━━━━ day 2 ; junkyu

406 69 34
                                    

friday (금요일)
may, 27th 2022

friday (금요일)may, 27th 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

day 2 ; kim junkyu

。゚❁ུ۪ °ₒ 𓂂 ˚ 𓂂 ₒ ° ₒ 𓂂 ˚˖⋆

pov | kim junkyu

memandangkan harini aku mengambil cuti selama dua hari dari boss hyunsuk, aku mahu merehatkan diri aku daripada memikirkan tentang pekerjaan aku.

nasiblah jihoon ganti aku dekat kaunter depan. bolehlah dia rasa macam mana sakitnya kaki aku berdiri dekat kaunter tu macam tugu negara.

aku pun bercadang mahu mengajak woori keluar tapi dia mesti agak busy. kot.

sebab dia tak balas mesej aku dari semalam lagi. agaknya dia kepenatan rasanya - melayan customer yang banyak hal ni payah sebenarnya hahaha.

berbaki lagi 3 hari lagi. aku harap woori adalah perempuan pertama dan terakhir yang aku keluar bersama. penatlah cari teman wanita. kau ingat senang ke macam kau lapar dan kau sambar snickers kat 7eleven untuk hilangkan rasa lapar tu?

tak langsung.

" i guess i'm just a play date to you ~ woo woo wooo wooo ~ "

aku memandang kearah meja lampu aku yang berwarna coklat, hadiah pemberian oleh mashiho ketika ulang tahun aku ke 19. lagu play date oleh melanie martinez yang aku jadikan sebagai nada panggilan aku kedengaran ditelinga aku dan menandakan sebuah panggilan masuk dari telefon pintar aku yang canggih.

"hello?" tegur aku dipanggilan.

"junkyu, ni sayalah. woori. awak sibuk ke tu? sorry saya tak reply mesej awak semalam sebab saya tertidur. huhu maaf ye." seperti yang aku duga, dia tertidur.

so, tak payahlah nak marah awek tu kenapa offline secara tiba-tiba atau hilang dari radar semalaman.

"eh takpe-takpe. benda kecil je ni. saya tak sibuk pun. awak nak pergi mana harini? saya bawakkan awak." mentang-mentang ada lesen kereta ni kan, apa salahnya nak bawak dia pergi jalan-jalan.

kalau dia suruh bawa ke busan pun aku sanggup redah hujan, ribut, petir dan panas demi dia fuh.

"eh hmm saya cadang nak naik subway je harini dengan awak. err.. date dengan subway hehe nak tak? sebab patutnya saya keluar dengan nayoung harini tapi haruto dah tempah dia dulu so saya kena pergilah sorang-sorang. nak ikut tak?"

aku suka dengar woori cakap banyak-banyak ni sebab aku bukanlah peramah macam jihoon.

tapi entahlah rasa macam aku ambivert. abaikan je.

playdate ➸ kim junkyu Where stories live. Discover now