━━━━ day 5 ; junkyu

343 54 9
                                    

monday (월요일)
may, 30th 2022

monday (월요일)may, 30th 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

last day ; kim junkyu

。゚❁ུ۪ °ₒ 𓂂 ˚ 𓂂 ₒ ° ₒ 𓂂 ˚˖⋆

pov | kim junkyu

aku melihat kearah kalendar yang aku gantung di dinding bilik aku. harini merupakan hari terakhir dimana aku boleh menganggap woori sebagai teman wanita aku.

dalam erti kata lain, teman wanita upahan selama lima hari. bagi orang lain mungkin perkara ini adalah perkara yang biasa - yang akhirnya hubungan itu menjadi renggang dan tidak bertegur sapa lagi.

lagi parah jika kedua-duanya berniat untuk melupakan antara satu sama lain.

bagi situasi aku dengan woori, aku rasa impak aplikasi ini membuatkan hari-hari aku selalu tersenyum dan rasa bahagia - tapi manalah tau woori rasa sebaliknya.

"junkyu, kenapa ni?" tegur mashiho. walaupun dia sentiasa sibuk, dia sering bertanyakan tentang aku dengan woori. tak silap aku, nama dia jugak sering menjadi pilihan setiap gadis yang mendaftar di aplikasi tersebut.

siapa cakap pendek tak laku.

"harini.." aku membalas dengan pendek. aku tak sanggup nak sebut perkataan tersebut.

"kau tak ajak dia keluar ke? bukan selalunya kau keluar ke walaupun kau busy?" tanyanya. aku mengangguk tapi aku rasa macam nak hapuskan hari dan tarikh harini.

"dahtu, janganlah sedih bro. kena kuat. ala mesti woori tekan butang accept nanti. percayalah cakap aku." katanya sambil memegang jari jemari aku. mata aku berpeluh seolah-olah aku baru sahaja merentas desa sejauh 1 kilometer.

"tapi... kalau dia tekan cancel macam mana?" tanya aku. aku mengawal intonasi aku supaya tidak kelihatan seperti mengherdik mashiho malah aku mengawal empangan mata aku daripada pecah.

"ala, aku kenal woori tu. dia mesti sayang kau jugak. jangan risaulah." satu suara menyampuk perbualan aku dengan mashiho - suara jihoon.

"kau kena percaya, kalau takdir kau dengan woori, mesti kau boleh nampak masa depan kau ada dia." tambah jihoon lagi. kalini dia duduk dihadapan aku - dia melabuhkan punggungnya diatas lantai. mashiho pula menukar tempatnya disebelah aku.

"tambahan - kalau kau boleh nampak dia jodoh kau, mesti jari kelingking kau ada benang merah." kata mashiho.

"kau ingat aku karakter anime ke?" tanya aku. mashiho tergelak dengan soalan aku. dia menggelengkan kepalanya.

playdate ➸ kim junkyu Where stories live. Discover now