| 06

1.1K 142 7
                                    

❝ Serius lah, eomma dengan appa nak pergi honeymoon esok ? Tapi kenapa baru bagitahu hari ini  ❞ soal Jihyo tidak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Serius lah, eomma dengan appa nak pergi honeymoon esok ? Tapi kenapa baru bagitahu hari ini  ❞ soal Jihyo tidak percaya.

❝ Maafkan kami sebab bagitahu berdua lambat. Ya, eomma dengan appa mahu pergi bercuti dekat Paris esok. Mungkin dalam dua minggu macam itu. Jadi, tinggal kamu dengan Taehyung ajalah dalam rumah ini nanti ❞ jawab Yoon Ri.

❝ Tapi, tak macam awal sangat ke ? Majlis perkahwinan eomma dengan appa baru berlansung tiga minggu lepas ❞ petah Jihyo.

❝ Awal, apanya ? Elok lah ini esok eomma pergi bercuti berdua dengan appa. Lagipun, appa dah belikan tiket untuk kami berdua ❞ ujar Yoon Ri. Jae Rim mengangguk, menyetujui apa yang dikatakan isterinya sebentar tadi.

❝ Tengok abang kamu, Taehyung. Kamu okay ajakan kalau eomma dengan appa pergi bercuti ? ❞ tanya Yoon Ri.

❝ Okay, aje ❞ jawab Taehyung selamba.

Jihyo mendengus perlahan. Dia baru sahaja mengenali Taehyung dan mereka berdua tidaklah terlalu rapat. Selepas itu, boleh pula eomma dengan appanya mahu meninggalkan mereka berduaan ?

❝ Kamu jangan risau, Taehyung ada untuk jaga kamu. Dua minggu itu takdelah lama sangat ❞ kata Jae Rim.

❝ Betul itu. Lain kali kita pergi bercuti satu keluarga pula, ya ? ❞ ujar Yoon Ri.

❝ Iyalah, tapi eomma dengan appa jangan lupa tau bawa balik buah tangan untuk Jihyo ! ❞ kata Jihyo.

❝ Mestilah appa dengan eomma takkan lupa anak kesayangan kami ini ❞ tutur Jae Rim. Dia dan Yoon Ri tersenyum kecil memandang Jihyo dan Taehyung itu.

+++





Pagi

Pintu bilik itu dibukanya. Lalu dia berjalan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Dia mengeluh perlahan memandang sekeliling rumah yang agak sunyi itu. Baru pagi tadi Jae Rim dan Yoon Ri bergerak pergi ke lapangan terbang.

❝ Jihyo, jom makan. Aku dah siapkan makanan untuk kita berdua ❞ ujar Taehyung yang baru keluar daripada kawasan dapur itu.

❝ Wah, abang masak ? Hebatnya ❞ puji Jihyo sambil tersenyum lebar melihat bulgogi yang dibuat Taehyung tadi.

❝ Mestilah aku yang masak. Well, aku tahu aku hebat ❞ balas Taehyung bangga. Dia tersenyum sumbing.

Jihyo pula sudah menggulingkan biji matanya. Taehyung itu, perasan lebih sahaja.

Tapi, memang betulnya Taehyung pandai memasak dan masakan yang dibuatnya pasti sahaja sedap.

❝ Macam mana, sedap ke aku masak ini ? ❞ soal Taehyung sebaik sahaja Jihyo memasukkan bulgogi itu ke dalam mulutnya.

Lambat-lambat Jihyo mengangguk dan tersenyum memandangnya. ❝ Macam biasa, sedap ❞

❝ Baguslah kalau macam itu. Aku tahu kau suka masakan aku, sebab itu aku masakkan bulgogi ini untuk kau. Kau makan lah banyak-banyak ❞ tutur Taehyung.

❝ Terima kasih, abang ❞ ucap Jihyo. Taehyung hanya mengiyakan lalu dia turut merasai air tangannya itu.

❝ Hurm, abang. Hyo nak tanya sesuatu boleh tak ? ❞ tanya Jihyo.

❝ Boleh, kau nak tanya aku tentang apa ? ❞ balas Taehyung.

❝ Abang kan kacak, tinggi, atlet dengan pandai memasak. Mesti abang ada yeojachingu kan ? Taknak kenalkan dia dekat Jihyo ke ? ❞ tanya Jihyo.

❝ Aku ini memang lah kacak tapi aku takda yeojachingu ❞ balas Taehyung mendata.

❝ Jinjja ?! Abang jangan tipu Hyo lah, mesti ramai yeoja yang suka abang kan ❞

Taehyung mendengus kecil sebelum pandangannya dialihkan memandang Jihyo dihadapannya itu.

❝ Buat apa aku nak tipu kau ? Ya, aku memang takda yeojachingu walaupun ramai yeoja yang confess dekat aku dan aku tolak mereka semua ❞ gerutu Taehyung.

❝ Tapi, kenapa ? ❞

❝ Entah, sebab aku takda perasaan pun dekat salah seorang daripada dorang ❞

❝ Boleh tahan juga ya hati abang ini. Macam ais, takda lansung perasaan cinta dekat orang lain ❞ ujar Jihyo.

❝ Huh, nak buat macam mana. Dah memang aku lansung tak cintakan diaorang ❞ jawab Taehyung.

❝ Iyalah, abang. Jihyo harap nanti ada perempuan yang dapat cairkan hati abang ini lepastu buat abang jatuh cinta dengan dia ❞ kata Jihyo. Lalu disambung menjamah makanannya yang tergendala sebentar tadi.

“ Kalau aku dah jatuh cinta dengan adik tiri aku, nak buat macam mana ? Hurm ”  desis Taehyung dalam hatinya sebelum dia turut menjamah kembali makanannya.

+++

to be continued .

STEPBROTHER | TaeHyoWhere stories live. Discover now