32

340 39 5
                                    

"Mwo??!! Kau nak ceraikan Rose lepas tu kau nak kahwin dengan Saera??! Kau ni biar betul??" Soal Jungkook dengan perasaan yang amat lah terkejut.

"Betul lah. Fikir aku main-main ke? Dia yang paksa aku. So aku terima je lah."

"Sah! Memang sah!"

"Sah apa?"

"Memang sah kau kena santau dengan Saera. Entah-entah dia guna pakej santau online. Jom! Ikut aku pergi berubat." Ajak Jungkook sambil menarik tangan Jimin.

"Kau merepek apa setan? Aku ok je lah." Jimin lepaskan tangannya dari genggaman Jungkook.

"Kalau kau ok, kau tak akan ceraikan Rose. Setan apa yang dah merasuk dalam badan kau ni? Ini kalau Jisoo dapat tahu mana dia tak naik hantu. Tak pasal-pasal berperang pula."

"Boleh tak kau berhenti merepek? Aku datang rumah kau ni sebab nak tenangkan fikiran aku tapi kau yang serabutkan kepala aku."

"Aku bukannya apa. Aku terkejut gile kot bila kau bagitahu yang kau nak ceraikan Rose. Jimin yang aku kenal, Jimin yang terlalu sayangkan isterinya sampai tak boleh dipisahkan. Macam pasangan Romeo and Juliet."

"Aku buat semua ni bukan saja-saja. Aku ada sebab kenapa aku buat macam ni."

"Ha kalau macam tu bagitahu apa sebabnya."

"Sebab--" belum sempat Jimin memulakan ceritanya seseorang mengetuk pintu dengan kuat.

"PARK JIMIN!! AKU TAHU KAU KAT DALAM! KAU BUKAK PINTU NI SEKARANG!!" Jerit Jisoo sambil mengetuk pintu bagai nak roboh.

"Habis lah wehh.. Jisoo dah mengamuk! Kan aku dah cakap." Kata Jungkook sambil ketakutan.

"Ini semua salah kau. Mulut kau tu celupar sangat."

"Aik?! Aku pula yang kena? Habistu kita nak buat apa ni?"

"Sebelum pintu kau roboh, baik kau buka. Kang tak pasal-pasal kau kena keluarkan duit beli pintu baru."

"Hish! Yelah. Aku buka." Balas Jungkook lalu perlahan-lahan pergi membuka pintu.

"Eh.. Hai Jisoo.. a..ada apa datang..?" Soal Jungkook gugup.

"Kawan kau mana? Dia ada kat dalam kan?!"

"Er..er.. haah.. dia ada kat dala--" Jisoo memasuki rumah Jungkook tanpa mendengar Jungkook menghabiskan ayatnya.

"HA! KAT SINI RUPANYA KAU! KENAPA KAU NAK CERAIKAN ROSE?! DAH KENA SANTAU KE APA?! KE KAU YANG GILA?! BERANI KAU NAK CERAIKAN KAWAN AKU! MEH SINI AKU PATAHKAN TENGKUK KAU!" Jisoo mengejar Jimin bagaikan kena rasuk. Jimin berlari ketakutan dan menyorok di belakang Jungkook.

"Ji..Jisoo.. rilek rilek. Jangan lah marah-marah nanti cepat tua.." pujuk Jungkook untuk menenangkan Jisoo yang tengah membara.

"Mana aku tak rilek?! Kawan kau ni dah gila! Rose bagitahu aku yang Jimin nak ceraikan Rose kau tahu tak?!!"

"Ye..ye. Aku tahu.. kau dengar lah dulu penjelasan Jimin.."

"Ok! Jimin, kau bagi aku 1001 sebab kenapa kau nak ceraikan Rose!"

"Banyak sangat tu. Ok.. aku bagi sebab kenapa aku ceraikan Rose tapi tak ada lah sampai 1001 sebab. Kita duduk dulu.."

Lalu mereka semua duduk di atas sofa.

"Ha! Cepat bagitahu aku apa sebabnya." Kata Jisoo.

"Ok. Sebenarnya.."

                            🐣🐣🐣

Rose merenung surat penceraian yang dihantar oleh Jimin dua hari yang lalu. Kenapa hatinya rasa sedih apabila Jimin menghantar surat penceraian kepadanya padahal ini yang Rose mahukan.

Jaerin mengambil air di dalam peti sejuk dan ternampak Rose sedang merenung surat penceraian itu lalu menghampirinya.

"Unnie ok tak ni?" Soal Jaerin sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ok je." Balas Rose ringkas.

"Sudah-sudah lah tu unnie tenung surat tu. Bukan ini ke yang unnie nak? Ke unnie masih sayangkan oppa?"

"Mana ada. Oppa Jaerin yang tak sayangkan unnie. Sebab tu dia nak ceraikan unnie."

"Dia yang tak sayangkan oppa. Oppa pula yang kena. Unnie, sebenarnya unnie sayangkan oppa cuma unnie je yang tak nak mengaku sebab ego. Cuba lah turunkan sikit egonya tu. Ego tinggi nak pergi mana? Nanti unnie yang merana."

"Sayang unnie kat dia dah lama padam, Jaerin."

"Eleh! Dah padam konon. Tengok muka macam sedih je."

"Mana ada. Unnie tak ada mood je. Jaerin datang rumah unnie ada apa?"

"Saja. Bosan lah duduk kat rumah. Kalau kat sini boleh main dengan Minyoung."

"Omma dengan appa tak syak apa-apa ke yang Jaerin selalu balik lambat?"

"Tak sebab diorang selalu busy sejak kebelakangan ni."

Rose meng'oh'kan je.

"Unnie tak nak tandatangan ke? Yelah unnie kan selalu minta oppa ceraikan unnie. So benda dah ada depan mata. Just sign it."

"Perli unnie ke ni?"

"Eh! Terasa ke?"

"Hish! Dah lah. Unnie nak masuk bilik jap. Nak kemas." Kata Rose lalu bangun dan menuju ke biliknya sambil membawa surat itu.

"Nampak sangat unnie masih sayangkan oppa. Misi bermula!" Kata Jaerin sendirian sambil tersenyum penuh makna.

                             🐣🐣🐣

Taman

Rose sedang melihat Minyoung bermain di taman permainan sambil melambai tangannya ke arah Minyoung. Tiba-tiba seseorang menghampirinya.

"Hai Rose."

Rose sangat kenal dengan suara itu. Dia menoleh dan muncullah Jimin di hadapannya.

'Jimin, akhirnya awak muncul di depan mata saya. Bertapa rindunya saya pada awak. Saya berharap sangat yang awak tarik balik niat awak untuk ceraikan saya.' Bisik hati Rose.

"Do you miss me?" Soal Jimin.

"No. Kenapa nak jumpa saya? Oh ye. Awak nak minta surat cerai? Saya belum tandatangan lagi. Nanti saya bagi kat awak."

"Saya datang bukan nak minta surat cerai kita. Kalau awak nak hantar, bila-bila masa awak boleh hantar."

"Habistu? Awak datang nak apa?"

"Saya nak bagi kad ni kat awak." Jimin menghulurkan satu kad kepada Rose lalu Rose mengambilnya dan membaca kad itu. Hatinya bagaikan mahu pecah apabila kad itu adalah kad jemputan majlis perkahwinan antara Jimin dan Saera.

"Jangan lupa datang. Saya rasa mesti awak akan datang sebab ini yang awak nak. Majlis tu bukan kat gereja tapi kat sini. Taman yang kita selalu dating dulu."

Rose mati kata. Tak sangka Jimin betul-betul akan kahwin dengan Saera.

"Ok lah. Saya pergi dulu. Sebelum tu saya nak jumpa Saera kejap. Bye!" Kata Jimin lalu pergi ke arah Minyoung meninggalkan Rose di situ. Air mata Rose hampir sahaja mengalir tetapi ditahan supaya Jimin tidak nampak.

'Sampai hati awak Jimin...'

[C] Forgive Me | JiroseWhere stories live. Discover now