Part 9

1.5K 22 0
                                    

Author POV

Usai urusan kerja, Camellia terus pulang ke apartmennya. Badannya terasa pegal dan melekit tidak selesa. Seharian dia sibuk dengan urusan kerjanya sehinggakan nak makan pun tidak sempat. Untunglah dia mempunyai pembantu. Kalau nak harapkan dirinya sendiri, alamatnya memang tidak makan.

Camellia terus mencapai tuala lalu terus ke bilik mandi. Usai mandi, dia merebahkan badannya di atas katil.

"Uhhh.. hari yang meletihkan." Omel Camellia sambil memicit-micit leher dan bahunya yang terasa sakit. Dia berhenti bila merasa sedikit selesa. Tangannya lantas mencapai handfon dan melihat kalau-kalau ada mesej penting mengenai urusan kerjanya.
Tiada, yang ada hanyalah mesej dari teman rapatnya;

Buddy Group 

CELIA
Korang, jom lepak hujung minggu ni. Aku rindu la kat korang.

LUX
Lia, kau ada sini ke? Bila kau balik, aku tak tahu pun! Aku pun rindu kat kau.

CELIA
Dah 2 hari aku balik. Aku rileks dulu puas-puas, sekarang baru aku cari korang.

LUX
Kau memang. Nampak sangat kau perlukan kami untuk isi masa boring kau tu je, huh!

CELIA
Alah.. jangan marah. Aku penat je travel jauh-jauh. Aku dh puas rehat dah sekarang. Sebab tu aku ajak korang lepak.

LUX
Aku on je.. asalkan kau belanja. Hehehh..

CELIA
No problem.
Eh! Mell mana, tak masuk pun..

LUX
Dia busy la tu..
Eh! Aku kna out dulu. Mike call. See you dear, mmuach!!

CELIA
????

Camellia tersenyum geli hati dengan karenah dua orang teman baiknya. Dekat-dekat selalu gaduh. Bila dah jauh saling rindu.

Celia dan Lux adalah teman rapatnya dari zaman kuliah lagi.Hanya mereka teman susah dan senangnya. Ramai teman lain yang ingin bersahabat dengan Camellia, hanya kerana Camellia dari keluarga yang berada.
Dia tidak menyukai cara pemikiran teman-temannya yang lain.

Baginya, kalau hendak berteman, carilah teman yang sanggup bersama ketika senang dan susah, ketika duka dan gembira. Bukan ketika senang sahaja. Hanya Celia dan Lux yang layak menjadi teman rapatnya. Dan kerana itu jugalah Camellia tidak ramai teman.

Temannya Celia memang seorang kaki travel. Dimana ada tempat-tempat menarik yang viral, disitu ada Celia. Sesuailah dengan kerjanya sebagai Photographer.
Semasa zaman kuliah dulu, mereka bertiga mengambil jurusan yang sama, perniagaan. Tetapi bila masing-masing dah graduasi, temannya yang seorang ini memilih kerjaya yang jauh dari bidang pembelajarannya.
Hanya Camellia dan Lux yang masih teguh dalam bidang perniagaan, walaupun Camellia lebih memilih dalam bidang peragaan. Dia berjaya memiliki syarikatnya sendiri. Satu kebanggaan juga bagi dirinya.

Lux bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat besar di New York, Levill Alp Corporation. Pengurus besarnya adalah Mike, tunang Lux. Ya.. temannya yang satu ini sudah menjadi tunangan orang. Lux mendahului carta dari Camellia dan Celia.

Mike sangat posesif. Dia tidak suka Lux bekerja rapat dengan orang lain. Sebab itulah Mike menawarkan pekerjaan buat Lux sebagai pembantu peribadi. Kemana Mike pergi, disitu Lux perlu ikut. Mike suka Lux sentiasa ada disampingnya.
Dan sebab itu juga Lux tinggal sebumbung dengan Mike.

Celia juga sudah mempunyai kekasih. Tetapi kekasihnya bukan berasal dari New York. Perkenalan pertama Celia dengan kekasihnya adalah di Ibiza, Brazil. Kekasihnya adalah penduduk tetap Brazil.

Hanya Camellia yang masih bersendiri. Ramai jejaka yang ingin dekat dengannya, tetapi dia tidak mengendahkannya. Bukan terlalu memilih tetapi baginya, dia belum bersedia punyai kekasih. Dia lebih senang bersendiri tanpa dikongkong oleh sesiapa.

'Huhh....'
Camellia mengeluh berat mengenangkan nasibnya. Selalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan kualiti time untuk dirinya sendiri.

Camellia mencapai bantal guling di sebelahnya;

'Tidur lagi baik'
Malas nak pusingkan fikirannya, Camellia memilih untuk tidur.


LOVE at First SightWhere stories live. Discover now