cepat, tujuan dia ini adalah untuk tolong Younghee dari fobia nya itu dan pada waktu yang sama dia boleh memikat gadis itu.

Kalau Younghee menjadi isterinya, Seungcheol boleh lindungi Younghee dan Chan dari appa mereka.

"Saya.."

[©] 𝑳𝒐𝒗𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒆𝒖𝒏𝒈𝒄𝒉𝒆𝒐𝒍Where stories live. Discover now