7SB - 4

3.6K 482 23
                                    

"Hey tunggu lah. Kenapa awal sangat nak masuk kelas kau ni" Jungkook menyentuh bahu Miyoung dari belakang

"Siapa kata aku nak masuk kelas? Aku nak jalan jalan lah" nafi Miyoung

"Can i join you?" tanya Jungkook

"Kalau aku kata tak boleh pun, kau still ikut jugak" Miyoung berkata

Sudah masak sangat dengan perangai kembarnya tu. Takde function pun cakap tak boleh.

"You know me well dude" smirk Jungkook

Miyoung tersenyum bangga

"Weh balik nanti jom singgah kedai Acik Kiah? Aku nak beli choki-choki" kata Jungkook

"Bapak Ah. Choki choki dekat rumah berlambak lagi do. Kau ni. Nanti rongak baru tahu" marah Miyoung

"Alaaaa bolehlah baby bolehlah" rayu Jungkook

"Ish yelah yelah. Kejap aku tengok duit aku ada berapa" tangan Miyoung ligat dimasukkan kedalam poket seluar

Semakin lama, mukanya semakin berkerut

"Asal?" tanya Jungkook

"Wait mana wallet aku?" kesemua poket yang pada uniformnya diseluk

"God mana wallet aku! Ada kupon Mcd untuk 2 tahun do dalam tu fuck" Miyoung menunjukkan reaksi cemas

"Jom patah balik. Kita mulakan misi mencari wallet Jeon Miyoung yang hilang" kata Jungkook persis Detective Conan 2.0

"Pertama, dimana kali terakhir anda melihat wallet tersebut. Kedua, anda ada syak sesiapa yang mengambilnya. Ketiga, anda- adoiiii sakitlah takguna" adu Jungkook

Mana taknya, belakang kepala Jungkook dipukul kuat oleh kembarnya sendiri

"Aku tengah serious, kau main main. Ni lah padahnya!" Miyoung mula berjalan berpatah balik untuk mencari dompetnya

"Aduh mana lah dia tercicir ni halah halah. Kejap lagi loceng habis rehat nak bunyi. Sempat ke aku jumpa. Hopefully, takde orang lain yang jumpa dulu selain aku" omel Miyoung sendiri

"Hai. Awak cari ni ke?" seorang lelaki menghulurkan sesuatu

"My wallet! Thanks god" wallet yang dihulur tadi dibuka

"Jangan risau. Saya takkan ambil duit awak" lelaki tersebut wink

"By the way. Saya Chen, Chen Yoshizawa. Saya masih baru disini, dari jepun" Chen menghulurkan salam perkenalan

"Jeon Miyoung" hampir sahaja Miyoung ingin menyambut huluran Chen, dia disapa oleh satu suara yang amat dikenali

"Baby! Sini pun kau. Puas aku cari" Jungkook berlari anak menuju ke arah Miyoung

"Ni siapa?" Jungkook berkerut memandang wajah Chen

"Chen Yoshizawa" Chen menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman

"Jungkook" Jungkook membalas huluran tersebut

"Miyoung. Ni namja chingu awak ke?" tanya Chen

"Eh dia tw-" tidak sempat Miyoung meneruskan kata katanya lantas dipotong oleh Jungkook

"Yeah aku pakwe dia. Any problem?" sinis Jungkook berkata. Tangannya merangkul erat bahu Miyoung

"Oh ye ke erm maaf. Saya pergi dulu" Chen menggosok belakang lehernya tanda serba salah kemudian beredar dari situ

"Kau ni Kook" pasrah Miyoung berkata

"HAHAHAHAHAHAHAHA" tawa Jungkook meletus kuat

"Dah jom masuk kelas. Loceng habis rehat dah nak bunyi ni" ajak Miyoung

:::::

T to da B to da C
Okay how? Is it good?

Vote✔
Comment✔

[ⓒ] 𝟕 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐁𝐫𝐨𝐬 : BangtanOù les histoires vivent. Découvrez maintenant