Dia yg ku sayangi😌

167 1 0
                                    

Hujan renyai-renyai telah menyukarkan kadar perlihatanku dan juga si pemandu.

Aku yang setia menjadi co-pilot si tersayang tetap meneruskan perjalanan walaupon agak sukar. Suara sumbangku memenuhi segenap pendengaran mereka yang turut menaiki sekereta denganku. Aku menyanyi dengan penuh perasaan dan adakalanya aku menarik tinggi suaraku agar seiring dengan penyanyi asal. Sudah semestinya lagu Cinta Pantai Merdeka menjadi lagu kegemaranku kerana ianya mengenai kampung halamanku.

Beberapa minit kemudian aku tersentak apabila melihat notification masok ke dalam pesanan orang yang ku sayangi. Aku cuba berfikiran positif walaupon aku tahu bahawa emosi dan jiwaku sedang berperang hebat.

Aku meneruskan nyanyian dengan lagu Hafiz Shuib iaitu Kisah Cinta Kita dengan begitu asyik namun sekali lagi aku tersentak melihat mesej masuk dan tertera nama Idah Rose.

Idah Rose - Nanti kalau dah sampai jangan lupa kirim salam syg pada semua yer

Aku terpanar melihat mesej tersebut. Aku berfikiran salam sayang itu hanyalah tanda salam kerinduan jadi aku sekadar membiarkan sahaja. Adakalanya mataku berdegil untuk melihat mesej masuk apabila fonenya memaparkan notification masok. Aku mencuri pandang namun tidakku ketahui sama ada perlakuanku itu dapat dihidu oleh si dia ataupon tidak. Yang pasti mataku mula meliar dan menjadi jahat.

2 jam lebih perjalanan yang kami tempuhi akhirnya tiba jua di destinasi.

Di ruangtamu riuh rendah dengan suara gelak tawa kanak-kanak. Walaupon hari sudah larut malam namun tiada tanda keletihan pada mereka namun sebaliknya bagi kami yang baru saja tiba.

"Depa kirim salam kat hangpa semua" kata si dia sambil duduk membelakangiku. Aku merenung tajam pada si dia namun aku pantas mengalihkan pandangan tajamku itu agar tidak diperasan oleh orang lain.

Tepat jam 11 malam....

Si dia mula memasuki bilik dan lantas menguncinya dari dalam. Hatiku mula berkata-kata jahat 'Chat betina tulahtu'. Apakan daya kata-kata itu hanyalah sekadar di dalam hati saja.. Mana mungkin untuk aku meluahkannya.

Keesokkan harinya...

Kami telahpon bertolak balik pada pukul 3 petang. Kali ini bilangan penumpang bertambah seorang. Semakin gamatlah riuh-rendah di dalam kereta kami.

Pada pertengahan jalan masok lagi notification dari perempuan semalam. Kali ini benar-benar membakar hatiku.

Ida Rose - Dah kat mana tu dah Yunk?

Sungguh hatiku remok bagaikan kertas yang digumpal-gumpal. Mataku mulai beraiar namun aku mengekalkan roman wajahku agar tidak terlalu ketara perubahan diriku. Jika tertangkap aku bergenang air mata pasti menjadi isu nanti. Yelah.. Mataku jenis yang mudah membengkak walaupon menangis sekejap.

Barulahku sedar istilah salam sayang itu bukanlah seperti mana yang ku fikirkan namun ianya "...salam Syg... ".

Adakah selama ini si dia menduakan kami?

Adakah selama ini kami tertipu dengan layanan baiknya?

Kemudian masok lagi notification 'VIDEO' dari penghantar yang sama ke apps whatssup.

Aku mula berfikir yang bukan-bukan namun hatiku tetap cuba menpositifkan segala kemungkinan.

Tanpa sedar rupanya perbuatan dalam senyapku telah dihidu oleh si dia.

"Tak payah sibok dengan chat masok tu! Fokus jer pandang depan" katanya tanpa asal.

Aku yang terkejut pantas membidas "Mana ada.. Orang tengok kat sanalah" kataku sambil menunjuk ke arah bertentangan.

"Oh.. Ingatkan baca chat masok tu.. Yelah.. Kenkadang yang masok tu chat-chat dari group kerja" selorohnya. Dia mempercayaiku bahawa aku melihat arah bertentangan sedangkan tekaannya tepat.

Aku sekadar tergelak hambar bagi menutup penipuanku.

Sebaik sahaja tiba di tol Ayer Hitam. Sekali lagi masok mesej dari pengirim yang sama.

Ida Rose - Petang nie ade kelas zumba.. Tapi rasa malas pula nak ...

Chatnya berakhir di situ kerana had batas chat notification masok. Aku sedikit hampa namun aku pasti segalanya sudah terjawab.

Hatiku luluh-seluluhnya bila mengenangkan sikapnya. Ingin saja aku berderaikan fonenya biar sama berderai dengan hatiku. Sungguh tak ku sangka ini pengakhirannya.

- TAMAT -

101 KisahWhere stories live. Discover now