7SB - 37

1.7K 212 7
                                    

Goals vote : 65

"Ahjumma?" sapa Miyoung kepada Ahjumma Shin yang berada di dapur

"Nae? Cik nak apa apa ke? Cik lapar ya? Maaf, ahjumma belum masak lagi" Ahjumma Shin meminta maaf

"Ehh bukan ahjumma saya tak lapar. Cuma nak berbual sikit dengan ahjumma. Lagi satu, takperlu panggil saya Cik. Formal sangat tu. Panggil je Miyoung" kata Miyoung

"Ah baiklah. Apa yang Miyoung nak berbual tu?" tanya Ahjumma Shin

"Jom duduk dulu" pelawa Miyoung. Meja makan dituju

"Er mana Chen?" tanya Miyoung sambil melilaukan pandangan ke seluruh tempat

"Biasanya waktu waktu macam ni Tuan tidur. Kenapa? Miyoung nak ahjumma panggil dia ke?" tanya Ahjumma Shin

"Eh tak tak. Jangan. Mesti dia tengah lena so tak payah kejut dia. Miyoung nak tanya, dah lama ke ahjumma kerja dengan Chen?" tanya Miyoung dengan segera. Tidak mahu melengahkan lagi

"Sejak dia kecil. Dulu ahjumma maid keluarga Tuan Chen tapi lepas ibu dan ayah dia meninggal, ahjumma yang jaga dia." kata Ahjumma Shin

"Ohh. Chen pernah tak bawa perempuan datang sini?" tanya Miyoung lagi

"Dulu semasa dekat rumah lama, dia ada bawa balik sorang. Katanya yeochin dia tapi dalam beberapa bulan lepas tu yeochin tu meninggal. Ahjumma tak tahu yang selebihnya. Tapi kalau rumah ini dia tak pernah bawa balik sesiapa lagi. Kiranya Miyoung orang first la" terang Ahjumma Shin

Miyoung hanya mengangguk kecil sahaja

"Ahjumma nak tanya pula. Miyoung ni girlfriend Tuan Chen ke?" tanya Ahjumma Shin

Miyoung tersentak. Tak tahu nak balas apa. Takut tersilap bicara, nahas dia dibuatnya.

"S-saya..." belum sempat Miyoung menjawab. Suara garau seseorang memotong bicaranya

"What are you guys doing there?" tanya Chen

"T-tak ada apa apa" balas Miyoung sambil berdiri dengan pantas. Peluh sejuk merembes pada wajahnya. Bibirnya bertukar putih pucat. Entah kenapa lelaki yang pernah dicintainya itu membuatkan dia menjadi takut seperti itu

"Eh Miyoung. Kenapa pucat ni? Miyoung tak sihat ke? Miyoung nak ubat? " tanya Ahjumma Shin yang risau apabila melihat wajah pucat milik Miyoung

"Tak ada apa apa. Miyoung okay. Miyoung naik atas dulu ya ahjumma" kata Miyoung kemudian berlalu pergi ke biliknya

Chen yang hanya melihat situasi itu hanya diam membisu tanpa melakukan apa apa

:::::

T to da B to da C
Okay how? Is it good?

Vote✔
Comment✔

[ⓒ] 𝟕 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐁𝐫𝐨𝐬 : BangtanWhere stories live. Discover now