18

146 23 8
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

BETULLAH orang selalu cakap, masa selalu mencemburui kita. Bernafas sekali dua, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke Kuala Lumpur.

   Alia terpisat - pisat menggosok matanya. Rasa mengantuk masih ada dalam diri! Itulah, tidur lepas solat Zuhur lagi!

   Kawasan dapur diperhati. Perlahan - lahan satu lorekkan senyuman tu timbul pada wajah Alia apabila dia terlihat kelibat mamanya yang sedang menyapu ayam dengan kunyit.

   "Mama!" Tanpa sebarang amaran kad kuning, Alia memeluk Puan Lina dari belakang.

   "Ish, Alia ni terkejut mama," Puan Lina mengurut dadanya. Haih... Nasiblah bila dapat anak perempuan yang selalu terkejutkan hati dia ini.

   "Peliklah. Mana along, Firdaus dengan Siao Fang?" Alia menyoal setelah menyedari kesunyian rumah ini. Mana tahu para lelaki itu bermain sorok dan cari tanpa pengetahuannya. Nasib dia sudah siap - siap memakai tudung.

   "Oh, diorang pergi masjid. Solat asar. Oh, ya." Puan Lina menuding jari ke arah pinggan yang bersusun di dalam singki. "Apa kata Alia tolong basuh pinggan?"

   Ketika itu, Alia memejam matanya, menahan tangisan kepuraan. Rasa menyesal melangkah masuk ke dalam  dapur terbit dalam diri. "Mama, Alia nak solat Asar dulu."

   "Tak da, tak da, tak da." Puan Lina menggoyangkan jari telunjuknya berkali - kali. "Lepas basuh pinggan, boleh pergi solat asar. Kamu tidur memanjang kan lepas solat Zuhur. Tak ada pun tolong mama. Siao Fang kawan..."

   Cepat - cepat Alia bercakap menghentikan Puan Lina dari terus membuatkan tahi telinganya mencair. "Okay. Okay, mama. Alia buat."

   Dengan penuh rasa terpaksa, Alia melangkah menuju ke singki dan mengambil span basuh pinggan. Tidak mengapa, Alia. Ikhlas... Ikhlas...

   Saat berterusan berlalu berganti dengan minit. Bunyi minyak terpercik seusai Puan Lina meletakkan ayam di dalam minyak panas. Kuali yang sedang menggoreng ayam ditutup.

   Alia mengelap tangan pada kain. Entah mengapa hatinya mengatakan bahawa dia dalam bahaya namun dia endahkan sahaja.

    Baru sahaja badan Alia ingin meninggalkan dapur, Puan Lina bersuara. "Ha, Alia. Mama nak solat Asar sekejap. Alia pergi terbalik - balikan ayam, ya?"

   Alia menyembunyikan keluhannya, tidak mahu mamanya terkecil hati sekiranya terdengar. "Yalah..."

   "Ha, macam ini anak Mama." Hati Puan Lina tidak semena - mena sejuk. Dahulu Alia tidak suka membuat kerja dapur. Mungkin Alia semakin matang sekarang. Bolehlah dia carikan calon suami untuk anaknya.

   "Ha, mama pergilah solat Asar dulu. Orang nak balik ayam ni." Alia yang tidak mahu diganggu, laju menghalau Puan Lina dengan gaya tangan menghalau lalat.

   "Amboi, halau mama?" Puan Lina menjongketkan keningnya sebelum tertawa besar. Sama sahaja anak beranak. Suka sangat ketawa besar begitu.

   "Okaylah mama nak pergi solat Asar dulu." Puan Lina meminta diri keluar dari dapur. Tiba - tiba dia mencengkam dadanya. Ya Allah, kenapa aku sungguh rasa bakal kehilangan anak aku. Ditoleh sedikit ke belakang untuk melihat bayang anak daranya. Entah kenapa dia tidak mahu Alia pulang ke Kuala Lumpur hari ini.

...

   "Wey, Amanda. Kalau pagi - pagi aku bagi salam tu kau terus buka pintu tau! Kalau tidak aku pecah masuk ikut tingkap." Alia memberi amaran pada Amanda di sebalik corong telefon.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now