Part 19

1.5K 19 0
                                    


Author POV

Camellia tiba di Schone Bridal seperti yang dijadualkan.
Schone Bridal terletak di Brooklyn. Butik ini ditubuhkan pada tahun 2010, mereka menawarkan pakej yang sangat disesuaikan, dan membuat gaun perkahwinan elegan untuk orang-orang sebenar, bukan hanya wanita dengan model model. Sebagai tambahan kepada barisan gaun yang cantik, mereka telah mengembangkan barisan gaun pengantin yang tampan, untuk pengantin wanita yang hamil,serta gaya yang sesuai untuk pengantin wanita yang kedua kali, pengantin yang lebih tua, dan mereka yang mempunyai kebimbangan yang lain.

Camellia disambut ramah oleh pembantu yang siap menunggu di pintu masuk. Wanita itu tunduk hormat padanya.

Dia dibawa ke satu ruangan lain. Sepertinya ruangan khas untuk VVIP. Pintu terbuka lalu memberinya laluan untuknya masuk. Camellia hanya akur. Camellia memandang ke segenap ruang bilik, tampak mewah. Ada daya moden kontemporari di situ.
Dinding ruangan dicat dengan warna putih bersih dihiasi dengan bingkai gambar berukuran besar menampakkan seorang wanita yang membelakangi kamera memakai pakaian pengantin sambil memegang sejambak bunga segar di tangan.
'Cantik' pujinya dalam hati.

Matanya masih terpesona dengan sentuhan susun atur dan perabot di ruangan itu. Karpet berbulu memenuhi segenap ruangan bilik.
Camellia tersengih tanda suka.

"Nak berdiri disitu sampai bila sayang.. mari duduk sini" panggil seorang wanita yang duduk diatas sofa yang membelakanginya.

Camellia yang mendengar cuba memandang sekeliling.
Mungkin wanita itu bercakap dengan orang lain. Tapi, tiada orang lain disitu. Hanya dia dan wanita itu sahaja di dalam ruangan mewah itu.

Camellia melangkah perlahan. Matanya tidak lepas dari terus memandang ke arah wanita itu sehingga pandangan mereka bersatu.

Dia melihat wanita seusia mamanya sedang duduk di atas sofa yang juga memandang kearahnya sambil tersenyum. Cara berpakaiannya cukup kemas dan cantik. Wajahnya yang putih bersih hanya mengenakan solekan tipis dan berlipstik merah. Pakaian yang dikenakan adalah dari jenis kain yang berkualiti tinggi. Dress tanpa lengan labuh separas lutut berwarna biru lembut dan bersepatu tinggi warna senada dipadankan dengan tas kecil jenama DIOR.

"Camellia Adreana Alihandro" panggil wanita itu seraya menyebut nama penuhnya.

"Iya.. saya.., puan?" Tanya Camellia seraya menunding ibu jarinya kearah wanita itu. Dia langsung tidak mengenali wanita itu.

"Saya Julia Rensende. Camellia panggil saya mama saja" jawab wanita itu ramah sambil tersenyum manis. Kakinya melangkah menghampiri Camellia. Satu kucupan hinggap di pipi kanan dan kirinya.
Mata Camellia terbuka luas, alisnya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu. Ternyata dia masih terkejut.

'Mama? Apakah ini...'

"Mama adalah bakal mertuamu sayang. Mari duduk dekat dengan mama" ucap wanita itu lembut sambil menarik tangan Camellia supaya membuntutinya. Camellia hanya menurut lalu duduk di sofa yang sama disebelah wanita yang membahaskan dirinya mama itu.

"Cantik! Patutlah hidup anak mama tak keruan" luah wanita itu tersenyum sambil menyentuh pipi Camellia dengan jari runcingnya. Entah kenapa, Camellia rasa selesa dengan wanita itu. Camellia tersenyum bila dirinya dipuji sebegitu. Dia tertunduk malu menyembunyikan wajahnya yang sudah merona.

"Sayang dah siap untuk jadi isteri pada anak mama?" Soal wanita itu tiba-tiba. Camellia kembali mendongakkan kepalanya bila diajukan pertanyaan seperti itu.
Lalu tersenyum yang dibuat-buat.

"Siap ma" balasnya sambil tersenyum.

"Mama harap, kamu dapat menjaga anak mama dengan baik. Dia nampaknya terlalu mencintaimu. Mama yakin, anak mama boleh menjagamu juga dengan baik. Mama harap rumahtanggamu nanti bahagia sampai ke tua" ujarnya sambil tersenyum. Ternyata wanita ini terlalu murah dengan senyuman. Perwatakkannya juga lemah lembut. Tanpa berkata apa-apa, Camellia hanya membalas dengan senyuman.

LOVE at First SightTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang