8 : Hilang

540 39 41
                                    

Seventeen telah sampai di tempat yang dipenuhi dengan ramai orang selepas mereka selesaikan urusan mereka di istana Crystal.

"Banyaknya kedai!" Ujar Seungkwan teruja dan dia memerhati kedai manisan yang ada di situ.

"Wei, aku lapar." Ucap Seokmin lalu memegang perutnya.

"Tapi aku nak beli buku." Kata Wonwoo lalu menarik lengan Hansol dan Seungcheol pun pergi ke Wonwoo dan Hansol.

"Ok. Kita berpecah. Seungcheol dengan Hansol pergi beli buku Wonwoo. Jeonghan dengan Seokmin ikut aku beli makanan. Kita jumpa kat padang tu semula ye." Cadang Jisoo lalu menunjukkan ke arah padang yang berada di belakang mereka.

Mereka setuju lalu bergerak seperti yang dikata oleh Jisoo.

"Kitorangㅡ" Seungcheol memotong kata-kata Seungkwan terlebih dulu.

"Korang sekali lah! Bye bro!" Seungcheol melambai tangan ke arah Seungkwan dan Chan yang berdiri di tengah-tengah di antara mereka.

"Jom lah hyung. Kita tengok-tengok bandar ni." Ajak Chan dan Seungkwan pun mengangguk lalu mereka berjalan ke arah yang lain.

____________________

"Oh! Tu! Yang tu juga! Aku nak yang tu juga hyung!" Ujar Seokmin teruja lalu menunjukkan semua jenis makanan yang dia nampak di kawasan itu.

"Woi, satu satu lah." Kata Jeonghan lalu berhenti di sebuah cafe. Jisoo dan Seokmin mengikuti Jeonghan lalu mereka duduk di sebuah meja kecil.

"Ya tuan. Nak minum apa?" Tanya seorang pelayan lelaki lalu meletakkan menu di atas meja. Jisoo melihat menu tersebut.

"What the...." Seokmin melihat menu tersebut bersama Jisoo.

"Apa benda ni tak guna? Semua nama air ni nampak pelik je." Kata Seokmin, dia rasa macam nak sepak je pelayan ni.

"Kita minum Ais Americano jelah." Cadang Jeonghan kerana nama air tu je yang dia pernah minum daripada air lain yang ada di dalam menu tu.

"Ok. Bagi ni tiga." Kata Jisoo kepada pelayan itu.

"Baik. Sila tunggu sebentar."

_____________________

"Woi Hansol lama lagi ke?" Tanya Seungcheol manakala Wonwoo dari tadi asyik memerhati je Hansol memandangkan dia dah beli buku yang dia nak tapi Hansol yang lambat sekarang.

"Kejap kejap." Kata Hansol lalu mengambil sebuah novel yang agak tebal lalu pergi ke kaunter untuk membayar buku itu.

"Menyesal aku ikut." Rungut Seungcheol lalu menyepak habuk yang ada di depannya. Habuk tu tak bersalah.

"Ok jom!" Kata Hansol lalu keluar dari kedai buku dengan gembira. Entah apa lah dia tu.

"Oi jom." Kata Seungcheol kepada Wonwoo. Wonwoo pun blur lalu mengikut mereka.

_______________________

"Wow, Chan! Kau tengok tu!" Kata Seungkwan kepada Chan sambil menunjukkan ke arah kereta mainan yang berada di dalam sebuah kedai.

"Woah!! Gempak lah!! Warna merah!!" Jerit Chan teruja habis orang yang lalu kat situ tengok. Dah besar panjang pun nak mainan lagi.

"Jangan lah jerit. Orang tengok lah." Chan tersengih dan memandang ke depan semula manakala Seungkwan melihat sekeliling. Bagi Seungkwan, memang cantik Bandar Crystal ni berbanding Bandar Diamond. Mungkin ada kesan kepada penduduk di sini akibat peperangan dulu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

13 Elemen ||Seventeen||Where stories live. Discover now