CHAPTER 6

797 118 50
                                    

[ 06 ; 氷 ]
A B U S I V E

❝ he was your lesson, not your forever ❞



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬




beberapa tahun lepas....

San menarik nafas dalam-dalam sebelum menekan loceng rumah Encik Park. Aneh rasanya bila diajak dinner ke rumah seorang semata-mata untuk diketemukan dengan seorang gadis.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka dan terserlah wajah Encik Park yang berseri dan tersenyum besar. " Eh, Choi San, dah sampai rupanya. Masuk-masuk "

Dengan penuh sopan, San tersenyum lalu masuk ke dalam rumah milik keluarga Encik Park yang mewah itu. San juga berasal dari keluarga yang sama kaya, tetapi dia tidak pernah bangga diri.

Tiba-tiba, matanya terpaut pada seorang gadis yang sedang menyusun pinggan di atas meja makan. Gadis itu nampak manis , innocent dan feminin sekali, memang jenis gadis yang sesuai untuk menjadi seseorang yang bergelar isteri.

Apabila gadis itu menyedari kehadiran San, gadis itu tersenyum. Sumpah, San terus jatuh hati pada saat itu juga.

" Haaa, inilah Choi San, anak Encik Choi yang appa selalu cerita tu " kata Encik Park.

San menghulurkan tangannya ke arah gadis yang berada di hadapannya itu lalu berkata, " Hai, saya Choi San. Nice to meet you "

Gadis itu tersenyum manis sebelum tangan lembutnya menyalami tangan San. " Saya Park Alice" .

Semuanya berjalan lancar, malah makin lama San mengenali Alice, dia makin menyukai Alice. Tapi kebahagian itu tidak kekal lama . Rupanya Alice tidak tahu plan Encik Choi dan Encik Park yang hendak menyatukan mereka berdua.

Sejak itu, Alice terus bertukar menjadi seorang perempuan yang jauh berbeza . Dia tidak lagi melayan San seperti dahulu. Malah Alice membenci San.

Apabila mengenangkan semua itu, tangan San memegang stereng keretanya dengan lebih ketat. Dia menekan minyak dengan penuh geram sehingga tidak menyedari bahawa dia memandu kereta melebihi had laju.

Tapi apa dia peduli ? Apa yang dia tahu, dia marah. Apabila salah seorang pengintip upahannya memberitahu bahawa Alice telah bertemu janji dengan Yeonjun, darahnya terus mendidih.

Susah sangatkah untuk Alice mendengar katanya? Susah sangatkah untuk Alice membuka hatinya untuk San walaupun sekali? Itu yang San tidak faham.

Sebaik sahaja sampai ke apartment Alice, dia menekan loceng dengan berkali-kali dan kasar. Tidak lama kemudian, Alice keluar dengan muka yang annoyed.

" Yah! Awak gila?! "

" Ya. Saya gila , " balas San sebelum mendekati Alice, membuatkan gadis itu melangkah ke belakang. " Gila disebabkan awak! "

" Awak ni kenapa Choi San?! Dahlah datang macam orang gila tanpa sebab! "

" Kaulah penyebabnya! " balas San sebelum menampar perempuan yang berada di hadapannya itu sehingga membuatkan dia terjatuh dan terduduk di lantai. " Aku dah kata aku tak suka kau keluar dengan Yeonjun! Susah sangat ke nak faham?! "

" You have no rights to stop me " Alice menjawab dengan suara yang perlahan walaupun dia sudah agak takut dengan San yang menggila.

" Yes , I have the rights to do so sebab aku tunang kau ! "

" Takkan lama, San, " kata Alice. " Yeonjun dah setuju untuk jumpa appa "

Mata San terus membesar. " A-apa? Tak mungkin! Lelaki tu tak cintakan kau! "

" Dia cintakan saya. And I choose him. Please la terima hakikat "

Dada San naik turun. Dia tidak dapat mempercayai kata-kata Alice.

" Dasar betina tak sedar diri!! " dengan itu, San menarik dagu Alice lalu menumbuknya dengan kasar.

" ARGHH! "

" ALICE!!! "

San menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan wajah Shuhua di muka pintu dengan wajah yang sungguh terkejut. Lalu pandangan Shuhua jatuh pada San. Tanpa membuang masa, Shuhua mengambil sebatang penyapu lalu menghalakannya ke arah San.

" YAH! PEREMPUAN GILA! " jerit San apabila Shuhua cuba memukulnya menggunakan kayu penyapu itu.

" KELUAR! ATAU SAYA AKAN REPORT POLIS SEKARANG JUGAK! " jerit Shuhua.

Selepas mendengar ugutan Shuhua, San akhirnya akur. Dia keluar dari apartment itu dengan bergesa-gesa.

Cepat-cepat Shuhua berlari ke arah Alice yang terduduk di lantai. Perlahan-lahan dia meletakkan tangannya di pipi Alice lalu menggerakkan kepalanya agar menghadap Shuhua. Kemudian, mata Shuhua membesar.

" A-Alice! Darah! " kata Shuhua dengan panik.

Alice mengelap darah yang mengalir disebabkan luka di tepi bibirnya dengan belakang tangannya sebelum berkata, " Don't worry. Sikit je ni "

" Sikit awak kata? Sampai berdarah tu sikit? " soal Shuhua. " Dah, jom pergi bathroom lam bilik saya. Saya tolong rawatkan "

Alice tersenyum. " Thanks, Shuhua " . Dia sungguh bersyukur kerana mempunyai kawan yang sungguh baik hati seperti Shuhua.



─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───



" Nah, " kata Yeonjun lalu menghulurkan aiskrim coklat kepada Alice. Kemudian, lelaki itu duduk di sebelah Alice , menghadap pemandangan matahari terbenam yang berada di hadapan mereka.

Disebabkan hari itu Alice dan Yeonjun ada free time, mereka pun keluar untuk bertemu janji walaupun secara kecil-kecilan. Yeonjun telah mengajak Alice untuk pergi ke pantai dan mencari tempat yang kosong agar mereka tidak dijumpai stalker.

Kemudian, Yeonjun menoleh ke arah Alice. Alice yang tadinya memakai mask sudah membukanya agar dapat menimati aiskrimnya. Wajah manis Alice diperhati Yeonjun sebelum akhirnya dia menyedari sesuatu.

" Alice, " panggil Yeonjun. " Pandang sini jap "

" Hmm? " Alice turut sahaja.

Kemudian Yeonjun menyentuh lembut luka yang berada di tepi bibir Alice itu . Disebabkan luka itu masih baharu, rasa sakitnya masih terasa.

" Auch! "

" Sorry, " ucap Yeonjun perlahan. " Kenapa luka tu? Selalunya orang yang bertumbuk je luka macam tu "

Alice tahu Yeonjun hanya bergurau tapi gurauan itu tepat sekali. Alice lansung tidak tersenyum mendengar gurauan Yeonjun, membuatkan Yeonjun terus curiga.

" Alice, jangan bagitahu saya tu bekas ditumbuk? "

" A-apa awak ni, " nafi Alice. " Tak adalah. Ni sebab.... um..... tergigit "

" Tergigit? " soal Yeonjun lalu menaikkan keningnya. " Biar betul? "

" Ha'ah. Betul lah. Takkan saya menipu pulak " padahal Alice memang sebenarnya memang tipu.

Yeonjun tidaklah sebodoh mana sehingga mahu mempercayai kata-kata Alice. Tapi pada masa yang sama , dia tertanya-tanya ; takkanlah San yang memukul Alice?

Tapi jika betul bahawa San yang memukul Alice, dia perlu betul-betul memastikan San tidak akan mendekati Alice lagi.

ice prince s2 • yjWhere stories live. Discover now