▪︎Rules▪︎

1.1K 109 126
                                    

Okiee ini rulesnya!!

1. Short Story, minimum 5 chapter. Maximum 16 chapter. Jumlah perkataan maximum 600 words setiap chapter.

2. Cast, boleh pilih sesiapa yang kau nak, tidak semestinya abangtan. Tapi aku sarankan supaya buat pemilihan character yang sesuai dengan jalan cerita. Tapi terpulanglah pada kau❤

3. No mature content, setakat yang 16+ bertapis boleh. Yang 18+ kennot. Aku dah insaf tak nak baca buku macam tu dah. No lgbt, bukan aku nak bersikap homophobic, tapi inikan nak bagi orang baca, sopanlah sikit, sayang❤

4. Genre, ok, beri perhatian. Aku pilih Romance Comedy sebagai genre utama. Kau nak tambah action, fantasy atau apa-apa sebagai sampingan terpulang kepada kau.

5. Cover, kalau nak letak cover lebih baik. Tak nak letak pun tak apa, boleh je letak muka main character sebagai cover depan, tak perlu edit-edit. Gue faham perasaan susah nak cari graphic shop yang open T-T

6. Tag, aku dekat first chapter or introduction or prolog. Tulislah sikit sebab apa kau nak join giveaway ni.

7. Hashtag, nanti dekat detail book tu, pastikan letak #Tupperwaregiveaway
lepas tu kau nak tambah hashtag lain pun terpulanglah, aku tak halang.

8. Publish, ok bab ni aku faham bukan semua orang boleh publish satu cerita sampai habis terus. Aku pun macam tu jsjssj. Jadi, kau boleh publish satu per satu sampailah complete. Ambil lah masa kau sampai due date dia.

9. Boleh hantar berapa story? baiklah, aku tahu ada yang suka menulis dan banyak idea, tahniah anda rajin. Ok maximum boleh hantar 2 book sahaja. Kesianlah aku nanti nak kena baca semua T-T

10. Boleh ke kalau nak ambil idea inspirasi daripada fanfic aku(reenshi)? Jawapannya boleh, sebab aku sebenarnya teringin nak baca orang olah jalan cerita aku olah ya, bukan ambil 100% tampo kang. Tapi kau jangan pergi ambil idea author lain pula marah dia nanti. Kang aku lempar Tupperware tak jadi buat giveaway nanti.

11. Nak buat idea sendiri boleh? jawapannya, boleh sangat-sangat!

12. Bila tarikh tutup? aku bagi masa 3 bulan, cukup? sampai 25 October.
Tak cukup masa, kau tak payahlah publish banyak chapter, sayang. Pemenang aku akan umumkan bila aku dah habis baca semua story yang korang publish tu❤

13. Saya asrama, macam mana nak join?
Boleh je masa free dekat sekolah awak rangka dulu jalan cerita, balik rumah nanti tulislah balik. Jangan risau, ini bukan paksaan cuma cadangan.

14. Strictly no short form!

15. Nama heroin, suka hati andalah nak letak apa. Bee hoon sup ke Bak kut teh ke Kim Ceen Dol ke Kee roo see ke. Suka hati andalah.

16. Giveaway ini khas untuk readers aku je, sebab sanggup baca dan support cerita aku sjsjsj lebiu. Sebut dulu nama readers aku apa, baru boleh join HAHAHA. Kalau yang nak masuk ni pernah send mesej hate dekat aku. Aduhai, aku bukan malaikat. Jangan minta simpati selagi kau tak minta maaf jssjsjs.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Mungkin ada beberapa perkara yang aku tertinggal untuk jelaskan. So, kau may ask apa-apa yang kau nak tahu.

Q & A (tanya dekat sinilah wak!)

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Tupperware Giveaway!Where stories live. Discover now