26🎻(Takut)

1K 157 25
                                    

"You are mine...."

Aku mulai kusut. Peluh menitik di dahi aku. Walaupun dalam keadaan sejuk, tapi kata-kata Afiq menakutkan aku.

"Ui, ok tak?" tanya Chenle. Aku mengangguk perlahan. Air Lemon madu di hadapan ku di hirup.

"Kau macam pucat je. Tak sihat ke?" tanya Cat. Aku menggeleng sambil senyum segaris.

"Maaflah, kitorang baru datang. Biasalah, kitorang sibuk." kata Yani. Aku menggeleng.

"Tak pe, susah-susah je korang datang sini. Aku ok je." kata aku perlahan. Banyak betul aku fikir ni.

"Em, wei...hari tu...aku jumpa Afiq..." aku berdiri secra tidak sengaja. Aku agak takut dengan nama tersebut.

"Ya allah, ok tak nih?" tanya Jisung. Aku menekup telinga aku. Aku takut,aku takut.

"Kenapa? Jantan tu kacau kau ke?!" suara Atun naik seoktaf. Aku cepat-cepat menarik tangan Atun.

"Kita kat tempat awam. Tolong, jangan..." kata aku perlahan.

"Siapa Afiq?" tanya Jisung, Jeno dan Chenle serentak. Aku mengetap bibir aku.

"Dia...haih..tunang Diana tak sampai seminggu." kata Cat. Mereka memandang aku terkejut.

"Tak pe, biar aku upah org !" kata Jeno. Ceh, tau lah dia kayo kan..boleh upah-upah orang.

"Diana...aku risau nih...aku rasa,bukan Diana pun akan kena. Kita pun mesti kena tempias jugak." kata Chenle.

Aku memandang lantai. Aku dah menyusahkan semua orang. Sekarang nih, semua orang dalam bahaya.

"Jangan risau wei, kitorang akan tolong kau." kata Yani. Aku mengangguk perlahan.

"Cuma, satu je yang aku nak. Jangan bagitahu Jaemin lagi."

"Jaemin, kau nak makan lagi ke?" tanya Haechan. Jaemin menggeleng. Sudah banyak dia makan sejak pagi tadi.

" Abang, nah air." aku menyerahkan segelas air kepada Jaemin. Jaemin meneguk perlahan.

"Ah..best nya jadi macam nihh. Rasa mcm tuan putera pulak." kata Jaemin sambil ketawa kecil.

Dia ingat kita suka jaga dia macam ni..

"Kau suka lah ! Aku sampai mintak cuti tau !" marah Haechan. Jaemin memandang haechan sambil pout.

"Alo, sayang jugak kau dekat aku kan?" tanya Jaemin sambil smirk. Haechan senyum malu.

"HOI ! HOI ! JANGAN KUNYIT-KUNYITT. BENTERAS RASUAH— EH ! BENTERAS KUNYIT !" suara jeritan Johnny bergema satu wad.

Sakit telinga aque 〒_〒

"Oi, bisinglah. Dah malam dah ni tau tak." kata Ten. Rakan-rakan, jangan lah jadi seperti Johnny ye..

"Mana ada aku kunyit. Aku sayang Diana."omel Jaemin perlahan.

"Ada orang single dalam ni, sila hormat." kata Ten. Kesian aku dengan Ten, banyak kali jugak kena reject.

Siapa nak Ten,boleh pm tepi.

"Korang bila nak balik nih?" tanya Jaemin. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.

"Oh, ok...faham..ha, meh Haechan
Jom kita balik." ajak Johnny. Try tahan gelak tu.

"Kenapa? Aku nak teman Jaemin ! Tak nak balik !" Haechan meronta-ronta. Terpaksa lah Johnny dgn Ten dukung dia.

Maka, cengkerik pun berbunyi...

"Awak, duduk lah...daripada tadi berdiri tak penat ke?" tanya Jaemin. Aku duduk di sebelah nya.

"Awak tak sihat ke? Kalau tak sihat, balik lah. Saya menyusahkan awak je." kata Jaemin.

Aku takut...

"Saya tak nak balik. Saya nak duduk sini." kata aku. Jaemin mengangguk lalu senyum segaris.

"Maaflah, sbb saya awak kena stay jaga saya setiap hari. Awak kalau nak pergi berjalan dengan kawan-kawan  pergilah. Saya tak halang." kata Jaemin.

"Nanti, awak bosan. Yelah, saya kan menceriakan hari-hari awak yang sentiasa kebosanan duduk terperap dalam wad ni." kata aku. Jaemin mengeluh sambil senyum.

"Eu, perasaan. Haechan lagi best, hari-hari karaoke dgn dia." kata Jaemin. Aku mengetap bibir kegeraman.

"Yelah, saya balik lah..adu, dia tak suka kita. Pergilah dgn Haechan tu." aku menjuihkan bibir.

"Ehek, mana ade. Tak nak lah dengan Haechan tu. Hari-hari memekak. Bising." Jaemin menggosok kepala aku.

Kau terlalu baik Jaemin. Aku takut nak bagitahu kau perkara sebenar...

"Ya allah, berapa banyak kali aku salah not nih." omel aku. Dh lama tak main alat muzik ni, begini lah jadi. nya.

"Kita try lagi sekali." kata aku. Aku menghembus nafas berat.

Ting !

Aku segera mengambil fon aku. Siapa pulak message waktu macam nih. Semua patut dah tido.

012- xxxxxx
Gud night sayang, harap esok awak jadi milik saya.

Aku terus mencampak fon aku ke lantai. Pecah pun pecah lah. Macam mana dia boleh dapat nombor aku? Aku dah tukar !

"Ya allah. Ape bende nih...." aku mengusutkan rambut ku. Aku takut sangat.

"Wei, aku bawak— YA ALLAH ! WEI ! KAU OK TAK NI !" Cat menghampiri aku. Aku cepat-cepat memeluk nya erat.

"Wei, aku takut. Aku nak Jaemin. Aku nak Jaemin....!" jerit aku. Cat mengusap rambut ku perlahan.

"Wei, kau nak takut apa. Kenapa nih.." kata Cat. Aku tercungap-cungap mencari nafas.

"Haih, kau pergi solat. Ambil wuduk lepas tu tido. Jangan fikir banyak sangat. Doa dekat Allah. Insyallah, semua akan ok." kata Cat sambil senyum.

Aku mengangguk. Air mata aku diseka perlahan. Aku tahu, Afiq akan buat sesuatu lepas ni. Siapa tak kenal dengan perangai dia yang dayus lagi kan gila wanita.

Sungguh, di dunia ni ada ramai manusia bertopengkan syaitan.

-Bersambung-

imam mudaku romantik. jm✔Where stories live. Discover now