10

274 32 15
                                    

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Semua orang di rumah Jirose sudah tidur kecuali Jimin. Jimin duduk di tepi kolam sambil teringat kata-kata Dahyun siang tadi.

"Betul ke apa yang Dahyun cakap? Aku tengok Saera tu baik je." Kata Jimin sendirian.

"Tuan sebut nama saya ke?" Soal Saera yang tiba-tiba muncul di belakang Jimin. Jimin pusing ke belakang.

"Eh! Saera. Kenapa tak tidur lagi? Esok kan nak kerja." Kata Jimin.

"Saya tak boleh tidur. I don't know why. Tuan tak tidur lagi ke?" Soal Saera pula.

"Saya pun tak boleh tidur. By the way, panggil Jimin je. Awak boleh panggil saya 'Tuan' waktu kerja je. Kan saya dah bagitahu awak hari tu."

"Saya takut Puan Park marah kalau saya panggil 'Jimin'."

"Dia tak marah lah. Saya pasti dia ok."

"Ooh.. ok." Kata Saera. Mata Saera terpandang cincin yang di pakai oleh Jimin. Ada 2 jenis cincin.

"Erm.. Jimin. Kenapa cincin Jimin ada dua?" Soal Saera.

"Oh.. cincin yang ada ukiran ni cincin kahwin. Yang lagi satu cincin tanda."

"Cincin tanda?"

"Yes. Cincin ni saya pakai masa saya lamar Rose untuk jadi yeoja saya zaman kolej dulu. Rose pun ada pakai sekali. Warna gold."

"Ooh.. untung Puan Park kan dapat suami macam Jimin. Baik, handsome pulak tu. Kalau lah saya dapat lelaki macam Jimin."

Jimin tergelak kecil. "Suatu hari nanti awak akan jumpa lelaki yang lebih baik dari saya. Dah lewat dah ni. Saya masuk tidur dulu."

Ketika Jimin ingin melangkah masuk, tiba-tiba Saera mengadu kesakitan.

"Eh! Kenapa ni?"

"Kaki saya.. kejang. Maybe sejuk kot." Balas Saera sambil pegang betisnya.

"Boleh jalan tak ni?"

"Tak.."

"Kalau macam tu biar saya dukung awak naik atas."

"Eh! Tak apa ke?"

"Tak apa. Kesian awak nanti jalan macam orang tempang. Biar saya dukung awak." Kata Jimin lalu mengangkat Saera gaya bridal style lalu menaiki tangga menuju ke bilik Saera. Saera tersenyum sinis.

Setelah sampai di bilik Saera, Jimin letakkan Saera ke atas katil. Pada masa yang Saera tak melepaskan leher Jimin membuatkan wajah Jimin dekat dengan wajah Saera.

"You're so kind, Jimin." Kata Saera dengan pandangan menggoda membuat hati Jimin berdebar-debar.

"B..boleh lepaskan leher saya..?"

"Boleh. Tapi urutkan kaki saya dulu." Balas Saera sambil mengusap pipi Jimin.

Jimin menepis tangan Saera dan segera berundur belakang. "Err.. s..saya.. masuk bilik dulu.."

Belum sempat Jimin ingin berganjak, Saera pegang tangan Jimin.

"Please.. kaki saya sakit sangat ni."

Perlahan-lahan Jimin duduk di tepi katil lalu mengurut kaki Saera di bahagian betis.

"Sedap Jimin urut. Tolong urut bahagian sini please.." Kata Saera lalu naikkan skirtnya paras peha.

Hati Jimin berdebar-debar dan dahi Jimin mula berpeluh.

Author pov: Oi Jiminn!! Jangan termakan dengan godaan dia woii!!😭

Saera tersenyum sinis apabila melihat reaksi Jimin. "Kenapa dahi Jimin berpeluh? Panas ke?"

"Err.. t..tak.. saya nak masuk bilik dulu." Kata Jimin lalu segera keluar dari bilik Saera dan tutup pintunya.

"Kenapa aku rasa berdebar-debar ni..? Aduh.. Jimin.. takkan kau tergoda dengan dia kot. Kau masih ada isteri!" Kata Jimin sendirian sambil meraup mukanya.

                             🐣🐣🐣

"Puan Park!! Puan ada kat rumah ke? Puan Park!" Jerit Dahyun sambil mengetuk pintu rumah Jirose bertalu-talu.

Rose membuka pintu. "Hish! Awak ni dah kenapa pagi-pagi jerit depan rumah saya. Tak pergi kerja ke?"

"Nanti lah saya pergi kerja. Saya ada benda penting nak bagitahu kat Puan ni."

"Penting sangat ke sampai tak nak tunggu lepas waktu kerja?"

"Penting sangat Puan! Lagi penting dari pakwe saya."

"Oh.. jadi pakwe awak tak penting ke?"

"Erk.. penting jugak Puan. Ah! Lupakan lah pasal pakwe saya tu. Sekarang ni saya nak bagitahu something kat Puan ni. Pasal Saera."

"Pasal Saera? Kenapa dengan dia?"

"Dia tu pelacur Puan!"

"Apa yang merepek ni?"

"Saya tak merepek Puan. Tadi malam saya senyap-senyap ikut dia lepastu dia ada singgah club malam and then jumpa dengan seorang lelaki. Saya tanya lah kat lelaki tu siapa dia. Dia kata Saera tu seorang pelacur. PELACUR!" Jelas Dahyun sambil menekankan perkataan pelacur.

Betul lah apa yang dikatakan Jisoo sebelum ni tetapi Rose tidak percaya. Selepas Dahyun cakap, Rose bingung.

"Puan tak terfikir ke yang suami Puan akan jadi mangsa yang seterusnya? Lebih baik Puan bertindak dari sekarang."

"Tak apa lah. Nanti waktu lunch saya pergi pejabat dia. Saya nak tengok keadaan kat sana."

"Elok sangat tu Puan. Ok lah. Saya pergi kerja dulu. Tak pasal-pasal kena soal jawab dengan Tuan Park. Bye!" Kata Dahyun lalu pergi dari situ.

"Kalau betul Saera tu pelacur, dia akan rampas suami aku. Tak apa. Nanti aku pergi pejabat Jimin." Kata Ross sendirian lalu menutup pintu.

                            🐣🐣🐣

Waktu makan tengah hari sudah tiba. Semua staff pergi ke cafe tetapi hanya 2 3 orang yang masih berada di pejabat .Jimin dan Saera bangun dari tempat duduknya untuk makan tengah hari. Saera pergi ke arah Jimin.

"Tuan, jom kita pergi lunch sama-sama." Ajak Saera.

"Hari ni tak boleh sebab saya dah janji dengan Rose yang kitorang nak makan sama-sama. Sorry." Balas Jimin.

"Oh.. tak apa lah. Er.. Tuan. Saya nak mintak maaf sebab tadi malam saya menyusahkan Tuan urut--" belum sempat menghabiskan ayatnya, Jimin mencelah.

"It's okay. Saya ok." Kata Jimin sambil mengukir senyuman. Dia ingin melupakan hal malam tadi.

Tiba-tiba Saera mengadu sakit kepala.

"Awak ok tak ni?" Soal Jimin.

"Urm.. entah lah Tuan. Tiba-tiba kepala saya sakit." Balas Saera sambil pegang kepalanya.

Dah start dah drama Saera ni..

Saera hampir rebah tetapi Jimin sempat menyambutnya.

"Awak tak ok ni. Awak baring atas sofa dulu." Kata Jimin lalu membawa Saera ke sofa lalu membaringkannya.

"Saya pergi ambik panadol kejap." Baru Jimin ingin bangun, Saera pegang tangan Jimin.

"Tuan.. tak payah nak ambik panadol. Tuan urutkan kepala saya pun dah ok." Kata Saera sambil meletakkan tangan Jimin di atas kepalanya. Saera mula dekatkan wajahnya dengan wajah Jimin untuk menggoda Jimin.

"Jimin!!"

[C] Forgive Me | JiroseWhere stories live. Discover now