| 01

2.3K 164 3
                                    

Bibirnya yang sedikit comot itu, dilap menggunakan tisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibirnya yang sedikit comot itu, dilap menggunakan tisu. Lalu dia memandang gadis yang sedang menjamu selera dihadapannya itu.

❝ Awak dah bagitahu anak perempuan awak ke tentang tarikh perkahwinan kita itu ? ❞ tanya Jae Rim.

❝ Belum, balik ini saya bagitahu dia. Awak pula, sudah bagitahu Taehyung ? ❞ tanya Yoon Ri pula.

❝ Belum, macam awak saya akan bagitahu dia malam ini. Saya harap dia dapat terima keputusan yang kita buat ini, ❞

❝ Entahlah, lepas saya ceraikan Eun Rin perangai dia macam lain sedikit. Dia selalu menyendiri dan tak banyak bercakap macam dulu, ❞ cerita Jae Rim.

❝ Awak tak perlu risau. Lepas kita kahwin, kita cuba buat dia rapat dengan Jihyo. Lagipun Jihyo ini senang aja nak bergaul dan rapat dengan orang, ❞ tutur Yoon Ri.

❝ Saya pun harap macam itulah, ❞ balas Jae Rim. Yoon Ri hanya tersenyum kecil sambil tangannya mengusap tangan Jae Rim lembut.

+++

Pintu rumah itu, dibukanya lalu ditutupnya perlahan. Langkahnya dibawa menuju ke ruang tamu.

❝ Eomma dah balik, ❞ ujar Jihyo yang sedang menonton rancangan animasi sambil duduk di atas sofa itu.

❝ Jihyo, eomma ada benda sikit nak bincang dengan kamu ini, ❞ ujar Puan Yoon Ri. Punggungnya dilabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan anak gadisnya.

❝ Tentang apa ? ❞ soal Jihyo.

❝ Jihyo tahukan yang eomma rapat dengan uncle Jae Rim. Jadi, kitorang rancang nak kahwin hujung bulan ini. Jihyo setuju ke ? ❞ jelas Puan Yoon Ri.

Jihyo yang mendengar, mendiamkan dirinya. Sudah lima tahun appanya meninggal dunia dan selepas eommanya bekerja di syarikat Encik Jae Rim, mereka berdua bertambah rapat dan muncullah perasaan sayang pada hati masing-masing.

Kim Jae Rim pula bercerai dengan isterinya kerana isterinya curang dengannya dan bermain kayu tiga. Jadi, tiada masalah kalau eommanya mahu berkahwin dengan Encik Jae Rim. Lagipun, Encik Jae Rim juga baik dengan dirinya.

Jihyo mengangguk, membenarkan. ❝ Jihyo setuju aja. Lagipun, dah sampai masanya untuk Jihyo dapat appa baru, kan. ❞

Puan Song yang mendengar jawapan Jihyo itu, sudah tersenyum lebar. Badan anak gadisnya itu dipeluk erat.

❝ Terima kasih, Jihyo. Eomma sayang Jihyo sangat, ❞ ucap Puan Song. Dahi anaknya itu dicium sekilas.

❝ Jihyo pun sayang eomma. Kalau itu yang buatkan eomma gembira, Jihyo pun tumpang gembira. ❞

Puan Song tersenyum. Rambut hitam Jihyo itu diusapnya. Bertuah kerana dia dapat anak gadis seperti Jihyo.

+++

❝ Taehyung, ❞ panggil Jae Rim. Taehyung yang ingin menaiki tangga ke tingkat atas, terhenti. Badannya dipalingkan menghadap Jae Rim, appanya.

❝ Kenapa ? ❞ tanya Taehyung.

❝ Sini, duduk sebelah appa ❞ arah Jae Rim sambil menepuk tempat duduk disebelahnya.

Taehyung hanya menurut. Dia berjalan duduk disebelah appanya.

❝ Taehyung nak eomma baru tak ? ❞ soal Jae Rim.

Taehyung yang mendengar, memandang Jae Rim disebelahnya serius. ❝ Appa nak kahwin ke ? Boleh aja, asalkan perangai dia bukan macam perangai eomma lama Tae. Ah- dia bukan eomma Tae lagi, ❞ ujar Taehyung.

❝ Seriuslah kamu terima semudah ini ? ❞ soal Jae Rim tidak percaya.

❝ Iyalah. Kenapa ? Appa nak Tae tarik balik apa yang Tae kata ke ? ❞ tutur Taehyung.

❝ Jangan ! Appa cuma terkejut aja kamu terima keputusan appa semudah ini. Lagipun sejak eomma dah bercerai dengan appa, kamu dah jarang berbual dengan appa, ❞ ujar Jae Rim.

❝ Appa tahukan Tae jadi macam ini lepas eomma bercerai dengan appa walaupun Tae tahu eomma yang salah. Urgh, apa-apa ajalah. Tae tak kisah appa nak buat apapun. Tae naik bilik dulu, ❞ balas Taehyung. Lalu langkahnya dibawa menaiki tangga dan menuju ke biliknya.

Pintu biliknya sengaja ditutup kuat. Jae Rim yang mendengar, mengeluh.

❝ Gwechana, Tae tunggu aja bila Jihyo jadi keluarga kita. Appa harap dia dapat ubah perangai Tae, ❞ tutur Jae Rim seorang dirinya.

Beg kerja yang berada disebelahnya diambil. Lalu dia mula membuat kerjanya yang bertimbun banyak.

+++

to be continued .

STEPBROTHER | TaeHyoWhere stories live. Discover now