DESTINASI

438 1 0
                                    

Fahrin dan kairul merupakan salah seorang penuntut pengajian tinggi diluar Negara iaitu di universiti yang terletak di Uruguay. Mereka berdua merupakan lepasan mahasiswa dalam bidang undang - undang. Pada tahun ini maka tamatlah sesi pengajian mereka selama lima tahun setengah pengajian mereka berdua di bumi asing ini rasa rindu terhadap Negara tercinta amat memuncak.

Pada hujung minggu ini usai majlis konvoksyen mereka berdua bercadang untuk menghabiskan cuti mereka berlibur ke kota Santiago yang terletak di Chile dengan hasil tabungan dan upah bekerja sambilan selama ini. Mereka berdua merupakan sahabat karib semenjak dari kecil lagi , persis kembar tetapi tidak seiras kemana pergi pasti bersama - sama. Fahrin seorang yang tegas dan berani tetapi Kairul sebaliknya pula tetapi mereka saling melengkapi satu sama lain , Fahrin menganggap Kairul seperti adiknya sendiri mereka tidak ubah seperti saudara kandung berlainan ibu dan bapa.

Segala kelengkapan sudah siap disediakan bagasi dan beg sandang tersusun elok di sisi tepi kerusi menunggu. Dua orang sahabat itu benar - benar tidak sabar untuk bercuti bagi melepaskan gian sepanjang pengajian mereka tidak pernah sekali berhibur dan bersuka - ria kerana fokus pada pelajaran masing - masing. leka Fahrin melihat tiket penerbangan miliknya itu yang tertera destinasinya iaitu Chile masa penerbangan mereka berdua hampir tiba sambil. Kairul datang membawa dua gelas bungkusan makan ringan yang dibelinya di kedai berhampiran kawasan menunggu tersebut lalu tangannya menghulurkan satu tin air perisa Cola kepada sahabatnya itu. Usai menjamah sedikit makanan tersebut mereka menapak melangkah kerana bunyi panggilan untuk para penumpang ke destinasi mereka iaitu Chile sudah tiba masanya. Mereka berdua tidur sebaik sahaja kapal terbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Carrasco , Uruguay.

Kapal terbang jenis Air Force Flight 588 itu membawa lebih kurang 40 orang penumpang dan lima orang krew penerbangan. Pada peringkat awal penerbangan mereka semuanya berjalan lancar dan baik. Sekalipun keadaan cuaca semakin menyejuk dan salji yang makin menebal sehingga mengaburkan pandangan , perjalanan menuju ke Santiago tetap diteruskan. Setakat ini masih belum ada sebarang tanda - tanda yang memaksa untuk mereka berpatah balik. Kairul mula merapatkan sedikit tubuhnya ke sisi tubuh Fahrin bagi berkongsi selimut kecil miliknya Fahrin kerana dia berasa kesejukan setelah itu dia terus sambung membuta semula.


Namun , setelah beberapa jam berlepas sehingga melintas melepasi sempadan Negara Argentina , keadaan cuaca menjadi bertambah buruk langit semakin kelam gelap. Angin dan rebut salji sangat kuat sehingga membataskan penglihatan mata hal ini menyebabkan perjalanan mereka sedikit tergendala.

Pada paras ketinggian 30,000 kaki , pesawat sederhana ringan itu tidak mampu lagi untuk terus terbang bagi mengharungi cuaca yang semakin memburuk ini. Juruterbang kapal tersebut memutuskan satu - satunya cara terbaik untuk mengelak bencana yang bakal menimpa adalah dengan melakukan pendaratan. Para penumpang telah dimaklumkan dengan segera akan situasi tersebut agar tidak panik dan bersedia untuk pendaratan cemas.

Lapangan terbang yang paling hampir dengan kedudukan mereka ketika itu ialah di Mendoza, Argentina. Selepas pihak kapal berhubung dengan pengawal trafik udara di Mendoza , juruterbang Air Force Flight 588 itu Berjaya mengemudi dengan selamat dan mendaratkan pesawat tepat di lapangan terbang berkenaan. Rasa resah para penghuni kapal tersebut sedikit redah kerana berasa selamat tiba. Kairul sedikit ketakutkan dan mulutnya terkumat - kamit mengucapkan syukur kerana tidak ada apa - apa yang berlaku sambil diperhatikan Fahrin dengan penuh tenang.

" Bawa bertenang Kai tiada apa yang bakal berlaku syukurlah semuanya selamat , kau tu bila jadi macam ini baru ingat tuhan". Usik Fahrin sambil melihat Kairul yang masih ketakutan memeluk erat lengan kiri berototnya itu.

Semasa mendarat di lapangan terbang Mendoza , mereka menerima laporan bahawa rebut salji dan angin kencang sepanjang laluan ke Santiago akan berlangsung selama beberapa hari. Maka muncul suara - suara untuk membatalkan sesi penerbangan tersebut , namun majoriti penumpang dan pihak krew kapal masih berhasrat untuk meneruskan perjalanan ke Chile itu bagi mengelakkan kerugian tiket penerbangan mereka tersebut bergitu sahaja.

Hampir beberapa jam sesi pembincangan antara pihak penerbangan kata putus telah diambil mereka merangka satu laluan lain bagi selamat sampai ke destinasi tujuan tersebut. Cadangan yang diutarakan adalah dengan melakukan penerbangan rendah iaitu dibawah paras 15,000 kaki melalui sepanjang banjaran Andes sambil mengikuti laluan Planchon , dan Curico serta Seterusnya menuju ke Santiago. Opsyen ini adalah suatu cara yang paling selamat bagi menelakkan angin kencang dan rebut salji. Malahan , juga merupakan salah satunya laluan yang dibenarkan oleh pihak berwajib. Para penumpang diminta oleh krew penerbangan untuk bersedia bagi meneruskan penerbangan semula.

Kelihatan suasana didalam kapal penerbangan kembali seperti sediakala , setiap kerusi dipenuhi semula dan pihak krew penerbangan menjalankan tugas seperti biasa. Dua orang sahabat itu seperti biasa bersiap sedia untuk menjana tahi mata hendaknya sambil menghitung detik penerbangan yang bakal tiba sekejap saja lagi.

Bersambung....

**********************************************
Terima kasih kerana sudi membaca teruskan vote and share cerita saya ini , maaflah jika kurang menarik Cara penulisan saya ini saya masih amatur
Nantikan seterusnya update saya...
Thanks..😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘

PASSENGERS 🛩️Where stories live. Discover now