Bab 7

1.7K 74 6
                                    

Anisa duduk berhadapan Aliff. Dia kemudiannya memandang Aliff yang merenungnya tajam seakan mahu menelan. Seketika kemudian, dia menunduk menekur lantai. Jarinya dikuis - kuis menahan rasa debar.

"Maaf aku tak boleh nak tolong kau. Even kau adik sepupu aku."kata Aliff yang lama berdiam diri.

Anisa terus mengangkat kepalanya. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ini.

"Tolonglah abang. Nissa nak sara ibu lagi, Nisa dah cuba cari kerja dekat tempat lain tapi tak dapat. Tolong lah bang."rayunya lagi bersama deraian air mata.

"Aku tak boleh tolong kau, kau cari lah dekat tempat lain or kau pergi office pak long. Sorry aku ada hal."ujar Aliff dia segera beredar meninggalkan Anisa yang sedang menangis.

Anisa bingkas bangun lalu mengejar Aliff yang sudah jauh ke hadapan.

"Abang!"

"Abang Aliff."jerit Anisa lagi.

Aliff hanya meneruskan langkahnya tanpa berhenti. Terus sahaja dia menerobos masuk ke dalam keretanya yang sudah sedia di hadapan lobi syarikatnya.

Pandangan para pekerja di syarikat itu di abaikan oleh Anisa. Dia mengelap sisa air matanya sebelum melangkah keluar dari syarikat itu.

......

"Mama, masak apa tu?"soal Nuha yang baru sampai bersama Narissa Irdina. Si kecil itu terus sahaja berjalan menuju ke peti sejuk sebelum pintu peti itu dibuka.

"Masak biasa - biasa je. Haish, Narissa ni sampai je terus buka peti sejuk. Tak salam tangan nenek pun."katanya acah - acah merajuk.

Narissa memandang mamanya sekilas sebelum berlari ke arah Puan Maria. Pintu peti sejuk itu dihempas kuat.

Bam!

"Ya Allah, gugur jantung aku."Puan Maria mengusap dadanya.

"Narrisa. Kenapa hempas pintu peti ais tu?"soal Nuha sedikit tegas.

"Sowwy ma."katanya dengan tersebek - sebek.

"No, you dah buat salah you kena denda."kata Nuha tegas.

Narissa menekur lantai. Puan Maria yang melihat tersenyum nipis sebelum mengusap bahu anak perempuannya.

"Dah lah Nuha. Dia kan kecil lagi."ujar Puan Maria.

"Jangan nak bela dia sangat ma, nanti lagi mengada - ngada."tutur Nuha lagi. Tajam matanya menikam anaknya.

"Come follow me, now!"tegas dia memberi arahan, sebelum dia beredar meninggalkan dapur. Narissa Iman hanya mengekori langkah ibunya.

Puan Maria menggeleng kepala dengan tingkah anaknya itu, garang semacam.

"Narissa, ambil you punya kerusi bawa masuk dalam bilik now."arahnya.

Dengan langkah yang perlahan, dia mengambil kerusi miliknya sebelum di bawa masuk ke dalam bilik tidur ibu bapanya.

"Duduk menghadap dinding. Jangan bergerak seinci pun. Refleks diri you, patut ke you hempas pintu peti sejuk macam tu. Betul ke salah cara you buat macam tu dekat rumah orang. Mama bagi you lima minit untuk you refleks diri you. Mama tinggalkan you, nanti mama datang balik."ujar Nuha panjang lebar. Sebelum dia meninggalkan anaknya itu.

Dia turun semula ke dapur untuk membantu Puan Maria memasak.

"Kamu buat apa dengan Narissa?" Soal Puan Maria risau

"Denda sikit je ma."balasnya biasa.

"Sikit? Maksud kamu, kamu pukul dia ke?"

"Eh tak lah ma. Suruh dia refleks diri dia je."

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now