🥙 38

432 84 30
                                    

Chungha's P.O.V

Aku berjalan bersama-sama dengan Hyejin sebaik saja tiba ditaman. Bersama budak-budak , kami melihat setiap gerai yang ada disitu.

" Kau dengan Taeyong macam mana ? " Aku bertanya pada Hyejin yang sibuk bermain dengan budak-budak.

" Macam mana apa ? " Hyejin bertanya kembali. " Masih macam tu je ke ? Dia tak bagitahu apa-apa ? " Aku bertanya. Hyejin hanya menggelengkan kepala.

Aku mengangguk , dasar Taeyong ni. Lambat benar kau buat kerja.

" Kau rasa macam mana ? " Aku memandang Hyejin yang sedang bertanya. Aku senyap. Entah tajuk apa yang dia maksudkan.

" Taeyong tu sebenarnya dah boleh balik lama dah. Dah banyak kali aku halau dia balik. Tapi dia yang tak nak. Aku biar jelah dia duduk sini. " Hyejin bersuara , dia duduk dibangku sementara budak-budak berlari ketaman permainan untuk bermain.

Aku duduk disebelahnya.

" Kau akan maafkan Taeyong ke kalau dia bagitahu cerita sebenar ? " Aku bertanya. Hyejin senyap , riak wajahnya berubah.

" Tak kisah apa pun jawapan dia , dia tetap jadikan aku macam ni , Chungha. " Hyejin membalas.

" Tak mungkin mudah aku nak maafkan dia. Walaupun , dia sanggup datang sini , nak jelaskan apa yang dah jadi, benda ni tetap takkan ubah apa-apa. Aku ada apa nak ubah dalam hidup aku ? Aku tetap tak boleh jadi doktor , kakak aku masih tak boleh sambung belajar. Ayah aku tetap kena kerja siang malam untuk jaga kami berdua. "

Hyejin menambah. Nampak dia dah putus asa , dia mengeluh.

" Kadang-kadang aku rasa menyesal kenal dia , Chungha. Rasa pedih dalam hati ni , tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Betul ke dia yang aku suka dulu ? Dia ke yang selalu bagi semangat untuk aku ?

Dia ke orang yang sama yang sempurnakan hari-hari aku sepanjang aku dekat sekolah dulu ?

Dia ke orang yang sama , yang pertahankan aku dekat sekolah dulu ?" Soal Hyejin. Aku memandang Hyejin. Wajahnya nampak kecewa dengan Taeyong.

" Orang yang bagi semangat dekat aku setiap hari , selalu buat aku tersenyum , dia jugalah yang buat aku menangis sampai sekarang , Chungha. Kalau kau jadi aku , akan sampai ke perkataan maaf tu keluar dari mulut kau sendiri ? " Hyejin bertanya pada aku. Dia memandang aku.

Aku enggan menjawab. Aku melihat Hyejin , tangannya aku menggenggam erat.

" Aku ada sesuatu nak bagitahu kau. " aku bersuara sambil memandang Hyejin. Hyejin hanya menunggu , bersedia mendengar apa yang aku mahu sampaikan.

--

" Hyejin.. " Aku memandang Hyejin , riak wajahnya sukar untuk dibaca setelah mendengar penjelasan aku.

" Aku minta maaf tak berterus-terang dengan kau selama ni. Aku tak kerja sebagai model , tapi aku kerja sebagai doktor. Masa kau berhenti sekolah , aku rasa kehilangan sangat tau. Masa tulah aku rasa aku nak jadi doktor. "

Aku bercerita. " Tak apalah , kalau kau tak dapat jaga aku kalau aku sakit. Tapi aku boleh jaga kau. " Aku menambah.

Hyejin hanya tersenyum. " Tak jadi doktor pun , aku tetap akan jaga kau , Chungha. Kaukan kawan aku. " Katanya.

" Kau ni, eii ! Bertuahnya aku ada kawan macam kau. " Aku memeluknya erat.

" YooA macam mana ? " Hyejin bertanya. " Kau tanya pasal perempuan tu dah kenapa ? Sebab dialah , kau jadi macam ni tau. " Aku membalas.

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now