HM:5

10.2K 492 20
                                    

Hazel memegang bahunya yang berasa lenguh.Nasibalah majlis Aqiqah dan kesyukuran anak kak long Maira berjalan dengan lancar. Sehari suntuk dia membuat kerja tanpa henti.

Hazel melabuhkan punggung disebelah Maira yang sedang bersantai diruang tamu.

"Kau kenapa? Murung je."tanya Hazel.Bahu kawan baiknya itu dicuit.

"Please...jangan kacau aku."kata Maira dingin.

Hazel mengaru kepalanya yang berlapik tudung.Apa masalah budak ni?

"Hazel.Boleh tolong kak long tak? Tolong jagakan Matin kejap." pinta Maina aka kak long Maira.

Baby Matin bertukar tangan.

Hazel mencium pipi gebu Matin.

"Nasiblah Hazel ada,tolong angkat pinggan mangkuk dekat belakang tu.Harapkan si Maira ni memang tak sempat kak long nak layan tetamu."adiknya itu dijeling.

"Kenapa dengan Maira ni kak long? Masam je daripada tadi." tanya Hazel.

"Kejap lagi Hazel tahulah.Dahlah kak long nak pergi jumpa mertua kak long dekat belakang. Diaorang dah nak balik rasanya."kata Maina sebelum beredar.

Hazel hanya mengangguk.

"Assalamualaikum."

Hazel dan Maira menoleh kearah tuan punya suara.

"Walaikumusalam."jawab Hazel dengan riak terkejut.Matanya tidak berkelip memandang manusia yang sedang berdiri dihadapannya.

"Eh tu bukan ke...."

"Stop.Kau jangan cakap apa-apa." potong Maira.

"Kak long mana?"tanya Luqman dingin.

"De..dekat belakang."jawab Hazel. Dia tahu yang Maira takkan jawab.

"Patutlah kau murung je dari tadi.Rupanya ex nak datang. Makin handsome eh Luqman sekarang."sakat Hazel. Sempat dia memuji Luqman yang semakin kacak.Lagi-lagi dengan memakai kemeja kerja macam tu.

"Diamlah.Bencilah aku dengan kak long tu.Boleh pergi ajak mamat alien tu.mentang-mentang alien tu pandai ambil hati dia."bebel Maira dengan muka tak puas hati.

Hazel melepaskan tawanya. Boleh pulak dia panggil Luqman tu alien.

"Oh kau gelakkan aku eh.Kau tunggu Hazel.Sekarang hari kau, beberapa minit lagi hari aku.Kau tunggu."kata Maira sambil tersenyum sinis.

Berkerut kening Hazel.Macam pelik je bunyinya.

"Alah rilex...."

"Mana Luqman?"sekali lagi percakapan Hazel dipotong.

Hazel menelan air liur.

"AHAHAHHAHA! Kan aku dah cakap.Padan muka!"kata Maira sambil ketawa terbahak-bahak.

Adam yang masih berdiri disitu memandang Maira pelik.Gelak macam langsuir.Mental agaknya.

Hazel menggigit bibir.Allah bayar cash dekat kau Hazel.

"Eh Maira aku rasa Matin laparlah.Aku pergi panggil kak long kejap eh."tipu Hazel.Matin yang masih di dalam dukungannya dipandang sekilas.

"Tahu gelabah.Tadi seronok sangat gelakkan aku."Maira membiarkan Hazel pergi. Macamlah dia tak tahu yang Hazel menipu.

"Daripada tadi lagi aku tanya kau.Luqman mana?"ulang Adam.

"Aku pun ada soalan untuk kau. First,kenapa kau tanya aku? Second,ada nampak muka aku macam tahu? third,kau rasa kalau aku tahu aku nak jawab?" tanya Maira balik.

Adam membuat muka bodoh. Layan perempuan gila ni sampai bila pun tak habis.

"Hek eleh.Buat muka macam tu pulak.Mentang-mentang kau hensem.Kau ingat aku cair?"

***

"Alolololo comelnya dia."pipi gebu Matin dipicit-picit.

"Ehem."

Hazel menoleh ke belakang.

'Aduh apa dia buat dekat sini.'

Adam merenung Hazel dari sisi.

"Bukan main cantik lagi kau sekarang eh"puji Adam.Matanya tidak lari daripada memandang Hazel.

Hazel diam.Dia tidak tahu mahu membalas apa.

"Bak sini."kata Adam sambil menghulurkan tangan.

"Hah?"tanya Hazel tidak mengerti.

"Bak sini budak tu.Aku nak pegang."jawab Adam.

Hazel membiarkan Adam mengambil Matin.Adam nampak tidak kekok semasa mendukung Matin.

Matin tersenyum semasa Adam mencium pipi gebunya.Nampak sangat yang Matin selesa bersama Adam.

Hazel hanya memerhati.Hati perempuan mana yang tak cair ketika melihat lelaki kacak mendukung bayi.

"Sampai hati kau....."kata Adam. Wajah Hazel dipandang.

"Sampai hati kau tinggalkan aku macam tu je."sambung Adam.

Hazel mengeluh.

Baru saja dia mahu pergi,Adam memegang tangannya yang berlapik baju kurung.

"Lepaslah.Tak manis orang tengok."Hazel cuba untuk menarik tangannya namun gagal.

"Maaf Hazel,tapi kalini aku memang takkan lepaskan kau." kata Adam dingin.

Hazel memandang sekeliling. Nasib tiada orang.

"A...apa kau me...mengarut ni" kata Hazel gugup apabila Adam semakin dekat dengannya.Bau perfume yang dipakai Adam menusuk ke dalam rongga hidung.Masih sama seperti dahulu.

"Aku tak mengarut.Aku serious. Aku masih sayangkan kau.Kita mula balik."kata Adam jujur.

Hazel menatap wajah Adam. Nafasnya turun naik.

"Tapi aku dah tak sayang kau." kata Hazel.

Adam tersenyum sinis.

"Kau pasti?"tanya Adam.

"Ye.Aku pasti.Cinta kita dulu hanyalah cinta monyet Adam." jawab Hazel.Dia mengalihkan pandangan kearah swimming pool.

"Ni apa? Kau ingat apa aku cakap malam tu?"Adam mengangkat tangan Hazel tinggi.

"Aku sengaja ukir nama aku atas gelang tu.Maksudnya kau aku punya. Aku dah cop kau dulu.Jadi orang lain tak boleh kacau."

Hazel menggigit bibir bawah. Bodoh kau Hazel.

"Dan kau masih pakai gelang yang aku bagi dulu.Jadi kau milik aku.Am I right Hazel Medina?"

Hazel mati kata.

Adam melepaskan tangan Hazel. Matin yang ralit memandangnya dicium lagi.

"Oh satu lagi.Aku tak pernah putuskan hubungan kita.Jadi secara official nya kita masih ada hubungan."kata Adam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Hazel menekup mukanya dengan tangan.Kalau boleh nak je dia jerit.Geram dengan sikit Adam yang dah melampau!






Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

HAZEL MEDINA[•C•]Where stories live. Discover now