bab 1

5.6K 138 13
                                    

"Sayang! Mana tie abang?"laung Aliff dari dalam bilik.

Nura tika itu sedang menyuap Arfan makan terus terhenti bila suara suaminya itu bergema di rumah milik mereka. Dia mengeluh seketika.

"Bik, tolong suapkan Arfan makan ye. Saya nak naik atas kejap."kata Nura.

"Baik Datin."ujar bibik lalu menggantikan tempat Nura.

Nura dengan segera menaiki tangga ke tingkat atas. Akibat dari kelajuan dia menaiki tangga, hampir sahaja dia tersadung tetapi sempat dia berpaut di pemegang tangga. Dadanya yang berdegup kencang itu diurut lembut.

"Nasib baik."ujarnya seorang diri.

Langkah dilajukan ke dalam bilik. Kelihatan Aliff sedang duduk di atas katil sambil menunggu ketibaan isterinya.

"Abang dah cari tie dalam wardrobe abang?"soalnya sambil berdiri di muka pintu.

"Kalau abang jumpa tie tu, tak adanya lah abang nak jerit pagi - pagi macam ni."ujar Aliff bersama sengihan di bibir.

Nampak sangat yang dia sengaja memanggil isterinya itu. Mahu bermanja!

"Kejap Nura cari tie abang. Abang turun dulu breakfast okey."tutur Nura sambil tersenyum nipis.

Faham dengan sikap suaminya sejak dia berbadan dua ini. Dia jarang dapat melayan kerenah suaminya kerana alahannya yang teruk pada kali ini.

"Okey, sayang. Abang tunggu."kata Aliff lalu beredar. Sebelum beredar sempat dia mengenyitkan matanya pada sang isteri.

"Macam - macam."ujar Nura seorang diri.

Langkah di bawa ke dalam walk in closet. Wardrobe suaminya di tuju dan di buka. Satu laci yang menempatkan pelbagai jenis tie di buka. Kelihatan tersusun sahaja tie di dalam laci itu.

Nura menggeleng kecil. Nampak sangat suaminya itu tidak mencari, kerana sudah jelas di depan matanya tie berwarna hitam yang di cari oleh Aliff.

Usai mengambil tie itu, dia terus keluar dari walk in closet dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan Aliff sedang enak menjamu selera. Aliff mengangkat kepalanya sebaik terlihat kelibat seseorang di tangga.

"Huh sayang. Jumpa tak?"soalnya nasi goreng di suap lagi ke dalam mulutnya.

Sedap!

"Abang sebenarnya tak carikan tie tu?"soal Nura sambil memandang tajam suaminya.

Aliff menggaru kepalanya seketika. Adeh, mommy buyung ni nak naik angin dah.

"Abang cari lah. Tapi tak jumpa."nafinya.

"Tie tu ada dekat belah depan sekali kalau abang buka laci. Tadi saya tengok laci tu kemas je, tak berselerak."ujar Nura.

Aliff tersengih lagi.

"Abang bosan lah yang. Pregnant sayang kali ni pelik sungguh."rungutnya. Kopi panas disisip perlahan.

"Apa yang peliknya?"

Dia melabuhkan punggungnya di sisi Arfan. Nasib lah Deniel sudah berangkat ke sekolah. Kalau tidak bertambah haru bila anak dan bapak bergabung.

"Sayang tak nak layan abang."ujarnya bersama sengihan di bibir.

Nura terngadah. Timbul perasaan bersalah terhadap suaminya.

"Sorry abang. Nura tak sengaja, alahan kali ni teruk sangat."ujarnya lirih.

"Tak apa sayang. Okey lah, abang nak pergi office dulu."katanya lalu bangun.

Nura yang mahu bangun itu segera di halang.

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Där berättelser lever. Upptäck nu